“Jelmaan Semula Yaya Toure”- Peminat Terpukau Lihat Aksi Bailly Bantu United Aibkan Liverpool

Eric Bailly berubah menjadi jelmaan semula prime Yaya Toure ketika melakukan larian solo dari jarak jauh untuk membantu Man Utd menghasilkan gol keempat bertemu Liverpool.

Kecemerlangan Bailly berjaya membantu Manchester United mencatatkan kemenangan 4-0 menewaskan Liverpool, dalam aksi perlawanan persahabatan malam semalam.

Kedua-dua gergasi Premier League itu turun bertemu di Rajamangala National Stadium dengan ‘Bangkok Century Cup’ di pertaruhkan untuk aksi jelajah Thailand ini.

Manchester United membelasah Liverpool tanpa belas dengan Jadon Sancho, Fred, Anthony Martial dan Facundo Pellistri mencatat nama sebagai penjaring gol.

Erik Ten Hag cemerlang mencatatkan kemenangan dalam perlawanan pertama beliau sebagai pengurus Manchester United, dan ia sememangnya satu hal yang membuatkan para penyokong setan merah semakin teruja.

Bailly dimasukkan pada aksi babak kedua permainan dengan Manchester United pada ketika itu sudah mendahului perlawanan dengan keputusan 3-0.

Beliau berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sangat meyakinkan dan turut cemerlang memastikan setan merah mencatatkan clean sheet dalam perlawanan ini.

Bukan hanya cemerlang ketika bertahan, beliau juga turut ada menyumbang untuk membantu jentera serangan mendapatkan tambahan jaringan.

Antara aksi terbaik pemain pertahanan Ivory Coast itu dalam perlawanan ini adalah ketika beliau memperbodoh-bodohkan Thiago Alcantara dengan helah yang menakjubkan.

Beliau juga pada ketika itu berjaya melakukan larian jarak jauh yang sungguh dasyat untuk membantu United memperoleh gol keempat mereka.

Bailly berjaya memenangi penguasaan bola di kawasan sendiri dengan melakukan pintasan yang dasyat, sebelum beliau meneruskan larian ke arah kawasan Liverpool.

Beliau berlari laju dan kemudiannya menerima bola dari Amad Diallo lalu segera mencari Pellistri untuk gol keempat Man Utd.

Ia merupakan usaha yang berhak untuk mendapat pujian dan penghargaan dengan Bailly turut meraikan gol tersebut seolah-olah beliaulah penjaring gol itu.

Bailly jelas sekali antara pemain paling menghiburkan dalam dunia bola sepak dengan aksi-aksi luar biasa dasyat beliau dari aksi no-look penalti hinggalah ke skill-skill beliau yang dasyat itu.

Para peminat menghamburkan pujian menggunung kepada Eric Bailly atas persembahan dasyat yang beliau persembahkan dalam perlawanan ini.

“Maguire tak akan dapat tempat lagi, Eric Bailly berhak untuk dapat tempat dalam kesebelasan utama.”

“Saya rasa sangat tak adil kalau Bailly tak dapat tempat dalam kesebelasan utama Man Utd selepas ini.”

“Kenapa perlu buang masa cari pemain baru? Kita ada Eric Bailly dan dia bakal menjadi yang terhebat di dunia.”

“Bailly berkembang seiring dengan revolusi Ten Hag dan saya rasa dia sudah mula menunjukkan kemampuan sebenar dia.”

“Saya hilang kata-kata melihat persembahan mantap Bailly hari ini. Dia antara pemain terbaik dan saya yakin dia akan ada peranan penting di bawah kendalian Ten Hag nanti.”

Manchester United selepas ini akan terbang ke Australia untuk beraksi bertemu Melbourne Victory yang baru sahaja menandatangani legenda kelab, Nani.

Setan merah selepas itu akan mengalihkan perhatian mereka untuk aksi bertemu pasukan dari saingan Premier League seperti Crystal Palace dan Aston Villa sebelum turun bertemu dua kelab dari Sepanyol, Atletico Madrid dan Rayo Vallecano.

Aksi bertemu Rayo bakal menjadi perlawanan pemanas badan terakhir Ten Hag, sebelum beliau bakal memimpin skuadnya untuk memulakan kempen musim baharu dalam saingan Premier League.

Sudah tentu perlawanan-perlawanan persahabatan ini sangat penting untuk memastikan para pemain dapatkan momentum terbaik mereka sebelum bermulanya saingan sebenar nanti.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Jawapan Lucu Bailly Membalas Komen Peminat Yang Meminta Ten Hag Menurunkannya Dalam Skuad Utama