Pemain Man Utd Mesej Ed Woodward Tanda Menyokong Ole Gunnar Solskjaer

Beberapa orang pemain Manchester United menghantar mesej peribadi kepada Ed Woodward dan Ole Gunnar Solskjaer selepas kekalahan memalukan mereka bertemu Liverpool minggu lalu.

Mereka menghantar mesej tersebut untuk menyatakan sokongan masing-masing terhadap pengurus kelab, dan mengakui kekalahan tersebut atas kesalahan para pemain sendiri.

Sehari selepas kekalahan memalukan di Old Trafford itu, pihak kelab telah mengumumkan yang mereka sedang mempertimbangkan untuk memecat Solskjaer.

Bahkan sebaik wisel penamat dibunyikan, para peminat sudah mula meluangkan #OleOut dan meminta pihak kelab segera memecat pengurus dari Norway itu.

Ekoran dari kekecohan berkait masa depan Ole, para pemain mula mempersoalkan kepada kelab tentang hal itu, yang mana pihak kelab memutuskan mereka sedang mempertimbangkan untuk memecat Solskjaer.

Terdapat laporan dari pelbagai sumber yang menyatakan bawah pihak kelab memberi kesempatan kepada Solskjaer untuk membuktikan sesuatu dari tiga perlawanan selepas ini.

Walau bagaimanapun, sebelum berita tentang tiga perlawanan itu tersebar, para pemain sebenarnya sudah mula menghantar mesej kepada chairman kelab, Woodward berkait hal tersebut.

Menurut sumber laporan dari ESPN, kebanyakkan mesej tersebut telah dihantar oleh para pemain Manchester United, dalam usaha mereka untuk menyokong pengurus kelab.

Hal ini membuktikan yang Ole Gunnar Solskjaer sebenarnya masih mendapat kepercayaan dari para pemain dan secara tidak langsung sokongan terhadap beliau masih sangat kuat.

Namun begitu, masih belum pasti adakah sokongan itu yang memainkan peranan atas keputusan kelab untuk beri kesempatan kepada Ole atau bukan.

Kerana selepas Ed Woodward menerima semua mesej itu, pihak kelab mengumumkan yang mereka beri kesempatan kepada pengurus berusia 48 tahun itu untuk buktikan sesuatu dari tiga perlawanan selepas ini.

Media tersebut turut mendakwa yang segelintir dari pemain secara terus terang mengakui, kegagalan United adalah salah semua pihak, bukan individu.

Mereka mengakui yang masalah pertahanan telah banyak memberi masalah kepada Manchester United sepanjang musim ini.

Pemain seperti Harry Maguire dan Luke Shaw sering mempamerkan aksi dungu yang menyebabkan gawang gol United dibolosi sepanjang musim ini.

Raphael Varane, Victor Lindelof dan Wan Bissaka juga turut ada melakukan kesilapan yang menyebabkan United mendapat keputusan yang teruk.

Solskjaer akan terus mengendalikan United dalam aksi bertemu Spurs pada minggu ini, namun ESPN melaporkan yang pihak pimpinan kelab sudah ada perancangan lain seandainya beliau gagal berikan keputusan yang baik.

Seperti yang sedia maklum, nama seperti Antonio Conte, Zinedine Zidane, Brendan Rodgers dan Erik Ten Hag sering dikaitkan dengan bakal menggantikan tempat Ole Gunnar Solskjaer.

Walau bagaimanapun, dalam tempoh 24 jam terakhir ini, nama pengurus Leicester City, Brendan Rodgers dengan tiba-tiba menjadi calon kegemaran untuk dilantik sebagai pengurus United.

Seandainya United benar-benar melantik pengurus Leicester itu untuk menjadi pengurus kelab, ia tentu akan mencetuskan kontroversi memandangkan Rodgers sebelum ini pernah mengurus Liverpool.

Walau bagaimanapun juga, dek kerana beliau turut pernah melatih Celtic dan Leicester City, dan turut memenangi gelaran Piala FA musim lalu, sepertinya ia tidak akan jadi isu yang terlalu panas untuk penyokong The Reds.

Cristiano Ronaldo sendiri turut memainkan peranan penting berkait isu ini, dengan beliau menasihati para pemain supaya memberi sokongan penuh kepada pengurus kelab di waktu sukar seperti ini.

Apabila ada keharmonian antara pemain dan pengurus, sepertinya tiada masalah untuk Solskjaer melaksanakan perancangan beliau dengan sempurna, dan membuktikan pada kelab beliau layak untuk mengurus kelab.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Solskjaer Yakin Man City Tak Mungkin Mampu Atasi United