Jika Yugoslavia Masih Wujud, Mampukah Mereka Memenangi Euro 2020?

Yugoslavia merupakan satu kuasa bola sepak dunia pada tahun 1950-an di mana mereka antara pencabar utama dalam sukan Olimpik walaupun mereka kurang menyerlah dalam Piala Dunia dan kejohanan Eropah.

Kali terakhir Yugoslavia bermain di kejohanan bola sepak paling agung – Piala Dunia adalah pada tahun 1998 yang berlangsung di Perancis.

Namun persoalan besarnya, ke mana perginya Yugoslavia?

Siapakah dan apakah Yugoslavia?

Yugoslavia adalah gabungan negara yang terdiri daripada Croatia, Kosovo, Bosnia dan Herzegovina, Serbia, Macedonia (Kini MacedoniaUtara), Montenegro dan Slovenia pada hari ini.

Perpecahan Yugoslavia terjadi apabila peperangan dalaman yang berlaku antara negara-negara di atas dengan pemerintah tertinggi Yugoslavia yang dikuasai bangsa Serbia, bermula pada tahun 1980-an.

Pada tahun 1991, Croatia, Macedonia dan Slovenia menyistiharkan kemerdekaan mereka dari Yugoslavia dan diikuti oleh Bosnia dan Herzegovina pada tahun 1992 dan sekaligus memulakan perang Balkan di mana askar Serbia dan Croatia menyerang dan membantai penduduk Islam Bosnia.

Ketika krisis politik dan ketegangan etnik mula memuncak pada tahun 1992, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah melakukan sekatan sekatan terhadap Yugoslavia dan mengakibatkan pasukan bola sepak mereka dilarang dari menyertai Euro pada 1992 lalu digantikan oleh Denmark.

Walaupun hanya menyertai sebagai pasukan gantian, Denmark mengejutkan benua Eropah apabila muncul juara dalam kejohanan edisi tahun tersebut.

Pada tahun 2003, Federasi Yugoslavia telah dinamakan semula kepada Serbia dan Montenegro, sebelum kedua-dua negara bersetuju untuk berpisah pada tahun 2006.

Pada tahun 2008 pula, Kosovo mengisytiharkan kemerdekaan mereka daripada Serbia.

Hodoh perangai Serbia ni. Semua tanah dia nak ambil.

Impak perpecahan kepada bola sepak Yugoslavia

Selepas Croatia, Slovenia dan Macedonia mengumumkan kemerdekaan mereka, pasukan bola sepak mereka mula mendaftar dengan UEFA dan mula bertanding di bawah nama negara mereka sendiri.

Oleh sebab itu, pasukan bola sepak Yugoslavia hanya tinggal pemain dari Bosnia, Serbia dan Montenegro.

Selepas Bosnia mengumumkan kemerdekaan dan mula menjadi negara diiktiraf, pasukan bola sepak Serbia hanya diwakili oleh Serbia dan Montenegro dan pada Piala Dunia 1998 mereka menggunakan nama Yugoslavia di pertandingan utama buat kali terakhir.

Bermula Euro 2004, Serbia dan Montenegro bertanding di atas nama nama Serbia & Montenegro di pentas antarabangsa.

Pada tahun 2006, kedua-dua Serbia dan Montenegro berpecah membentuk negara iaitu masing-masing  dan begitu juga pasukan bola sepak mereka.

Bagaimana kekuatan Yugoslavia sekiranya mereka masih wujud?

Jika Yugoslavia masih wujud dengan gabungan enam negara, Yugoslavia mungkin berpeluang untuk menjadi pesaing utama kejohanan utama pada tahun 2000 dan ke atas dengan adanya pemain seperti Nemanja Vidic, Mateja Kezman, Dejan Stankovic, Davor Suker, Vidad Ibisevic, dan ramai lagi.

Croatia yang merupakan negara dari pecahan Yugoslavia secara solo telah berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Rusia.

Namun Croatia tewas kepada Perancis dalam perlawanan akhir itu, pada tahun itu juga pemain tengah Croatia, Luka Modric telah diangkat sebagai pemain terbaik dunia.

Jika Republik Sosialis ini masih wujud, berikut adalah mungkin kesebelasan utama pasukan ini.

Penjaga gol – Jan Oblak (Slovenia)

Bek kanan – Sime Vrsaljko (Croatia)

Bek tengah – Stefan Savic (Montenegro)

Bek tengah – Miloš Veljković (Serbia)

Bek kiri – Domagoj Bradaric (Croatia)

Tengah bertahan – Nemanja Matic (Serbia)

Tengah – Luca Modric (Croatia)

Luca Modric – kapten Croatia di Euro 2020

Tengah – Miralem Pjanic (Bosnia & Herzegovina)

Tengah menyerang – Liridon Krasniqi (Kosovo)

Penyerang – Goran Pandev (Macedonia Utara)

Penyerang – Edin Dzeko (Bosnia & Herzegovina)

Pemain simpanan :

Mateo Kovacic, Ante Rebic, Ivan Perisic, Josko Gvardiol (Croatia)

Nemanja Gudelj, Sergej Milinković-Savić, Aleksandar Mitrović (Serbia)

Josip Iličić, Haris Vučkić (Slovenia)

Stevan Jovetić, Adam Marusic (Montenegro)

Gjanni Alijoski, Elif Elmas (Macedonia)

Vedat Muriqi, Amir Rrahmani (Kosovo)

BACA:  Croatia Sahkan Gelaran Dark Horse Terunggul Selepas Tundukkan Maghribi