Kesebelasan Utama Malaysia vs Indonesia

Sebenarnya Tan Cheng Hoe agak pening untuk menyenaraikan kesebelasan utama lantaran kecederaan dialami dua pertahanan tengah Aidil Zafuan dan Shahrol Saad yang mengalami kecederaan hamstring.

Kehadiran dan ketibaan Dion Cools nyata memberi kelegaan kepada Tan Cheng Hoe kerana kualiti pemain yang berpangkalan di Eropah dituntut untuk memberi kestabilan di barisan pertahanan.

“Dion Cools tiba dua hari lalu dan dia menjalani latihan sehari penuh semalam jadi dia bersedia untuk beraksi walaupun nampaknya kedua-dua Aidil Zafuan dan Shahrul Saad mungkin tidak dapat bermain dengan kecederaan.”

Kemenangan satu-satunya pilihan buat Harimau Malaya dalam perlawanan terakhir kumpulan B bagi memastikan kemaraan ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2020.

Ketempangan skuad Malaysia membuatkan media Indonesia yakin bahawa pasukan sang Garuda akan mampu menewaskan Malaysia dengan kelebihan mereka miliki.

Kesebelasan utama Malaysia vs Indonesia

Junior Eldstal kembali dari kecederaan dan telah digandingan bersama Dion Cools di pertahanan tengah, Faisal Halim akhirnya membuat penampilan pertama di Piala AFF 2020.

Hanya Aidil Zafuan sahaja tidak disenaraikan dan Shahrul Saad ada di bangku simpanan, manakala Syafiq Ahmad mengepalai jentera serangan.

Penjaga Gol

Khairul Fahmi Che Mat – Melaka United FC (32 Tahun)

Pertahanan

Dion-johan Cools – FC Midtjylland (25 Tahun)
Junior Eldstal – Chonburi FC (30 Tahun)
Mohd Rizal Mohd Ghazali – Kedah Darul Aman FC (29 Tahun)
Muhammad Syahmi Safari – Selangor FC (23 Tahun)

Tengah

Baddrol Bakhtiar – Kedah Darul Aman FC (33 Tahun)
Muhammad Safawi Rasid – Johor Darul Ta’zim FC (24 Tahun)
Kogileswaran Raj A/l Mohana Raj – Petaling Jaya City FC (23 Tahun)
Arif Aiman Mohd Hanapi – Johor Darul Ta’zim FC (19Tahun)
Mohamad Faisal Abdul Halim – Terengganu FC (23 Tahun)

Penyerang

Muhammad Syafiq Ahmad – Johor Darul Ta’zim FC (26 Tahun)

Pemain Simpanan

Kalamullah Al-hafiz Md Rowi – Petaling Jaya City FC (26 Tahun)
Mohd Khairulazhan Mohd Khalid – Selangor FC (32 Tahun)
Shahrul Mohd Saad – Johor Darul Ta’zim FC (28 Tahun)
Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi – Selangor FC (20 Tahun)
Quentin Cheng Jiun-ho – Penang FC (22 Tahun)
Muhammad Ariff Farhan Md Isa – Kedah Darul Aman FC (25 Tahun)
Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar – Terengganu FC (25 Tahun)
Dominic Tan – Police Tero FC (24 Tahun)
Luqman Hakim Shamsudin – KV Kortrijk (19 Tahun)
Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi – Selangor FC (27 Tahun)
Guilherme De Paula Lucrecio – Johor Darul Ta’zim FC (35 Tahun)
Muhammad Akhyar Abdul Rashid – Johor Darul Ta’zim FC (22 Tahun)

Tidak disenaraikan

Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak – Johor Darul Ta’zim FC (34 Tahun)

Rekod Pertemuan Malaysia vs Indonesia

Perseteruan Malaysia dan Indonesia dalam dunia bola sepak mempunyai sejarah yang panjang yang bermula sejak 7 September 1957 lagi, pertemuan pertama Malaysia dan Indonesia.

Pertemuan di Pesta Bola Merdeka ini menyaksikan Indonesia berjaya menewaskan Malaysia dengan jaringan empat gol berbalas dua.

Sejak itu Malaysia dan Indonesia telah bertemu sebanyak 96 kali di Mana Indonesia menang 39 kali dan Malaysia menang 36 kali serta seri 21 kali.

Jumlah perlawanan Keseluruhan: 96

Indonesia menang: 39 kali

Malaysia menang: 36 kali

Seri: 21 kali

Perlawanan pertama: 7 September 1957 (Pesta Bola Merdeka) Malaysia 2-4 Indonesia.

Perlawanan terakhir: 19 November 2019 (Kualifikasi Piala Dunia 2022) Malaysia 2-0 Indonesia.

Pencetak gol pertama Timnas Indonesia ke gawang Malaysia: Jasrin Jusron (32′), Pesta Bola Merdeka

Pencetak gol terakhir Timnas Indonesia ke gawang Malaysia: Alberto Goncalves (38′), Kelayakan Piala Dunia 2022.

Dalam perlawanan Piala AFF Suzuki sejak diperkenalkan pada tahun 1996 Malaysia bertemu Indonesia sebanyak 8 kali di mana keputusan seimbang, Malaysia menang 4 dan Indonesia menang 4.

Jumlah perlawanan Piala AFF: 8 kali

Indonesia menang: 4

Malaysia menang: 4

Pertemuan pertama di Piala AFF 1996: Malaysia Vs Indonesia 3-1

Pertemuan terakhir di Piala AFF 2012: Malaysia Vs Indonesia 2-0

Untuk rekod di Piala AFF Suzuki, Malaysia tidak pernah tewas kepada Indonesia sejak muncul juara di Piala AFF Suzuki 2010 di mana Indonesia menjadi tuan rumah.

Sejak itu Malaysia tidak pernah tewas dalam perlawanan kompetitif tidak pernah kalah. Kekalahan Malaysia hanya hadir melalui perlawanan persahabatan pada tahun 2014 dan 2016.

BACA:  Biasa Defending Keluarkan Kaki Bukan Badan, Rasa Macam Hoki Pulak Kan?