Bagaimana Alisson Kongsi Tips Untuk Motivasikan Pemain MU Selepas Tewas 7-0

Penjaga gol Liverpool Alisson Becker berkata dirinya akan terbakar seandainya dirinya merupakan antara pemain Manchester United selepas pasukan itu dibelasah 7-0 oleh Liverpool pada musim lalu.

Pada Ahad ini kedua-dua pasukan akan kembali untuk memperbaharui perseteruan yang sudah terpahat sejak sekian lama di antara kedua-dua kelab.

Menjelang pertemuan pada hujung minggu ini sudah pasti penyokong United mampu untuk membalas dendam terhadap kekalahan 7-0 itu.

Walaupun demikian tidak banyak perubahan berlaku di antara kedua-dua pasukan sejak kekalahan memalukan yang dialami United itu.

Sehingga kini United masih merana dengan prestasi. Liverpool pula berada di tahap terbaik mereka pada musim ini.

Ditemual oleh The Guardian Alisson – yang memahami perasaan derita tewas di gelanggang keramat Anfield apabila tewas 5-2 ketika masih bersama Roma – ditanya bagaimanakah perasaan dirinya jika dia adalah pemain United menuju perlawanan pada hujung minggu ini.

“Sudah tentu saya akan berapi-api [lebih bersemangat]. Dan saya juga akan memastikan rakan sepasukan lain turut berapi,” kata Alisson.

“Saya pernah bermain menentang Liverpool dan saya tahu bagaimana kekuatan pasukan ini di Anfield. Ia bukan pengalaman yang bagus daripada segi keputusan perlawanan. Tetapi perlawanan sebeginilah yang sentiasa pemain nanti-nantikan.

“Pemain daripada Liverpool, Chelsea, Man United, Man City, mereka wajib rasa seronok dan ternanti-nantikan perlawanan sebegini. Saya menikmatinya ketika masih belum menyertai Liverppol.

“Ini kerana sebagai pemain bola sepak dan atlet elit anda pasti mahu menggunakan kekalahan 7-0 untuk memberikan motivasi kepada diri anda.

“Saya tidak tahu banyak mengenai pemain Man United, tetapi saya pasti mereka akan datang ke sini dan cuba untuk mendapatkan sesuatu daripada perlawanan ini.”

Kekalahan 7-0 United kepada Liverpool pada musim lalu tiba hanya selepas seminggu mereka dinobatkan juara Piala Carabao. Sehingga kini trofi tersebut kekal sebagai satu-satunya kebanggaan Man United di era Erik ten Hag.

Kekalahan kepada Liverpool pada perlawanan Ahad ini akan menjadikan musim United semakin sukar kerana berpotensi jatuh ke kedudukan kesembilan di Premier League.

Berbanding United, Liverpool memiliki skuad yang lebih segar selepas merehatkan ramai pemain utama dalam kekalahan 2-1 kepada Union Saint-Gilloise di pertandingan Europa League pada malam Jumaat lalu.

BACA:  Pemain City Bengang Melihat Reaksi Van Dijk Ketika Meraikan Gol Mo Salah