Jurgen Klopp Sahkan Alisson Becker Alami Kecederaan

Alisson Becker tidak akan diturunkan dalam perlawanan Premier League menentang AFC Bournemouth pada sabtu selepas mengalami kecederaan otot.

Penjaga gol terhebat dunia ketika ini menghadapi masalah ketika perlawanan menentang Chelsea minggu lalu yang menyaksikan Liverpool tewas.

Selepas imbasan dilakukan maka sahlah bahawa Alisson tidak akan dapat beraksi pada minggu ini.

Perkara ini juga telah disahkan oleh Jurgen Klopp dalam sidang media pra-perlawanan seperti yang dilaporkan laman sesawang Liverpool FC.

“Malangnya Ali tidak akan bermain.” Ujar Klopp.

“Ali telah terlibat dalam insiden kecil ketika latihan sebelum perlawanan menentang Chelsea.”

Klopp menjelaskan, Alisson mengalami kecederaan menjelang perlawanan menentang Chelsea dan mengikut perancangan Alisson tidak akan bermain dalam perlawanan itu.

“Kami fikir tiada apa-apa yang serius dan pada hari itu memang beliau tidak akan beraksi. Rancangannya Ali akan berada dibangku simpanan.”

“Dari situ kami fikir jangan ambil risiko dan tendang terus dari skuad. Esoknya, imbasan menemui sesuatu.”

“Kini Ali tak dapat bermain. Kita akan tengok minggu depan untuk kepastian.”

Klopp juga menjelaskan Alisson tidak akan bermain di Champions League kerana kecederaan ini.

“Otot kecil di bahagian pinggang. Satu otot kecil. Kalau kau boleh je buat keje macam biasa tetapi tidak bagi penjaga profesional.”

“Ali tidak akan bermian hingga minggu depan, bukan esok dan bukan minggu depan.”

Klopp juga menjelaskan bahawa Naby Keita telah kembali berlatih, Jordan Henderson masih cedera tetapi mungkin akan kembali untuk perlawanan menentang Atletico Madrid.

Dengan ketiadaan Alisson maka Adrian akan menggalas kekosongan tanggungjawab yang ditinggalkan oleh penjaga gol Brazil itu.

Dengan aksi semasa Adrian sudah pasti meresahkan sedikit hati peminat Liverpool yang sudah koyak rabak.

BACA:  Bagaimana Alisson Kongsi Tips Untuk Motivasikan Pemain MU Selepas Tewas 7-0