Ole Cetuskan Kegemparan Awam Apabila Bertanya ‘Apa Yang Kami Perlukan?’

Pengurus Manchester United yang semakin disayangi oleh peminat pasukan lawan dan mula dibenci oleh peminat sendiri telah mencetuskan kegemparan awam dan kebimbangan selepas bertanya ‘Apa yang kami perlukan?’

Ole Gunnar Solskjaer kini berada dalam tekanan yang amat selepas kekalahan yang sangat memalukan 4-2 ketika bertemu Leicester City dengan corak permainan yang sangat teruk.

Dengan barisan pemain handalan dunia ditambah dengan kehadiran Jadon Sancho serta Cristiano Ronaldo musim ini, Setan Merah merupakan antara calon pilihan untuk bergelar juara.

Kekalahan terbaru kepada Leicester City ini merekodkan hanya dua kemenangan berjaya diraih Ole Gunnar Solskjaer dalam 7 perlawanan terakhir di semua kejohanan.

Setakat ini Setan Merah belum lagi bertemu lawan sebenar mereka yang padu seperti Liverpool, Chelsea dan Manchster City namun dengan pemain handalan yang ada, Setan Merah mempamerkan prestasi yang sangat goyah dan teruk.

Disaingan Champions League juga, boleh dikatakan Manchester United berada dalam kumpulan yang mudah bersama Young Boys, Villarreal dan Atalanta tetapi seakan bermain di Europa League sekali lagi atau terus terciduk dari saingan Eropah.

Menurut laporan daripada wartawan BBC, Shamoon Hafez, Ole Gunnar Solskjaer telah melakukan sesuatu yang tidak masuk akal apabila bertanya kembali apa yang beliau perlukan?

“Bila kau tengok selepas perlawanan, empat gol yang kami lepaskan sangat teruk. Cara kami bermain kami tidak layak untuk meneruskan rekod tidak tewas di tempat lawan.”

“Aku memilih pasukan, Harry Maguire telah menunjukkan tiada tindak balas dan aku angkat tangan jika perkara ini tidak berhasil, Jika kami lepaskan empat gol, mungkin aku buat keputusan yang buruk.”

“Kebelakangan ini kami tidak berada pada prestasi terbaik, kehilangan terlalu banyak mata dan itulah perkara yang kami perlu lihat. Kami mungkin perlu berubah, adakah kami perlukan lebih banyak kaki disana? Apa yang kami perlukan?

“Aku ada ramai pemain yang bagus. Fred, Edison Cavani tidak ada. Aku tidak memberi alasan dengan pasukan yang aku pilih. mereka pemain hebat dan kami tidak membuahkan hasil.”

“Ketika rehat antarabangsa kami telah melihat apa yang tidak kena kebelakangan ini tapi kami perlu melihat secara keseluruhan dan keseimbangan pasukan dan mungkin ada sesuatu perlu diberikan.”

“Kami tidak cukup bagus dengan bola dan juga tanpa bola, Kau perlu berlari, menghadang dan menerjah dan kami tidak melakukan perkara itu secukupnya.”

“Setiap kali kau kalah, tekanan akan wujud tapi kami kena hidup dengan tekanan tersebut. Kami Manchester United. Prestasi buruk telah terjadi sebelum ini dan kami mesti bangkit pada hari rabu. Aku akan melakukan tugas ini sebaik yang mungkin. Aku percayakan pasukan ini.”

Pada tahun 2013, David Moyes yang mengambil alih Setan Merah dari Sir Alex Ferguson pernah memberikan alasan yang sama seperti mana Ole Gunnar Solskjaer berikan.

“David Moyes berkata Manchester United perlu untuk maju di beberapa area termasuklah hantaran, mencipta peluang dan bertahan.”

Namun pada ketika itu, David Moyes belum sempat lagi berbelanja mendapatkan pemain yang beliau inginkan bagi membentuk pasukan dan jodohnya tidak lama.

Musim ini sahaja Ole Gunnar Solskjaer telah berbelanja £126 untuk mendapatkan Jadon Sancho, Raphael Varane dan Cristiano Ronaldo.

Secara keseluruhannya sejak mengambil alih Manchester United untuk tempoh 2 tahun setengah, Ole telah berbelanja sebanyak £441 juta dan tidak memberikan keputusan yang sepadan.

Leicester City 4-2 Manchester United

Manchester United kehilangan Raphael Varane yang mengalami kecederaan ketika perlawanan akhir UEFA Nations League, di mana Perancis muncul juara dengan menumbangkan Sepanyol.

Namun berita baiknya apabila ketua pasukan, Harry Maguire pemain pertahanan termahal dunia kembali dari kecederaan dan bermula dari kesebelasan utama.

Pemain sensasi dan harapan Ole Gunnar Solskjaer, Fred tidak ada dalam pasukan kerana menamatkan tugas bersama pasukan kebangsaan Brazil lebih lewat.

Maka tiada gandingan gandar berganda dari Scott McTominay dan Fred dalam perlawanan menentang Leicester City ini dan juga Edison Cavani/.

Ole Gunnar Solskjaer memilih untuk menurunkan gandingan Paul Pogba dan juga Nemanja Matic bagi memberi perlindungan kepada barisan pertahanan.

Jelas kelihatan barisan pertahanan Manchester United agak goyah, tidak teratur dan kelam kabut namun Leicester City gagal untuk membolosi.

