Pasukan-pasukan dari saingan Premier League dan EFL bimbang ketika ini kerana kebanyakan pemain menolak untuk menerima suntikan vaksin C0V-19.
Hal tersebut sedikit sebanyak mengganggu perjalanan untuk memulakan saingan musim baharu nanti.
Saingan musim baru EFL akan bermula pada Jumaat depan, dengan Bournemouth akan beraksi dalam perlawanan pembukaan bertemu West Brom.
Premier League clubs 'face divided dressing rooms as many stars REFUSE to have Covid vaccine' https://t.co/99JhjuKtah
— MailOnline Sport (@MailSport) August 1, 2021
Sementara saingan Premier League pula dijadualkan akan bermula seminggu selepas sepak mula saingan Championship.
Walau bagaimanapun, berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum saingan Domestik bermula, kebanyakan kelab mulai bimbang akan kehilangan pemain pada permulaan liga kerana C0V-19.
Menurut sumber laporan dari media UK, terdapat ramai pemain yang menolak untuk menerima suntikan vaksin atas pelbagai alasan terutamanya berkait kepercayaan masing-masing.
Hal tersebut turut menyebabkan berlakunya perbezaan pendapat dan pertengkaran di dalam bilik persalinan kerana memperdebatkan hal tersebut.
Making proof of full vaccination mandatory at Premier League matches could cause "chaos" at some clubs, the Football Supporters' Association has warned.
Full story ⤵#bbcfootball
— BBC Sport (@BBCSport) July 25, 2021
Salah sebuah kelab dari saingan Championship dilaporkan telah dipaksa untuk mengkuarantinkan para pemain mereka, selepas salah seorang pemain kelab yang menolak vaksin, disahkan positif C0V-19.
Salah satu sumber telah mendedahkan bahawa:
“Kita tahu setiap orang ada pandangan mereka dan alasan masing-masing, tapi ini akan mencetuskan masalah.”
“Ada pemain di sini menolak untuk diberikan suntikan vaksin, dan kemudian dia positif. Selepas beberapa hari, beberapa pemain lain dan staff turut diuji positif.”
Premier League and EFL clubs to put vaccine clauses in player contracts after Government demands https://t.co/KQJHd14BW9
— PriceOfFootball (@KieranMaguire) July 26, 2021
“Ia bermaksud orang-orang terpaksa mengkuarantinkan diri dan ia sangat mengganggu perancangan kami dengan musim baru akan bermula dalam tempoh seminggu lagi.”
Perancangan pra musim Manchester United turut terjejas teruk pada awal minggu ini, selepas beberapa pemain dan staff mereka diuji positif C0V-19.
Ia bermaksud, pihak kelab terpaksa membatalkan perlawanan persahabatan bertemu Preston North End, seterusnya menyebabkan setan merah hanya mempunyai empat perlawanan persahabatan sahaja menjelang bermulanya musim baharu nanti.
Ujian semula telah dilakukan, dan keputusannya tidak ada mana-mana pemain atau staff Manchester United yang disahkan positif.
The government is looking at plans that would mean only fully-vaccinated fans would be able to attend Premier League matches from October – and it could be extended to lower leagues https://t.co/knbQnCKSvB
— FourFourTwo (@FourFourTwo) July 26, 2021
Menurut sumber sama, salah seorang pemain dari saingan Premier League tidak dapat melengkapkan perpindahannya kerana beliau disahkan positif C0V-19.
Terdapat juga seorang lagi pemain yang tak dapat melengkapkan rundingan kontrak barunya, juga atas alasan yang sama dengan wabak pandemik itu terus menjejaskan dunia bola sepak selama hampir setahun lebih.
Bermula 16 Ogos akan ada peraturan baru yang diubah di England, yang mana para pemain yang sudah menerima suntikan vaksin lengkap, hanya perlu menunjukkan keputusan negatif sahaja untuk mengelak dari menjalani sesi kuarantin.
Walau bagaimanapun, bulan lalu terdapat laporan yang menyatakan bermula Oktober, pemain staff dan penyokong perlu melengkapkan suntikan vaksin masing-masing untuk menghadiri perlawanan.
Only fully vaccinated supporters would be allowed into Premier League games under government plans ⬇️
— Sky Sports Football (@SkyFootball) July 26, 2021
Memandangkan di UK juga ramai golongan anti-vaksin, maka kebanyakan peminat menentang cadangan untuk menetapkan hanya mereka yang sudah menerima vaksin sahaja yang boleh menonton perlawanan.
Saingan Premier League akan bermula pada 14 Ogos nanti dengan Arsenal dan Brentford akan turun beraksi dalam perlawanan pembukaan.
Semoga saja tidak ada masalah yang akan mengganggu perjalanan pembukaan saingan liga nanti dan semoga para anti-vaksin boleh menerima vaksin dengan lapang dada.
Sumber: SPORTbible