Jerman muncul sebagai pasukan paling bernilai di Euro 2016 meninggalkan England ditempat ke-4 selepas Sepanyol dan Belgium berdasarkan data yang dibekalkan oleh transfermarkt.com.
Jerman Pasukan Paling Bernilai di Euro 2016
Data yang di kumpul oleh Association of Accounting (AAT) dikira dari nilai pemain yang diambil dari transfermarkt.com meletakkan Jerman ditangga teratas dengan nilai £421.4 juta manakala England di tempat ke-4 dengan nilai kurang £100 juta berbanding Jerman iaitu £335.5 juta.
Kaedah yang di guna Association of Accounting (AAT) untuk membuat penilaian ini adalah dengan mengabungkan semua nilai semasa pemain dari 23 senarai akhir pemain setiap negara yang beraksi di Euro 2016.
Baca Kajian The CIES Football Observatory : England Pasukan Paling Bernilai DI euro 2016
Baca : England Pasukan Paling Bernilai DI euro 2016
Pemain Paling bernilai di Euro 2016
Jerman muncul pasukan paling bernilai dengan Thomas Muller muncul sebagai pemain paling mahal dengan tanda harga £59m. Perancang Arsenal Ozil dan Pemain Tengah Real Madrid masing-masing bernilai £39m.
Raheem Sterling merupakan pemain England paling bernilai iaitu £35m diikuti Harry Kane (£32m) dan Wayne Rooney (£28m)
Baca : Belgium di Anggap Pasukan Paling Mahal
Sergio Busquet dan Koke merupakan pemain paling bernilai Sepanyol dengan nilai masing-masing £39m. Belgium pasukan yang di huni pemain generasi emas merupakan pasukan ketiga yang paling bernilai dengan Eden Hazard (£55m) dan Kevin De Bruyne (£47m) merupakan pemain paling bernilai bagi Belgium.
Senarai Pemain Plaing Bernilai Di EURO 2016