Kesebelasan Terbaik Pemain Eropah Yang Tak Beraksi Di Euro 2020

Media Perancis, L’Equipe telah menyenaraikan kesebelasan terbaik pemain di benua Eropah yang terlepas aksi Euro 2020.

Senarai tersebut telah membariskan barisan pemain yang hebat dan tidak keterlaluan untuk katakan andai kesebelasan ini dibawa beraksi ke saingan Euro, mereka mampu bergelar Juara.

Senarai ini mengumpulkan para pemain yang beraksi bersama negara yang tak layak sertai Euro dan ditambah dengan barisan pemain yang mengalami kecederaan dan terpaksa diketepikan dari skuad kebangsaan masing-masing.

Apa yang lebih menakjubkan lagi, barisan pemain yang disenaraikan oleh L’Equipe ini sebenarnya boleh dianggap kesebelasan yang lebih hebat berbanding mana-mana skuad Euro yang lain.

Di posisi penjaga gol, Jan Oblak telah disenaraikan sebagai tembok terakhir untuk kesebelasan terbaik pilihan L’Equipe ini, memandangkan Slovenia gagal untuk melayakkan diri ke saingan Euro.

Selain memiliki penjaga gol terhebat dunia, senarai ini turut membarisi empat pertahanan yang juga dianggap sebagai yang terhebat di dunia.

Bermula dengan Trent Alexander Arnold (Cedera), Sergio Ramos (Tidak terpilih), Virgil Van Dijk (Cedera) dan Theo Hernandez (Tidak terpilih).

Dua pemain centre-back yang sememangnya terhebat di dunia dengan pengalaman dan kebolehan masing-masing.

Di tambah pula dengan dua pemain full-back yang juga terhebat di dunia pada ketika ini dengan kemampuan mereka untuk bertahan dan membantu jentera serangan.

Di posisi midfield juga terdapat barisan pemain berbakat dan hebat yang tidak dapat beraksi dalam saingan Euro tahun ini.

Bermula dengan pemain prospek masa depan Perancis, Eduardo Camavinga (Tak terpilih), Sergej Milinkovic-Savic (Serbia tak layak) dan bintang Hungary yang sedang meningkat naik, Dominik Szoboszlai (Cedera).

Ketiga-tiga pemain ini mempunyai kelebihan masing-masing dan hebat bermain di posisi midfield sebagai AM, CM dan DM.

Selain penjaga gol yang super mantap bersama barisan pertahanan yang terhebat di dunia dan midfield yang kreatif, kesebelasan terbaik ini turut dihiasi dengan pemain penyerang yang luar biasa menakjubkan.

Jentera serangan untuk skuad ini dibarisi oleh bintang-bintang handalan dunia seperti Marco Reus (Menolak panggilan menyertai skuad Jerman) yang akan bermain di belakang Zlatan Ibrahimovic (Cedera).

Penyerang legenda Sweden itu akan digandingkan dengan penyerang terhebat dunia ketika ini, Erling Haaland (Norway tak layak) sebagai penyerang utama.

Hebat bukan? Dari penjaga gol membawa ke penyerang, semuanya di barisi oleh bakat-bakat terhebat dunia ketika ini.

Jujurnya saiz dan skill yang dimiliki oleh Haaland dan Zlatan sudah cukup untuk menggerunkan mana-mana sahaja pemain pertahanan yang ada dalam saingan Euro kali ini.

Melainkan pertahanan mereka dibarisi oleh kereta kebal seperti Van Dijk atau Harimau lapar seperti Sergio Ramos, namun kedua-dua pemain centre-back itu berada dalam senarai ini sebagai rakan sepasukan Zlatan dan Haaland.

Selain kesebelasan ini yang sudah boleh dianggap super mantap, L’Equipe turut menyenaraikan barisan pemain yang boleh diletakkan sebagai pemain simpanan untuk senarai pemain terbaik Eropah yang tidak beraksi di Euro 2020.

Penjaga gol simpanan merupakan bintang Barcelona, Marc-Andre ter Stegen yang diketepikan dari skuad Euro Jerman kerana mengalami kecederaan.

Duo Perancis yang turut diketepikan dari skuad kendalian Didier Deschamps, Ferland Mendy dan Anthony Martial turut disenaraikan sebagai pemain simpanan dalam senarai ini.

Bintang muda Barcelona, Ansu Fati dan pertahanan Real Madrid, Dani Carvajal turut diketepikan dari skuad kebangsaan Sepanyol dan disenaraikan dalam senarai ini.

Trio England, Mason Greenwood, Jesse Lingard dan Ward-Prowse yang diketepikan dari skuad England juga boleh dimasukkan sebagai pemain simpanan dalam senarai ini.

Ada lagi pemain lain dari benua Eropah yang tak beraksi dalam saingan Euro 2020? Senaraikan di ruangan komen.

Senarai ini dikeluarkan atas dasar suka-suka untuk mengisi masa lapang sementara menunggu sepak mula saingan Euro 2020.

BACA:  5 Jersi Kelab Bola Sepak Paling Bernilai Sepanjang Zaman