Kesilapan Bodo Alisson Becker Menyapu Angin Dihukum Son Heung Min

Penjaga gol terbaik dunia kini dan selamanya, Alisson Becker telah melakukan satu kesilapan bodo yang akhirnya telah dihukum oleh pemain Tottenham Hotspur, Song Heung Min.

Sejak beberapa perlawanan lalu, sudah beberapa kali Alisson Becker membuat kesilapan bodo apabila keluar secara menonong tanpa pedoman kadangkala dalam situasi yang tidak perlu.

Dalam perlawanan menentang Tottenham Hotspur ini sudah beberapa kali Alisson Becker hampir menerima padah apabila keluar dari kotak namun disusuli kawalan bola tidak kemas.

Harry Kane terlebih dahulu meletakkan Tottenham Hotspur dihadapan sebelum Diogo Jota menyamakan kembali kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama.

Andrew Robertson telah mencipta kebangkitan sensasi Liverpool dengan satu sundulan rendah untuk membolehkan Liverpool mendahului dengan kedudukan 2-1.

Namun gol pendahuluan Liverpool hanya bertahan selama lima minit sahaja apabila Son Heung Min kembali menyamakan kedudukan disebabkan kesilapan Alisson Becker.

Harry Winks telah memotong pertahanan Liverpool yang bermain di garis tinggi lalu melorongkan bola kepada Son Heung Min yang pantas membuat larian.

Sudah menjadi tugas Alisson Becker selaku ball playing goalkeeper atau sweeper goalkeeper untuk keluar dari kawasan bagi menyapu lorongan Harry Winks.

Segalanya nampak mudah buat Alisson Becker dan bola seperti menjadi hak mutlak beliau yang lebih laju menyapu bola dari disambar Song Heung Min.

Tetapi takdir penentu segala, Alisson Becker telah menyapu angin dan bola lolos terkena kepada Son Heung Min yang seperti sudah kecewa dan bola maju kedepan seiring dengan Son.

Tanda dikawal dengan gawang terbuka luas, ruang, masa dan peluang menjadi milik pemain Korea Selatan itu. Satu tolakan kaki kiri mudah dari Son untuk gol penyamaan.

Dalam perlawanan ini, Alisson Becker menyelamatkan beberapa peluang Tottenham Hotspur temasuklah dalam situasi satu lawan satu menentang Harry Kane.

Harry Kane ternyata tewas melepaskan peluang keemasan yang mampu memberikan Spurs 3 mata.

Tottenham 2-2 Liverpool

Perlawanan Premier League minggu ini banyak dibatalkan selepas perlawanan Arsenal dan Leeds, pertembungan Tottenham Hotspur menjadi sajian tersedap. Chelsea, City pun ada tapi biasa-biasa.

Selepas diambil alih Antonio Conte, keputusan positif dicapai Spurs dengan dua seri dan dua menang dalam empat perlawanan terakhir.

Tottenham bermula baik dalam perlawanan ini dengan permainan penuh yakin dan bertenaga mungkin kerana sudah lama bercuti mungkin.

Minit ke-13, Harry Kane menyudahkan dengan kemas lagi tenang cantik lorongan Tanguy Ndombele, mudah Alisson Becker ditewaskan.

Kane akhirnya menamatkan kemarau gol Premier League selama 788 minit di tempat sendiri, 8 perlawanan tanpa sebarang gol di Tottenham Hotspur Stadium.

Dua minit kemudian Son Heung Min boleh saja menggandakan kedudukan selepas Kane membalas assist awal, Son memilih menolak bola ke tepi tiang bukan ke dalam gawang.

Diogo Jota menyamakan kedudukan pada minit ke-35 dengan menanduk masuk hantaran silang Andrew Robertson.

Seminit kemudian Jota memohon penalti selepas ditolak dari belakang oleh Emerson Royal namun tidak diendahkan pengadil dan juga VAR.

Alisson Becker hampir saja membuat aksi kelakar selepas keluar dari kawasan kotak gol tapi tidak dihukum.

Tottenham Hotspur sepatutnya bermain 10 orang selepas terjahan ganas Harry Kane ke atas Andrew Robertson dengan kedua-dua belah kaki naik mencari kaki.

Awal babak kedua, Diogo Jota hampir menjaringkan gol kedua juga melalui tandukan namun sedikit tersasar.

Harry Kane terlepas peluang keemasan ketika berdepan satu lawan satu dengan Alisson Becker yang meregangkan habis badan menutup ruang.

Entah Alisson power ke Kane yang teruk. Cantik dan tidak tamak Alli passing tapi Kane pula membazir.

Harry Kane terlepas lagi, kali ini berpunca dari sepakan penjuru bola sampai kepada Kane yang tidak dikawal lalu dilepaskan tandukan tinggi melepasi palang.

Dele Alli telah meminta penalti selepas ditolak (lebih kepada sentuh) Trent Alexander Arnold namun tidak diendahkan pengadil.

Dari serangan balas itu, Liverpool memperoleh gol kedua melalui tandukan aras rendah Andrew Robertson menyempurnakan hantaran Arnold.

Bola jelas terkena tangan Mohamed Salah yang menanduk bola ke tangan sendiri, pengadil dan VAR menyatakan gol itu sah dan dikira. Kontroversi!

Alisson Becker yang terselamat dalam beberapa perlawanan lalu dan perlawanan selepas keluar dari kawasan gol akhirnya terhukum juga.

Penjaga gol terbaik dunia itu telah menyapu angin dan bola mudah lepas meninggalkan Son Heung Min dengan bola dan gawang terbuka tanpa penjaga.

Satu tolakan mudah dilakukan Son Heung Min untuk kembali menyamakan kedudukan.

Andrew Robertson entah bagaimana terselamat dari kad merah selepas merembat Emerson Royal dan belakang dan ganas. Hanya kad kuning.

Atas nama keadilan pengadil merujuk kepada VAR dan menarik balik kad kuning lalu dilayangkan kad merah. Keadilan tertegak.

Jurgen Klopp kelihatan terkejut tidak percaya dengan kad merah dan mempersoalkan keputusan pengadil. Kejahatan nyata dari Robertson pun nak bela ke?

Kemudian Naby Keita telah dilayangkan kad kuning kerana lakonan entah apa-apa yang sekadar mahu melengahkan masa permainan.

Spurs hanya mampu menyalahkan diri sendiri kerana gagal mengutip tiga mata dengan deretan peluang dibazirkan dan Liverpool bernasib baik membawa pulang satu mata.

Lain macam Dele Alli punya perform. Adakah Alli sudah kembali ke jalan yang benar? Pengadil perlawanan, Paul Tierney membuat beberapa keputusan meragukan.

Kesebelasan Utama Spurs ( 5-3-2) Lloris; Royal, Sanchez, Dier, Davies, Sessegnon; Ndombele, Winks, Alli; Kane, Son.

Pemain Gantian: Austin, Rodon, Tanganga, Doherty, Reguilon, Skipp, Lo Celso, Bergwijn, Lucas.

Kesebelasan UtamaLiverpool (4-3-3) Alisson; Alexander-Arnold, Matip, Konate, Robertson; Keita, Morton, Milner; Salah, Jota, Mane.

Pemain Gantian: Kelleher, Firmino, Gomez, Oxlade-Chamberlain, Minamino, Tsimikas, Gordon, N Williams, Quansah.

Pengadil perlawanan: Paul Tierney.

BACA:  Karius Sedia Cabar Kedudukan Alisson Di Liverpool