Jawapan Lucu Bailly Membalas Komen Peminat Yang Meminta Ten Hag Menurunkannya Dalam Skuad Utama

Pemain pertahanan Manchester United, Eric Bailly menjawab persoalan dari peminat yang mempersoalkan adakah beliau akan dimainkan lebih kerap selepas ini di bawah kendalian Erik Ten Hag.

Ten Hag telah diumumkan secara rasmi sebagai pengurus kelab dengan beliau akan mula menyertai Man United selepas tamat musim ini.

Pengurus dari Belanda itu akan terus mengendalikan Ajax sehingga akhir musim ini dan beliau berkemungkinan hanya akan sertai United pada aksi pra musim nanti.

Beberapa pemain dari skuad United jelas sekali akan sangat berharap agar mereka akan dapat tempat dalam kesebelasan utama Ten Hag nanti.

Bailly juga tidak ketinggalan mempunyai harapan yang sama selepas beliau ketika ini lebih kerap memanaskan bangku simpanan sahaja.

Salah seorang peminat telah meninggalkan komen pada muat naik kelab tentang berita pengumuman rasmi Ten Hag menjadi pengurus United dengan bertanya tentang masa depan Bailly.

Peminat tersebut mempersoalkan adakah Bailly akan digandingkan dengan Raphael Varane pada musim baharu nanti di bawah kendalian Ten Hag.

Komen beliau itu jelas sekali mencuri perhatian ramai peminat yang turut mahu tahu tentang masa hadapan Eric Bailly bersama kelab.

Bailly mencuri perhatian ramai selepas beliau membalas komen tersebut dengan menulis:

“Please”

Tulis Bailly bersama emoji ketawa dan berdoa.

Nampak cara dia ampu boss baru? Tenang saja beliau membalas komen peminat tersebut sambil berharap permintaan peminat itu akan dipenuhi.

Pemain kebangsaan Ivory Coast itu jelas sekali sangat tidak gembira dengan kekurangan minit permainan beliau di Old Trafford sepanjang musim ini.

Beliau telah menandatangani kontrak baru pada April lalu selepas termakan pujukan Ole Gunnar Solskjaer yang berjanji padanya akan memberikan beliau lebih banyak minit permainan selepas ini.

Sejak itu, Bailly telah membuat tujuh penampilan dan hanya empat darinya merupakan aksi dalam saingan Premier League.

Lebih teruk lagi, sepanjang tahun 2022 ini, Eric Bailly langsung tak pernah diturunkan dalam kesebelasan utama United dan hal itu benar-benar mengecewakan beliau.

Laporan pada tahun lalu telah mendakwa yang pemain berusia 28 tahun itu secara terbuka telah mencabar Ole Gunnar Solskjaer selepas kekalahan 4-2 mereka di tangan Leicester City.

Harry Maguire diturunkan sebagai pemain utama dalam perlawanan itu, walaupun beliau sebenarnya dilihat bergelut dengan masalah kecederaan betis.

Bailly ketika itu mempersoalkan kepada Ole Gunnar Solskjaer tentang mengapa beliau lebih memilih pemain yang baru kecederaan berbanding dirinya yang berada di tahap kesihatan terbaiknya pada ketika itu.

Pengurus interim kelab, Ralf Rangnick juga sepertinya tidak begitu berminat dengan bekas bintang Villarreal itu dengan beliau lebih memilih untuk turunkan Phil Jones.

United pada ketika ini berada di kedudukan keenam dalam carta saingan liga, dan mereka sepertinya semakin sukar untuk bersaing mahu menamatkan saingan Premier League di kelompok empat teratas.

Ten Hag sendiri sedar apa yang perlu beliau lakukan dalam usahanya mahu membawa Manchester United untuk mengendalikan Manchester United.

Bercakap kepada laman rasmi kelab, Ten Hag tampil mendedahkan bahawa:

“Ia merupakan satu kebanggaan untuk dilantik sebagai pengurus Manchester United dan saya sudah tak sabar mahu bersama mereka selepas ini.

“Saya tahu sejarah kelab yang hebat ini dan ia merupakan semangat untuk peminat, dan saya bakal bersungguh-sungguh akan membantu United berada di puncak kejayaan mereka semua.”

“Ia akan jadi sangat sukar untuk saya meninggalkan Ajax selepas melalui tahun-tahun yang sungguh menakjubkan, dan saya jamin kepada penyokong yang saya akan bawa Ajax capai matlamat kami pada musim ini sebelum saya berpindah ke Manchester.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Strategi Erik Ten Hag Dapatkan Pemain Eredivise dan Belanda Diragui Mampu Hapuskan Kesan Degil