Penyerang Leicester City, Kelechi Iheanacho telah ditahan oleh pihak polis di sempadan Poland, dan beliau turut telah dihantar pulang ke United Kingdom atas masalah passport.
The Foxes terbang ke Poland untuk aksi bertemu Legia Warsaw dalam aksi peringkat kumpulan C, saingan Europa League.
Namun begitu, Iheanacho telah ditahan di lapangan terbang Chopin dengan pihak berkuasa mendapati ada masalah berkait passport beliau bersama dokumen sokongan yang disediakan.
Kelechi Iheanacho is not available to play tomorrow.
Rodgers: "His documentation coming into the country wasn't suffice, so he wasn't able to travel. He will be unavailable for the game.
"The paperwork didn't allow him to enter the country."
— Jason Bourne 🗣🎙📻 (@JasonBourne1986) September 29, 2021
Oleh yang demikian, pemain kebangsaan Nigeria itu terpaksa kembali ke England, dan hanya mampu menonton perlawanan tersebut dari rumahnya sahaja.
Brendan Rodgers turut bercakap tentang hal tersebut, dan beliau jelas kecewa dengan apa yang berlaku kerana Iheanacho ada dalam perancangannya.
“Kami ada isu berkait Kelechi jadi dokumentasi dia untuk masuk ke negara ini tidak mencukupi.”
Jelas Rodgers kepada media.
“Sayang sekali, dia tidak boleh diturunkan untuk bermain dan ia sebenarnya sangat memalukan kerana dia sepatutnya akan diturunkan.”
Kelechi Iheanacho has been ruled out of Leicester's Europa League clash with Legia Warsaw after being turned away by Polish border control.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) September 29, 2021
“Dokumen yang dia ada tak membenarkan dia untuk masuk ke negara ini, ia sangat mendukacitakan. Kami akan semak semula berkait hal ini nanti.”
Leicester sedang dalam usaha mereka untuk memburu kemenangan pertama dalam saingan Europa League, selepas mereka sebelum ini sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 bertemu Napoli di King Power Stadium.
Leicester City bolos dua gol pada aksi babak kedua permainan dengan Wilfred Ndidi turut dilayangkan dengan layangan kad merah pada penghujung minit permainan.
Legia, sementara itu berjaya menewaskan Spartak Moscow 1-0 di halaman lawan, namun pasukan dari Poland itu merekodkan keputusan buruk dalam saingan liga domestik.
Leicester City will be without Kelechi Iheanacho to play against Legia Warsaw tomorrow evening.
Brendan Rodgers: "The paperwork didn’t allow him to enter the country"
Iheanacho has now been forced to return back to England. pic.twitter.com/kdYHSkh6Yw
— BBC Sport Leicester (@BBCRLSport) September 29, 2021
Mereka mencatatkan empat kekalahan dari tujuh perlawanan awal liga, dan Legia juga ketika ini tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka.
Leicester City sendiri turut tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka, namun pertembungan kedua-dua pasukan ini bakal jadi sangat menarik untuk ditonton.