Jurgen Klinsmann telah menamakan bintang Manchester City, Raheem Sterling dan penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane sebagai dua dari enam pemain England yang ditakuti oleh skuad Jerman.
Skuad The Three Lions akan berdepan dengan Jerman di pusingan 16 terbaik saingan Euro 2020 awal pagi esok, dan ia dianggap sebagai perlawanan paling dinanti-nantikan oleh para peminat.
Perlawanan besar tersebut akan dilangsungkan di Wembley dengan 40,000 penyokong akan dibenarkan untuk masuk menonton secara langsung.
Jurgen Klinsmann admits everybody is frightened of Harry Maguire ahead of England fixturehttps://t.co/MwT39ZKBmN pic.twitter.com/ZmvoUrzZjg
— Mirror Football (@MirrorFootball) June 28, 2021
Skuad kendalian Gareth Southgate itu berjaya mara ke pusingan kalah mati selepas bergelar Juara kumpulan D dengan mengumpul tujuh mata.
Mereka berjaya mencatatkan dua kemenangan dan satu keputusan seri ketika aksi peringkat kumpulan, dengan menjaringkan dua gol dan masih belum dibolosi.
Skuad Jerman pula mara ke pusingan kalah mati sebagai naib Juara kumpulan F, selepas mengumpul empat mata dari tiga perlawanan sebelum ini.
Skuad kendalian Joachim Low itu berjaya menewaskan Portugal empat dua, mencatatkan keputusan seri 2-2 bertemu Hungary dan tewas 1-0 di tangan Perancis.
Sterling yang ketika ini berusia 26 tahun merupakan penjaring utama untuk skuad Gareth Southgate dalam kejohanan Euro 2020.
Jurgen Klinsmann praises Harry Maguire https://t.co/JsxSWRSHVo
— Man United News (@ManUtdMEN) June 27, 2021
Kedua-dua gol yang dijaringkan oleh England dalam pertandingan ini adalah gol yang dijaringkan oleh Raheem Sterling.
Sementara bintang Manchester City itu berjaya mendapatkan rentak persembahan terbaiknya, penyerang utama England, Harry Kane pula ketika ini dibelenggu masalah kemerosotan prestasi.
Kane yang sebelum ini hangat dikaitkan dengan bakal menyertai Manchester City dan Manchester United gagal untuk memberikan sebarang impak di kejohanan Euro 2020 setakat ini.
Bintang berusia 27 tahun itu telah dikritik teruk oleh para peminat sejak kebelakangan ini kerana kemerosotan prestasi beliau yang jelas tidak memberi impak diharapkan dalam skuad kebangsaan England.
Southgate turut dikritik kerana membiarkan ketua pasukan England itu untuk tetap ada dalam senarai kesebelasan utama skuad walau tidak berada di tahap persembahan terbaiknya.
Penalties 😬
Has Jurgen Klinsmann tempted fate? #bbceuro2020 #ENGGER
— BBC Sport (@BBCSport) June 24, 2021
Klinsmann yang ketika ini berusia 56 tahun menegaskan bahawa Kane merupakan pemain No.9 yang paling digeruni dan beliau menganggap Kane merupakan ancaman yang paling dikhuatiri oleh barisan pertahanan Jerman.
Selain Kane dan Sterling, Klinsmann turut menganggap pemain seperti Mason Mount, Bukayo Saka, Phil Foden dan Harry Maguire merupakan barisan pemain yang berjaya menggerunkan skuad Jerman.
Bercakap kepada The Athletic, bekas pengurus skuad kebangsaan Jerman itu telah menyatakan bahawa:
“Kamu ada Raheem Sterling dan kamu ada Mason Mount.”
“Kamu sekarang ada Saka yang bermain dengan sangat cemerlang ketika bertemu Czech Republic. Kamu ada Phil Foden, pemain yang benar-benar saya kagumi. Saya rasa dia sudah mengharungi musim yang gemilang bersama Man City.”
Jurgen Klinsmann on why veteran Thomas Muller is the man to END England's Euro 2020 dream https://t.co/Z6wAl4z47g
— MailOnline Sport (@MailSport) June 25, 2021
“Kamu ada Harry Maguire, pemain yang mampu menggerunkan pemain lain ketika dia mula masuk ke kawasan midfield. Dia mengingatkan saya kepada Lucio, pemain centre-back Brazil. Dia kelihatan seperti Mustang yang berlari melepasi semua pemain lain.”
“Dan kemudian kamu ada pembunuh No 9 (Harry Kane) yang masih belum panas di kejohanan ini lagi.”
Pertemuan antara Jerman dan England tentunya akan menyajikan aksi persembahan yang cukup mantap dan menarik untuk disaksikan.
Melihat kepada begitu banyaknya kejutan yang berlaku di kejohanan Euro kali ini, tentunya ramai yang tertanya-tanya apakah kesudahan kepada pertembungan antara kedua-dua mereka.
Czech Republic berjaya menyingkirkan Netherlands untuk mara ke pusingan suku akhir dan akan dijadualkan bertemu Denmark yang berjaya menjinakkan Wales 4-0 sebelum ini.
🗣 Jurgen Klinsmann:
“If you go player by player in England vs Germany, this is a 50/50 situation that could end in a penalty shootout! I think it will be a very even battle and be about the form on the day.” pic.twitter.com/Yg1iAIYQSz
— Betzone (@BetzoneUK) June 24, 2021
Belgium pula berjaya menewaskan Portugal 1-0 untuk melayakan diri mereka ke peringkat suku akhir dan akan bertemu dengan Itali yang sebelum ini menewaskan Austria 2-1 di pusingan 16 terbaik.
Lebih mengejutkan lagi apabila Juara Piala Dunia 2018, Perancis turut tersingkir dari saingan Euro 2020 selepas ditewaskan oleh Switzerland menerusi penentuan sepakan penalti awal pagi tadi.
Perlawanan tersebut dianggap sebagai perlawanan terbaik setakat ini dengan pelbagai drama dan kontroversi yang tercetus sepanjang perlawanan.
Jurgen Klinsmann on Harry Maguire: “He reminds me a bit of Lucio, the Brazilian centre-back — he looks like a Mustang running through everybody.“ [the athletic] #MUFC pic.twitter.com/bQ1UGlpeBt
— MUFC Scoop (@MUFCScoop) June 27, 2021
Lawan Switzerland di peringkat suku akhir nanti pula adalah Sepanyol yang mara selepas menewaskan Croatia 5-3 awal pagi tadi.
Satu lagi slot di peringkat suku akhir akan diisi oleh pemenang antara Jerman bertemu England dan Sweden bertemu Ukraine.
Sumber: SB