Guardiola Berjaga-Jaga Dengan Ancaman Yang Dibawa Vardy

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola meluahkan kerisauannya terhadap ancaman yang dibawa penyerang berbisa Leicester City, Jamie Vardy apabila kedua-dua pasukan bertembung dalam aksi Liga Perdana Inggeris selasa nanti.

Manchester City akan menjadi tuan rumah kepada Leicester dalam perlawanan hidup mati bagi anak buah Guardiola dalam misi mereka untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris bagi dua musim berturut-turut.

Vardy pernah menjaringkan hatrik pada tahun 2017 ketika Leicester menang 4-2 ke atas Manchester City. Nightmare

Tekanan sudah tentu berada di bahu Manchester City selepas pencabar utama, Liverpool berjaya merakam kemenangan tipis ke atas Newcastle 3-2 sekaligus merampas kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris dari The Citizens.

Hanya kemenangan yang mampu meletakkan Manchester City kembali ke persada liga namun mereka bakal berdepan skuad Leicester City yang kini berada dalam prestasi terbaik dengan penyerang utama, Jamie Vardy berjaya menjaringkan 11 gol dari 11 perlawanan terakhir.

Guardiola sudah kenal sangat dengan ancaman yang dibawa Vardy kepada pasukannya kerana pada musim pertama beliau di Etihad Stadium, Vardy berjaya mencipta hatrik ketika Leicester mencatatkan kemenangan 4-2 ke atas Manchester City.

Guardiola berjaga-jaga dengan ancaman yang dibawa Vardy. 11 gol dari 11 penampilan terakhir.Bukan biashe-biashe

Guardiola percaya Vardy semakin tajam selepas Leicester dilatih bekas pengendali Celtic dan Liverpool, Brendan Rodgers yang masuk menggantikan Claude Puel yang dipecat pada penghujung Februari lalu.

“Saya rasa karier Vardy sudah cukup untuk menunjukkan pemain itu sendir, bukan hanya beberapa perlawanan terakhir sahaja. Tetapi sejak kebelakangan ini beliau menjaringkan gol dalam setiap perlawanan.”

“Beliau bermain dengan cukup baik sekali dalam liga ini. Beliau seorang penyerang yang menakjubkan dan memiliki pergerakan dan penyudah yang berbisa.”

“Saya rasa sebelum ini Leicester adalah pasukan yang mengamalkan taktikal serangan balas tetapi dibawah Brendan Rodgers, mereka mempunyai cara lain untuk bermain. Sekarang mereka boleh menggunakan kelebihan itu untuk mengawal keseluruhan perlawanan.”

Pengurus Leicester, Brenda Rodgers berkata pasukannya akan memainkan peranan penting dalam menentukan pasukan mana yang akan menjulang trofi Liga Perdana Inggeris musim ini.

Brendan Rodgers hampir membimbing Liverpool untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris pada musim 2013/2014 tetapi malangnya Liverpool pancut di penghujung jalan gara-gara tewas di tangan Chelsea & seri menentang Crystal Palace. 

“Penyokong Liverpool akan melihat pertembungan itu nanti sebagai satu peluang untuk mereka.”

“Berdasarkan prestasi terkini kami dan bagaimana kami bermain, mereka merasakan ada kebarangkalian [Leicester mengutip mata] dan dengan pemain yang kami miliki, kami turut merasakan wujud sedikit peluang.”

“Dengan pemain yang kami miliki, saya tahu kami mampu menjaringkan gol. Bagi Leicester, kami mahu terlibat dan memainkan peranan dalam penentuan kejuaraan liga. Ini adalah perlawanan yang anda tunggu untuk terlibat.”

BACA:  Akibat Ketot, Lisandro Martinez Gagal Halang Assist Kevin De Bruyne