Pemain penyerang Chelsea, Kai Havertz sepatutnya dilayangkan kad merah kerana mempamerkan aksi dived keterlaluan ketika bertemu Crystal Palace malam semalam.
Hal itu merupakan kenyataan dari Jamie O’Hara yang percaya Havertz selayaknya dilayangkan kad merah atas aksi lakonan tak menjadi yang beliau persembahkan.
Havertz telah dilayangkan kad kuning kerana aksi dived keterlaluan di dalam kotak penalti Palace dalam usahanya mahu memenangi sepakan penalti.
⚽️ Jamie O'Hara unloads on Chelsea's Kai Havertz and says "I would have sent him off" https://t.co/iCieZlch3a ⚽️ pic.twitter.com/pT67tjOC1Q
— 9 Inch UK (@9InchUK) April 17, 2022
Bekas pemain Tottenham Hotspur, O’Hara bengang dengan tindakan pemain kebangsaan Jerman itu dan percaya yang Havertz sepatutnya dihukum dengan layangan kad merah oleh Anthony Taylor.
“Ia dive yang mengejutkan.”
Jelas Jamie O’Hara di Sky Sports News.
“Jelas sekali tak ada tempat untuk itu di dalam mana-mana perlawanan. Dia kena kad kuning untuk itu. Pemain Crystal Palace bengang dengan hal itu kerana ia bagi saya lakonan yang sangat teruk.”
“Itu bukan sesuatu yang kamu mahu tengok dalam sesebuah perlawanan, terutama perlawanan di tahap tertinggi.”
"I would have sent him off!" 😡
Jamie O'Hara was NOT happy with Kai Havertz after the Chelsea man was booked for diving. pic.twitter.com/jvgNzDM0Ej
— Sky Sports News (@SkySportsNews) April 17, 2022
“Ia sebenarnya tindakan yang bodoh dari dia kerana sentuhan pertama dia sudah melepasi pemain pertahanan sebenarnya. Dia hampir berdepan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol.”
“Sangat mengejutkan dari dia. Saya benci melihat itu dalam perlawanan. Kita perlu singkirkan itu secepat yang mungkin.”
“Saya rasa dia patut dapat kad merah.
Can't remember the last time he had a good take on anything. Dont understand why he keeps getting air time
— Connor (@ZarkUK) April 17, 2022
Just accept that it was a shocking dive. Jesus christ.
— . (@lukayanited) April 17, 2022
Kenyataan dari Jamie O’Hara itu walau bagaimanapun tidak disenangi oleh para penyokong Chelsea, yang kemudiannya menghentam beliau di media sosial.
“Son dan Kane bermain untuk kelab kamu dan kamu tak pernah kata apa-apa pun bila mereka dived setiap minggu?”
“Saya tak boleh ingat bila kali terakhir dia keluarkan kenyataan yang bijak, saya jadi hairan kenapa dia masih dapat masa siaran.”
“Adakah kamu kenal Harry Kane? Penyerang yang bermain untuk kelab kamu, Tottenham Hotspur. Dia dived lebih kerap dari menjaringkan gol setiap musim.”
“Kalau itulah hukuman untuk pemain yang dived, Harry Kane hanya akan main beberapa perlawanan sahaja setiap musim.”
“Dia memang sakit melihat kejayaan Chelsea sekarang, sebab tu semua benda salah di mata dia.”
Jamie O'Hara unloads on Chelsea's Kai Havertz and says "I would have sent him off" https://t.co/c4SLQbJtlb via @NewsNowUK
— Lynn Hamer (@evilbluebird) April 17, 2022
Chelsea 2-0 Crystal Palace
Skuad kendalian Thomas Tuchel turun dalam misi mahu mencatatkan kemenangan seterusnya melayakkan diri ke aksi perlawanan akhir.
Memandangkan mereka sudah tersingkir dari saingan Champions League, maka FA Cup jelas sekali bakal menjadi sasaran untuk The Blues setidak-tidaknya mengakhiri kempen musim ini dengan satu Piala.
Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi saling serang menyerang pada 45 minit pertama permainan, namun tak ada jaringan yang berjaya dihasilkan.
Masuk aksi babak kedua, Chelsea dilihat bermula dengan lebih garang dengan mereka berjaya melancarkan beberapa siri serangan ke kubu Palace.
Pada minit ke-65 permainan, Ruben Loftus-cheek berjaya meledak gol pembukaan untuk Chelsea mendahului Palace 1-0.
10 minit selepas itu, giliran Mason Mount pula yang menjaringkan gol yang cantik dan padu untuk memastikan Chelsea mendahului 2-0.
Another day at Wembley booked in 🗓 pic.twitter.com/RrNpMc4Mxe
— Kai Havertz (@kaihavertz29) April 17, 2022
Sebaik menjaringkan gol, Mason Mount kemudiannya dikeluarkan oleh Thomas Tuchel dengan tempat beliau digantikan oleh Hakim Ziyech.
Chelsea kemudiannya memiliki beberapa kesempatan emas untuk memperoleh tambahan jaringan, namum malangnya mereka gagal mendapatkan gol yang dicari.
Perlawanan tamat dengan Chelsea berjaya menewaskan Crystal Palace dengan keputusan 2-0, seterusnya melayakkan mereka untuk beraksi di pentas perlawanan akhir.
The Blues akan sekali lagi turun berdepan Liverpool di pentas perlawanan akhir, selepas kedua-dua mereka sebelum ini bertemu dalam aksi perlawanan akhir Carabao Cup.
Your 2021/22 #EmiratesFACup winners are amongst them 🏆@LFC 🆚 @ChelseaFC
Who will it be? 👀 pic.twitter.com/dFpk5qkbH1
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) April 17, 2022
Chelsea pada ketika itu terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Liverpool menerusi penentuan sepakan penalti dan jelas sekali mereka akan berusaha sehabis daya untuk mengelak dari berlakunya hal yang sama kali ini.
Sumber: SPORTbible