Jose Mourinho Jadi Kepala Bawak Anak Buah Langgar Perintah Kerajaan UK

Penularan virus Covid-19 di UK semakin memburuk dan parah. Kerajaan mereka sudah menetapkan peraturan agar rakyat menjaga penjarakan sosial.

Pihak kerajaan juga menggesa rakyat agar terus duduk dirumah untuk memutuskan rangkaian virus Covid-19.

Hanya mereka yang benar-benar mempunyai urusan penting sahaja dibenarkan untuk keluar dari rumah.

Kebanyakkan antara rakyat UK masih mengikut perintah dari kerajaan dan masih ada yang mengingkarinya.

Apa yang menyedihkan adalah, bukan hanya rakyat biasa, bah kan bintang-bintang ternama juga tidak menjadi contoh yang baik di sana dengan melanggar peraturan yang ditetapkan.

Sebelum ini tular insiden di mana Jack Grealish telah keluar rumah dan pergi berhibur ke rumah rakannya lalu dikecam masyarakat UK.

Selepas itu, Kyle Walker pula menjadi topik perbualan hangat masyarakat di UK apabila pemain bola sepak terkenal itu melanggar peraturan penjarakan sosial dengan mengadakan parti liar.

Walker dikhabarkan telah menjemput dua orang gadis untuk menemani beliau dan rakannya di sebuah apartmen mewah miliknya.

Tetapi malang untuk Walker apabila salah seorang dari wanita itu telah mendedahkan salah laku yang beliau lakukan kepada The Sun.

Walker dan Grealish Kedua-duanya telah tampil untuk memohon maaf secara terbuka dan mereka akan dikenakan tindakan disiplin oleh pasukan masing-masing.

Setelah segala kekecohan yang berlaku, hampir kesemua pasukan di Premier League telah memberi amaran kepada staff dan pemain untuk tidak melanggar peraturan penjarakan sosial yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Tetapi masih ada yang buta kayu dengan tenang melanggar peraturan penjarakan sosial yang telah berulang kali diperingati itu.

Terbaru, empat pemain dari pasukan Tottenham Hotspur telah mendedahkan diri mereka sendiri sedang menjalani latihan bersama Mourinho di tempat terbuka.

Empat pemain itu adalah, Serge Aurier, Davinson Sanchez, Ryan Sesegnon dan Tanguy Ndombele.

Kesemua mereka dilihat terlalu santai menjalani latihan di sekitar Hadley Common di Barnet.

Didalam satu video yang tular, Davinson Sanchez dan Ryan Sesegnon dilihat sedang berjogging sebelah menyebelah seperti pasangan bercinta yang terang terangan telah melanggar peraturan penjarakan sosial.

Apa yang lebih teruk lagi, Jose Mourinho sendiri dilihat berada di tempat kejadian bersama para pemainnya yang telah melanggar peraturan pengawalan pergerakkan.

Serge Aurier juga kelihatan sedang berlari bersama seorang lagi rakannya. Mereka berdua langsung tidak menjaga penjarakan sosial antara satu sama lain.

Apa yang menariknya, diwaktu begini mereka semua masih memperagakan pakaian latihan rasmi Spurs berjenama Nike.

Kilpatrick daripada Evening Standard, telah memuat naik status di laman Twitter miliknya dengan menulis:

“Kesemua orang telah diingatkan tentang garis panduan penjarakan sosial, tetapi mereka masih melanggarnya. Hal ini menyebabkan Spurs sendiri tidak gembira melihat keadaan ini.”

Tottenham Hotspur dijangka akan mengambil tindakan berat ke atas semua yang terlibat.

Tidak dinafikan setiap pemain perlu menjaga tahap kecergasan mereka. Namun itu bukan alasan untuk mereka melakukan perkara yang boleh mengundang padah pada orang lain sama.

Ramai lagi pemain di luar sana yang melakukan latihan dirumah masing-masing tanpa perlu melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Memang diakui ketika ini para pemain terkesan dengan keadaan yang berlaku, mereka sudah terbiasa menjalani latihan dengan intensif dan di bantu jurulatih berkelas dunia.

Namun kesukaran begitu bukan hanya dihadapi oleh pemain bola sepak sahaja. Malah semua manusia yang lain turut terkesan dengan impak daripada penularan wabak Covid-19 ini.

Menurut satu sumber dari Kipatrick, sebenarnya Jose Mourinho hanya mau membuat latihan berdua sahaja bersama Ndombele.

Secara kebetulan Ryan Sesegnon dan Davinson Sanchez berjogging di kawasan yang sama.

Mourinho menerima kritikan daripada ramai pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau melanggar perintah pengawalan pergerakkan yang ditetapkan oleh kerajaan UK.

Social distancing adalah sangat penting dalam usaha memutukan rantaian jangkitan wabak covid-19.

Semoga tiada lagi kes seperti ini berlaku lagi selepas ini.

BACA:  Mourinho: Manchester United Tidak 'Selembik' Seperti Yang Didakwa Sesetengah Pihak