James Maddison Padam Semua Ciapan Kutuk Spurs Selepas Lengkapkan Perpindahan

Beberapa ciapan di Twitter mengutuk Tottenham pernah dilakukan oleh James Maddison beberapa musim lalu kini terpaksa dipadam oleh pemain itu setelah dirinya kini bergelar pemain kelab London itu.

Maddison gagal membanti Leicester tersingkir daripada saingan Premier League pada musim lalu, dan sejak daripada itu menjadi sasaran utama Tottenham dengan perpindahan bernilai £40  juta.

Perpindahan tersebut akhirnya dilengkapkan pada malam tadi.

Bekas pemain Covebtry dan Norwich itu kini menjadi pemain pertama yang dibawa masuk oleh Ange Postecoglou sejak bergelar pengurus Tottenham.

Dan walaupun perpindahan tersebut belum lagi rasmi, beberapa ciapan lama Maddison yang jelas bukan peminat Tottenham pada usia mudanya kembali tular.

Salah satu daripadanya: “Saya benci Gareth Bale yang begitu bersemangat, Bertenanglah monyet, Wilshere pemain yang 10 kali ganda lebih bagus daripada kaulah chimpanzee.”

Satu lagi pula ditulis: “Saya berharap Luis Suarez musnahkan Tottenham pada hari ini. Saya benci Spurs! Terutama monyet itu yang semua mereka nyanyikan.”

Ini bukan kali pertama pemain Premier League mengutuk Tottenham sebelum akhirnya bergelar pemain kelab itu.

Matt Doherty terpaksa memadam ciapannya dari 2012 sehingga 2013, selepas mengaku dirinya peminat setia seteru setempat kepada Tottenham, Arsenal.

“Saya cintakan Arsenal selama-lama dan selama-lamanya,” tulis Doherty pada ketika itu.

Ciapan tersebut bukannya tidak diketahui oleh pihak Spurs dan mengggunakan ciapan tersebut sebagai inspirasi untuk mengumumkan Doherty sebagai pemai baharu kelab itu pada musim panas 2020.

BACA:  Bagaimana Spurs Boleh Menyesuaikan Diri Tanpa Harry Kane Dan Siapakah Penggantinya?