Jurgen Klopp Dilaporkan Mahu Angkat Kaki

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dilaporkan mahu angkat kaki dan meninggalkan pasukan yang terhebat di alam semesta itu kerana kehambaran prestasi yang begitu teruk seperti tiada ubatnya.

Liverpool gagal mencatatkan sebarang kemenangan dalam 4 perlawanan Premier League terakhir mereka dan masih tidak mengecap 3 mata di tahun 2023 apabila sekadar di tangga ke-11 liga.

Lebih padu dan memburukkan situasi pasukan Liverpool kerana masalah prestasi merudum apabila mereka sudah tersingkir dari Carabao Cup dan FA Cup gagal untuk mempertahankan kejuaraan mereka musim lalu.

Selepas diaibkan Wolves 3-0, Jurgen Klopp yang merupakan pakar memberi alasan tidak masuk akal tidak mampu lagi untuk melakukannya dengan mengakui keputusan itu sangat mengecewakan lagi memilukan.

Seorang wartawan dari Jerman, Jan Aage Fjortoft telah melaporkan bahawa Liverpool tidak akan memecat Jurgen Klopp tetapi kemungkinan untuk dia angkat kaki tidak mustahil.

Jan Aage Fjortoft juga tidak percaya dengan tindakan sebilangan peminat Liverpool yang mahukan Jurgen Klopp dipecat hanya selepas 9 bulan meletakkan Liverpool untuk meraih Quadraple.

Tetapi Klopp telah mendapat sokongan padu untuk mengubah keadaan, terutamanya memandangkan kejayaannya yang luar biasa di Anfield selama ini, dan kekurangan pelaburan dalam skuad bermain telah disebut sebagai faktor utama di sebalik perjuangan pasukan itu.

Dan lembaga pengarah Liverpool dilaporkan telah menyatakan pendirian mereka. Menurut The Athletic, ‘tiada peluang’ Liverpool memecat Jurgan Klopp dan dia mendapat sokongan penuh dari pemilik kelab, Fenway Sports Group (FSG).

Laporan itu juga mendakwa bahawa, apa sahaja yang berlaku pada baki musim ini, pengurus Jerman itu akan mengetuai pembinaan semula pada musim panas, yang mungkin termasuk perpindahan melibatkan wang besar untuk bintang Borussia Dortmund, Jude Bellingham.

Jurgen Klopp telah mencipta reputasi sebagai salah seorang pengurus terbaik dunia, setelah membawa Borussia Dortmund dan Liverpool ke saingan peringkat elit secara konsisten semasa berada di kedua-dua kelab.

Dia perlu berbuat demikian buat kali kedua di Anfield mulai musim panas ini, dengan The Reds bergelut untuk merampas semula prestasi yang secara konsisten menjadikan mereka pencabar sengit untuk kejuaraan domestik.

Mereka masih berada dalam Liga Juara-Juara, walau bagaimanapun, dan Klopp akan berusaha membalas dendam terhadap Real Madrid, yang menewaskan Liverpool pada perlawanan akhir musim lalu, apabila kedua-dua pasukan bertemu di peringkat 16 terakhir pertandingan, yang akan berlangsung minggu depan.

Jurgen Klopp telah meraih kesemua kejuaraan selepas membimbing Liverpool dan suatu ketika hampir angkat kaki namun menyambung kembali kontrak untuk proses membina kembali pasukan.

Jurgen Klopp boleh melangkah pergi dengan reputasi yang gah namun dia tidak sanggup melakukannya jika meninggalkan pasukan begitu saja dan mengambil tanggungjawab untuk meneruskan projek baru.

Mungkin kemerosotan Liverpool sudah dijangka namun tidaklah seteruk seperti ini gabungan kecederaan pemain utama beserta penuaan begitu pantas dan ketara jentera tengah meranapkan reputasi Liverpool.

Kepulangan Diogo Jota dan Virgil van Dijk ke latihan pasukan di Kirkby minggu ini berikutan kecederaan yang panjang akan memberikan peningkatan yang sangat diperlukan, tetapi ia masih memerlukan masa untuk mereka kembali beraksi.

Akhir kat, Get Well Soon Liverpool! Penat nak gelak sebulan berturut-turut ni.

BACA:  Klopp Ketawa Besar Usai Ditanya Peluang Liverpool Untuk Bergelar Juara