Mason Greenwood membuat satu percubaan dengan kaki kiri namun berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Leicester City, Kasper Schmeichel.

Beberapa minit kemudian Mason Greenwood menerima bola dari Bruno Fernandes, Greenwood terus melarikan bola dengan memotong masuk ke tengah.

Belum sempat masuk ke kotak. Greenwood terus melepas satu rembatan deras dengan kaki kiri, bola menerjah tiang dan melantun masuk ke gawang pada minit ke-19.

Kasper Schmeichel sudah cuba sedaya upaya melayangkan badan namun tidak mampu untuk menyentuh bola.

Pada minit ke-26 hantaran Ricardo yang melencong ke arah gawang gagal disambar oleh Jamie Vardy menyaksikan bola sipi keluar ditepi tiang gol.

Manchester United memberi tindak balas, Jadon Sancho berjaya lepasi perangkap offside dan masuk ke kotak lalu menghantar bola kepada Cristiano Ronaldo.

Rembatan deras Ronaldo dihadang oleh Kasper Schmeichel dan bola terus dikeluarkan dari kawasan bahaya.

Youri Tielemans akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-31 dengan satu bola lambung ke penjuru gawang yang hanya mampu dilihat oleh David De Gea.

Gol berpunca dari kelalaian Harry Maguire, Paul Pogba mengambil sepakan percuma dengan menghantar bola kepada Victor Lindelof yang terus menghantar kepada David De Gea.

Keputusan De Ge menghantar bola kepada Harry Maguire pasti mengundang kekesalan apabila kealpaan Maguire menyebabkan Kelechi Iheanacho mudah merampas bola.

Kelechi Iheanacho terus menghantar bola kepada Youri Tielemans yang dengan selamba melambungkan bola untuk gol penyamaan.

Pada minit ke-40, Leicester City datang dengan permainan yang indah dengan saling bertuar hantaran demi hantaran namun penyudah dari Kelechi Iheanacho agak mengecewakan.

Selepas jaringan penyamaaan Tielemans, Manchester United terus sendu sehinggalah hantaran Luke Shaw cantik namun gagal disambar Ronaldo yang mati langkah mungkin.

Ronaldo kemudian cuba melakukan aksi akrobatik dengan cuba melipat maut lambungan Bruno Fernandes tapi berjaya dipotong pemain Leicester.

Penghujung separuh masa pertama Jamie Vardy hampir saja menggandakan kedudukan namun gagal menyentuh bola.

Manchester United memperkemaskan permainan pada babak kedua namun Leicester City juga ampuh bertahan dengan tenang menyerap asakan.

Harry Maguire sekali lagi cuba membuat kelakar namun hantaranya sampai ke Lindelof ketika hampir saja dipotong pemain Leicester City.

Mason Greenwood terus bergelut dalam membuat keputusan lalu gagal menghantar bola kepada rakan untuk memperbesarkan lagi peluang menjaringkan gol.

Nemanja Matic telah melakukan rembatan dari luar kotak penalti, bola bergelong-gelong meluncur dan sipi-sipi melewati palang.

Pada minit ke-65, Marcus Rashford yang juga kembali sembuh dimasukkan menggantikan Jadon Sancho.

Youri Tielemans hampir menggandakan kedudukan pada minit ke-75 namun percubaannya berjaya ditepis sedikit De Gea, bola terkena tiang dan keluar.

Serangan balas dilancarkan Manchester United, hantaran Rashford kepada Ronaldo berakhir dengan offside.

Leicester City terus mengasak dan percubaan Patson Daka dihadang De Gea dengan kaki untuk sepakan penjuru.

Sepakan penjuru sekali mencari Patson Daka yang mencuba sekali lagi dan sekali lagi diselamatkan oleh kaki De Gea.

Bola muntah terhasil dalam situasi kelam kabut, Caglar Soyuncu menolak masuk untuk gol kedua Leicester City pada minit ke-78.

Empat minit kemudian, Marcus Rashford membuktikan kehebatan dengan kembali menyamakan kedudukan dengan satu ledakan padu.

Permainan kembali bersambung dan 15 saat dari sepak mula, Leicester City kembali di depan hasil jaringan Jamie Vardy.

Leicester City jelas kelihatan semakin bernafsu dan terus mengasak namun De Gea tampil menyelamat sehinggalah minit ke-91.

Berpunca dari sepakan penjuru Patson Daka yang masuk menggantikan Kelechi Iheanacho pada minit ke-77 mencetak nama selaku penjaring.

Maka tamatlah rekod 29 perlawanan tanpa kalah Manchester United di tempat lawan. Dua kekalahan berturut-turut di Premier League.

Kesebelasan Utama Leicester City : Schmeichel, Amartey, Evans, Soyuncu, Ricardo Pereira, Tielemans, Soumare, Castagne, Maddison, Iheanacho, Vardy.

Pemain Simpanan : Bertrand, Barnes, Albrighton, Ward, Perez, Choudhury, Vestergaard, Daka, Lookman.

Kesebelasan Utama Manchester United : de Gea, Wan Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw, Pogba, Matic, Greenwood, Bruno Fernandes, Sancho, Ronaldo.

Pemain Simpanan : Bailly, Mata, Rashford, Lingard, Dalot, Henderson, Alex Telles, van de Beek, McTominay.

Pengadil Perlawanan : Craig Pawson (South Yorkshire)

BACA:  Sedia Tinggalkan PSG, Pochettino Mahu Jadi Pengurus Man United