Ketahui Kenapa Jamie Vardy Memakai But CR7 Ketika Menentang Italy

Penyerang England, Jamie Vardy telah menjaringkan gol yang padu lagi sensasi selepas menerima bola dari sepakan percuma pantas Jese Lingard ketika menentang Italy di mana perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Dalam perlawanan menentang Italy, Jamie Vardy dilihat telah memakai but CR7 yang dibeli sendiri menggunakan hasil titik peluhnya dari kedai sukan tempatan yang pasti bukan Al-Ikhsan apatah lagi Hock Eng Sports.

Sebelum ini, Nike merupakan pembekal utama kasut kepada Vardy yang tanpa jemu menghidangkan Vardy dengan kasut. Tetapi sejak kebelakangan ini Vardy dilihat tidak memakai kasut yang dibekalkan Nike, malah membeli sendiri kasut bola seperti mana semasa beliau masih bermain di liga bawahan dan bekerja di kilang.

Vardy menunggeng Nyior. Imej : Getty

Vardy mula tidak memakai but yang dibekalkan oleh Nike selepas Leicester City tewas 2-1 kepada Everton pada penghujung Januari lalu. Ini kerana Vardy tidak gembira dengan but yang dibekalkan oleh penajanya itu.

Nike mahu menggantikan but tersebut dengan but yang lebih bergaya namun gagal menambat hati Vardy. Sejak itu Vardy membeli sendiri but untuk perlawanan dan but Nike Mercurial Superfly V edisi Cristiano Ronaldo Gred AAA menjadi pilihan.

Sejak memakai dan membeli sendiri but CR7 Vardy yang merupakan pemain terbaik Premier League musim 2015/16 telah 3 kali dalam 3 perlawanan berturut-turut dan telah menjaringkan 6 gol dalam 9 perlawanan.

Nike Mercurial Superfly V Cristiano Ronaldo menjadi pilihan. Imej : Daily Mail

Kontrak Vardy bersama Nike akan tamat sehingga penghujung musim ini dan Vardy dijangka akan terus memakai kasut yang di beli sendiri.

Selepas berjaya menjulang trofi Premier League pada tahun 2016, Nike telah mengeluarkan but Vahrez sebagai penghormatan kepada Vardy dan Riyad Mahrez tapi kini semua tinggal kenangan.

Nike juga dilaporkan gagal untuk menyediakan but untuk Vardy bagi perlawanan menentang Italy.

BACA:  Jamie Vardy Pemenang Kasut Emas Premier League 2019/20