Para pemain England telah diberitahu yang mereka akan memalukan negara sekiranya gagal untuk menewaskan Jerman dan mara sehingga peringkat separuh akhir saingan Euro 2020.
Skuad kendalian Gareth Southgate akan turun berdepan dengan seteru lama mereka, Jerman di pusingan 16 terbaik nanti, dan perlawanan itu dijanjikan akan menjadi satu pertembungan yang dasyat.
Menurut Simon Jordan dari talkSPORT, beliau melihat yang saingan Euro 2020 ini merupakan kesempatan terbaik untuk The Three Lions memenangi kejuaraan pertama mereka sejak 1966.
On to the knockouts and a meeting with Germany at @wembleystadium in the Round of 16 👊 pic.twitter.com/CbH3g969b4
— England (@England) June 23, 2021
“Ini merupakan satu hal yang akan memalukan negara jika skuad ini tidak menang setidaknya sampai ke peringkat separuh akhir.”
Jelas Jordan.
“Ayuh lah… Kita tidak akan ada kesempatan yang lebih baik untuk bersinar di sesuatu kejohanan. Lupakan apa yang sudah berlaku pada 2018.”
“Dengan kehendak dunia yang semakin hebat, Southgate tentunya dilahirkan dengan penuh keberuntungan, kerana dia mendapatkan pekerjaan ini dan dalam masa yang sama, rekod bola sepak dia tak mencerminkan yang dia layak.”
“Kamu masuk ke kejohanan pertama kamu, dan kamu bertemu pasukan seperti Panama dan Colombia, yang mana mereka tak ada pemain besar, untuk mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia.”
“Orang-orang mengangkat pemain sebagai pahlawan dan mereka semua teruja dan mahu mempengaruhi kamu dengan pendapat mereka dalam beberapa perkara.”
🇩🇪 “We play at home against a #Ger side that is a shadow of what they were.”
😡 “It would be a national disgrace if #Eng don’t beat Germany and get to a Semi-Final. We will never get a better opportunity!”
Simon Jordan on England vs Germany. 🔥 pic.twitter.com/nq2HmjhQIS
— talkSPORT (@talkSPORT) June 24, 2021
“Maka, pengaruhi kami dengan persembahan kamu di atas padang. Kamu dalam satu pertandingan yang mana kamu sepertinya bermain di halaman sendiri. Bahkan ini memang halaman kamu. Kamu diberi peluang untuk mendapat peluang yang kamu gagal miliki sejak 55 tahun lalu.”
“Jika kita gagal lepasi Jerman dan meneruskan kempen tahun ini mara setidaknya hingga ke peringkat separuh akhir, atau mungkin ke perlawanan akhir. Tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan dasar skuad England dan pengurus mereka.”
England merupakan Juara kumpulan D dengan mereka mencatatkan dua kemenangan dan satu keputusan seri.
Skuad The Three Lions itu juga berjaya menjaringkan dua gol dan masih belum bolos sebarang gol ketika aksi di peringkat kumpulan.
Sementara Jerman pula, mereka mara ke pusingan kalah mati sebagai naib Juara kumpulan F, dengan mereka mencatatkan satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.
“It’s going to be a very tough test. We need to make sure we’re 100 per cent ready.” 👊@JHenderson looks ahead to the #ThreeLions’ last-16 game against Germany: pic.twitter.com/ccGihmgtCp
— England (@England) June 24, 2021
Skuad kendalian Joachim Low itu mencatatkan keputusan seri 2-2 ketika perlawanan terakhir peringkat kumpulan bertemu Hungary semalam.
Jordan kemudian menyambung lagi:
“Kita ada liga domestik terbaik dalam dunia bola sepak dan kita ada begitu ramai pemain berkelas dunia yang bermain di sini.”
“Czech Republic sebenarnya tidak ada apa-apa tapi kita bagi dia keselesaan sama seperti kita bagi pasukan lain, kerana kita ketika ini masih belum ada keberanian.”
“Jadi bila tengok pada undian sebelum ini, kita dah tahu nasib memang akan berpihak pada kita, kita sepatutnya menang pertandingan ini.”
“Dan jika kita tidak memenangi pertandingan ini, maka sesuatu harus dikatakan tentang mengapa kita tak boleh menang.”
Marcus Rashford insists England's fearless stars will not lose sleep ahead of showdown with Germany | @DominicKing_DM https://t.co/7YxFmxk432
— MailOnline Sport (@MailSport) June 24, 2021
Bercakap selepas tamat aksi kemenangan 1-0 England menewaskan Czech Republic, Southgate telah mendedahkan pendapat beliau tentang lawannya di pusingan kalah mati.
“Ia akan jadi perlawanan yang berbeza.”
Jelas Southgate.
“Juara dunia, Juara Eropah, Jerman yang sudah mendapatkan rentak persembahan terbaik mereka.”
“Siapa saja lawan kami selepas ini bakal jadi laluan yang sukar, tapi kami sudah ikuti jalan ini selama 18 bulan. Tapi apa yang bagusnya adalah kami terus perbaiki kekurangan dan kami akan tunjukkan yang lebih baik selepas ini.”
“Kami cakap kepada pemain sebelum perlawanan, yang kita tak ada tekanan, kita sudah layak, tapi masih ada sesuatu kita perlu capai, iaitu menjuarai kumpulan ini, yang mana ia sentiasa jadi sasaran kami.”
“Pertama atau kedua, tidak ada cara lain yang lebih baik untuk mengakhiri peringkat kumpulan dan tidak perlu kami fikirkan siapa akan kami temui selepas ini, kamu harus beri tumpuan pada sesuatu yang kamu mahu capai dan kami mahu kekal di Wembley.”
A brief history of England v Germany ⬇️ 😬 pic.twitter.com/6KfAjPCP9S
— Mirror Football (@MirrorFootball) June 24, 2021
“Wembley boleh jadi satu hal yang penting untuk kami, jika kami boleh ada lebih ramai penyokong di sini, ia akan benar-benar membantu kami.”
Dari kenyataan yang dibuat, Southgate sendiri tidak begitu yakin yang Jerman adalah lawan yang mudah untuk mereka hadapi.
Tidak faham mengapa England dianggap akan memalukan negara seandainya mereka gagal untuk menewaskan Jerman, ia kerana lawan The Three Lions selepas ini bukanlah pasukan biasa-biasa.
Jika Brazil sendiri pernah dikejutkan dengan jaringan yang besar di pentas yang lebih besar, tidak mustahil untuk England menerima nasib yang sama.
England haven't set the Euros alight but chaotic, desperate Germany are NOTHING to be scared of | @Ian_Ladyman_DM https://t.co/tkpuhe6WVz
— MailOnline Sport (@MailSport) June 24, 2021
Kenyataan yang menganggap England akan memalukan negara mereka jika gagal tewaskan Jerman adalah satu kenyataan yang memalukan sebenarnya.