Strategi Erik Ten Hag Dapatkan Pemain Eredivise dan Belanda Diragui Mampu Hapuskan Kesan Degil

Pelan besar dan strategi jangka pendek Erik Ten Hag dalam memperkasakan kembali Manchester United dengan mendapatkan pemain dari Liga Belanda iaitu Eredivise diragui mampu untuk membuahkan hasil dan menjadi pencabar kejuaraan.

Kebanyakkan pemain yang menjadi sasaran Erik Ten Hag pada jendela perpindahan musim panas ini adalah bekas pemainnnya ketika di Ajax dan juga pemain pernah menjadi pemainnya iaitu Frenkie De Jong.

Tetapi langkah mendapatkan bekas pemain pasukan lamanya itu mungkin menjadi cara paling cepat untuk Erik Ten Hag mendapatkan pemain yang sudah memahami falsafah permainannya.

Adalah sukar untuk mengubah gaya permainan pemain Manchester United yang sedia ada yang pada musim lalu seperti tidak pandai langsung bermain bola sepak.

Bekas kapten Manchester United, Gary Neville antara mereka yang menyuarakan kebimbangan dengan strategi mendapatkan pemain dari Eredivise.

Neville juga mempersoalkan sama ada tindakan Erik Ten Hag menyasarkan pemain dari Eredivisie akan dapat membuahkan hasil dan berjaya, dengan menyatakan:

“Saya agak bimbang tentang strategi itu.”

Kebimbangan Gary Neville ini adalah sangat berasas berdasarkan rekod dan prestasi yang dipamerkan oleh pemain dari Belanda di lima liga teratas terutamanya pemain muda.

Selepas era Arjen Robben, Ruud van Nistelrooy, Dirk Kuyt, Robin Van Persie, Wesley Sjneider dan Rafael Van De Vart Belanda dapat dilihat semakin ketandusan pemain bertaraf dunia.

Pemain muda dari Belanda sememangnya berbakat namun agak bergelut untuk mencapai potensi kemuncak mereka apabila beraksi bersama kelab besar.

Jika dilihat kepada prestasi pemain sensasi Ajax sebelum ini yang telah diborong oleh kelab-kelab besar seperti Frenkie De Jong, Hakim Ziyech dan Matthijs de Ligt tidaklah power seperti diharapkan.

Hakim Ziyech boleh dikatakan agak menyerlah berbanding dua pemain Belanda iaitu Frenkie De Jong dan Matthijs de Ligt.

Donny Van De Beek boleh menjadi contoh terbaik buat Manchester United yang bergelut mempamerkan prestasi terbaik sehingga sukar mendapatkan tempat ke pasukan utama.

Ketika dipinjamkan ke Everton juga Donny Van De Beek gagal mempamerkan prestasi yang diharapkan dan tiada peningkatan selepas dua tahun di Old Trafford.

Di Premier League pemain Belanda paling menyerlah adalah Virgil Van Dijk yang memberi impak tersangat besar kepada Liverpool yang membolehkan Liverpool meraih semua kejuaraan dalam tempoh 5 musim.

Georginio Wijnaldum seorang pemain handalan Belanda yang menyerlah ketika bersama Liverpool namun pemain terpaling flop selepas menyertai PSG.

5 Pasukan Terkenal Yang Gagal ke Piala Dunia

Jika dilihat pemain Belanda dan juga pemain Eredivise yang berjaya dalam tempoh 10 tahun ini hampir tiada selepas kemunculan yang diakui memberi impak dari Robin van Persie, Jaap Stam, Park Ji Sung dan Ruud Van Nistelrooy di Premier League.

Ketandusan bakat muda yang mampu menjadi antara pemain terbaik dunia dan kemerosotan Eredivisi sebagai liga Elit memberi impak kepada pasukan kebangsaan Belanda.

Mereka telah gagal untuk mara ke Piala Dunia 2018 selepas memegang reputasi besar sebagai naib juara Piala Dunia 2010 dan Piala Dunia 2014.

Sebelum itu mereka gagal melayakkan diri untuk kejohanan terbesar Eropah, EURO 2016 apabila tersingkir di kaki negara kerdil seperti Iceland.

5 Faktor Yang Membawa Kepada Kejatuhan Bola Sepak Belanda

Jerman dan Sepanyol adalah contoh terbaik bagaimana mereka membentuk skuad yang mampu bergelar juara hasil daripada liga yang menjadi antara liga yang terbaik di dunia. Kedua negara ini mampu menyediakan pemain muda yang tidak kehabisan setakat ini.

Kontemporari ini, hanya satu satu pasukan sahaja dari Eredivisie yang layak secara terus ke Champions League iaitu Ajax kadang-kadang PSV menyelit.

Kemerosotan liga Eredivise juga membawa kepada sukarnya mendapatkan penajaan dan pelaburan untuk memperkasakan liga.

Tanpa pelaburan yang penting dan penajaan yang sedap Eredivisie kini menjadi kelab yang hanya mampu mengeluarkan bakat muda dari Belanda sahaja berbeza dengan liga negara Eropah dikedudukan teratas.

Purata umur pemain dalam kelab teratas Belanda antara 23 hingga 24 tahun sahaja jika dibandingkan dengan pasukan teratas Premier League yang mempunyai purata umur 27 hingga 28 tahun.

Belanda mampu melahirkan pelbagai jenis ubi yang baik tetapi kemurungan liga gagal menarik pemain bintang serta pemain luar untuk beraksi di sini. Maka perkembangan ubi ini boleh menyebabkan ubi terbantut.

Pemain muda yang ada dalam skuad Piala Dunia 2014 seperti Stefan De Vrij, Bruno Martins Indi, Joel Veltman, Terence Kongolo, Jordie Clasie dan Leroy Fer sudah hilang kemana. Mungkin nama mereka pun tidak pernah anda dengar.

Memphis Depay dan Daley Blind antara pemain Belanda di Premier League tapi gagal menghadirkan impak besar, Memphis Depay yang hanya berjaya menggegar media sosial sebagai the next Ronaldo.

Agak berjaya di Lyon namun kelihatan seperti kembali sendu sejak menyertai Barcelona dan mungkin dilepaskan dengan kehadiran Robert Lewandowski dan Raphinha.

Dalam tempoh 10 tahun ini hampir tiada pemain Belanda atau Eredivise yang menyerlah di Premier League terutama pemain muda kecuali Virgil Van Dijk dan Wijnaldum.

Jadi benarlah kebimbangan Gary Neville akan keberkesanan strategi Erik Ten Hag mendapatkan pemain dari Eridivise dan juga Belanda.

Berikut merupakan 11 pemain yang pernah Manchester United dapatkan dari Eredivise dan berapa kerat yang berjaya?

1. Tahith Chong
2. Memphis Depay
3. Daley Blind
4. Fosu-Mensah
5. Alexander Buttner
6. Andreas Pereira
7. Park Ji Sung
8. van Nistelrooy
9. Jaap Stam
10. Raimond van der Gouw
11. Donny Van De Beek

BACA:  Ten Hag Salahkan Pengadil Punca United Kalah: 'Dari Segi Kualiti Tak Jauh Pun'