Eric Bailly Mempersoalkan Keputusan Ole Turunkan Maguire Yang Tidak Cergas

Pemain pertahanan Manchester United yang sudah lama diperam, Eric Bailly telah mempersoalkan keputusan Ole Gunnar Solskjaer menurunkan Harry Maguire yang nyata tidak cergas untuk beraksi.

Tindakan Eric Bailly ini dilakukan ketika berada di bilik persalinan dalam perlawanan Manchester United menentang Leicester City yang menyaksikan Setan Merah tewas 4-2.

Pemain pertahanan dari Ivory Coast itu menyuarakan perkara ini dengan penuh berani kepada Ole Gunnar Solskjaer secara berdepan muka ke muka.

Mungkin kerana sudah tidak tahan lagi diperam, Eric Bailly merasakan dirinya patut diturunkan lantaran kecederaan yang dialami oleh Raphael Varane ketika aksi antarabangsa di UEFA Nations League.

Harry Maguire pula yang kembali sembuh dari kecederaan nyata tidak cergas untuk perlawanan menentang Leicester City namun diturunkan dikesebelasan utama.

Ekoran itu Harry Maguire terus melakukan aksi kelakar tatkala kembali beraksi di mana jelas kelihatan Maguire tidak cergas untuk bermain 90 minit serta tidak tajam dan bergelut ketika bola berada di kaki.

Tiga daripada empat gol yang dihasilkan Leicester City ketika itu adalah hasila daripada kesilapan secara langsung dan juga tidak langsung ketua pasukan Manchester United itu.

Menurut laporan dari The Telegraph, Eric Bailly telah mempersoalkan tindakan Ole Gunnar Solskjaer itu:

“Kenapa Tuan Ole masih menurunkan pemain pertahanan tengah yang jelas tidak cergas?”

Pada kebiasannya pemain yang kembali dari kecederaan jarang sekali terus diturunkan dalam kesebelasan utama dan berterusan digunakan sepenuh masa untuk perlawanan seterusnya.

Ada je pemain kembali dari kecederaan terus diturunkan untuk perlawanan penuh atas faktor lain seperti tiada pemain lain diposisi yang sama atau untuk perlawanan tidak penting.

Dengan terbocornya cerita Eric Bailly yang tidak puas hati dengan keputusan Ole, maka dijangka lebih banyak lagi cerita pemain Manchester United mempersoalkan kredibiliti Ole.

Luke Shaw selepas perlawanan menentang Liverpool ketika sesi termurah dengan wartawan telah menunjukkan reaksi wajah yang agak ketara ketika ditanya soalan yang agak mudah tapi teramat sukar dijawab.

Shaw ditanya oleh seorang jurnalis, Alison Bender, dengan soalan yang agak tidak patut ditanya secara umum – adakah kekalahan memalukan kepada Liverpool tersebut merupakan salah pengurus?

Sebelum menjawab, Shaw kelihatan melepaskan satu keluhan yang panjang menyesali kemiskinan aku ini, ku mampu memetik bintang di langit, ku mampu bina jambatan pelangi ku mampu pertahankanmu walaupun lawan ku seribu.

“Emmm, tak!

“Macam aku cakap la, aku rasa kitorang (pemain) yang kena buka mata.

“Pertama sekali tengok dalam cermin, kita ni dah buat semua benda dengan betul ke? Dan bersedia dengan betul untuk perlawanan dan juga diri kita.”

@alibendertv

I spoke to #LukeShaw and he said he holds his hands up. He did not play well and he says he needs to look at himself in the mirror

♬ original sound – Alison Bender football TV

Ketika berdepan Atalanta, Harry Maguire masih diturunkan dan hampir menerima akibat yang sama tetapi nasib menyebelahi apabila Setan Merah berjaya bangkit selepas ketinggalan dua gol.

Dalam perlawanan itu Atalanta tidak dapat menurunkan barisan terbaik mereka apabila kehilangan lima pemain utama kerana kecederaan dan pemain yang diturunkan tidak cukup cergas untuk beraksi dengan baik pada separuh masa kedua yang menjadi antara punca Setan Merah.

Paul Scholes telah telah memberi amaran bahawa malapetaka menanti jika Ole Gunnar Solskjaer terus bermain seperti itu menentang Liverpool yang jauh lebih baik dari Atalanta dan bebas dari kecederaan.

“Jika kita bermain dengan pasukan yang lebih baik, mereka sudah tidak terkejar lagi. Kita bermain dengan Atalanta, pasukan yang kehilangan lima pemain utama mereka.”

“Aku tidak mahu merosakkan suasana tapi saya tidak begitu gembira dengannya.”

“Pergi dan lakukan itu ketika bertemu Liverpool Ahad ini, tengoklah apa akan berlaku.”

Benarlah telahan Paul Scholes yang lunyai dikecam pada ketika itu sehingga trending apabila Ole Gunnar Solskjaer melakukan perkara sama dan tidak belajar apatah lagi memperbaiki kesilapan.

Perlawanan menentang Liverpool semua sudah tahu apa yang terjadi dan Eric Bailly terus disisihkan, separuh masa pertama, Manchester United telah terkulai kena empat gol.

Paul Scholes sekali trending ditambah pula dengan video menghisap atau menggigit kaki anak perempuannya tapi kali ini Scholes tidak dikecam lagi dan ramai mengakui apa yang diperkatan Scholes adalah benar.

Kini Ole berdepan dengan tekanan yang besar apabila masa depannya mula terancam dan ahli lembaga pengarah mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan masa depan Ole yang dicanang bakal dipecat sebelum perlawanan menentang Spurs.

Beberapa ahli lembaga pengarah termasuklah Sir Alex Ferguson telah bersetuju untuk memberi Ole satu lagi peluang untuk mengendalikan perlawanan bertemu Spurs.

BACA:  Ole Cetuskan Kegemparan Awam Apabila Bertanya 'Apa Yang Kami Perlukan?'