Pasukan Terbaik Tahunan EPL Pilihan EA Sports

Premier League dijangka akan kembali bersambung bulan hadapan dan bakal menghabiskan baki musim ini dalam tempoh lima minggu.

Seperti sedia maklum Ligue 1 sudah menamatkan saingan Liga mereka dua hari lalu dan telah menabalkan Paris Saint Germain sebagai Juara musim ini.

Premier League tidak mahu mengikut langkah yang sama demi memastikan keadilan untuk semua pasukan, jadi pihak FA sedaya upaya akan berusaha untuk memastikan saingan Liga musim ini dapat dihabiskan.

Walau saingan liga musim ini masih belum berakhir, pihak EA Sport telah mengeluarkan senarai pemain pasukan terbaik pilihan mereka dalam saingan premier league musim 2019/20.

EA Sport telah memilih 20 pemain terbaik sepanjang musim ini di EPL dan menamakan mereka sebagai pasukan terbaik pilihan EA Sport.

Berikut merupakan senarai 20 pemain terbaik pilihan EA Sport :

Penjaga gol

Alisson (Liverpool)

Dean Henderson (Sheffield United)

Mereka memilih Alisson sebagai penjaga gol utama pasukan atas kecemerlangan yang dipamerkan oleh penjaga gol utama Liverpool itu sepanjang musim ini.

Penjaga gol Manchester United yang dipinjamkan ke Sheffield United dipilih menjadi penjaga gol simpanan.

Dean merupakan antara penjaga gol terbaik ketika ini dan ramai peminat mahu melihat beliau dipilih menjadi penjaga gol nombor 1 England untuk menggantikan Pickford.

Pertahanan

Trent Alexander-Arnold (Liverpool)

Aaron Wan-Bissaka (Manchester United)

Çaglar Söyüncü (Leicester)

Virgil van Dijk (Liverpool)

Andy Robertson (Liverpool)

Tiga pertahanan utama pasukan Liverpool dipilih dan dua lagi diisi oleh pertahanan pasukan Leicester dan setan merah.

Tidak hairan mengapa tiga pertahanan the reds dipilih kerana mereka telah mempamerkan aksi cukup hebat dalam tempoh dua musim terakhir ini.

Tengah

Jordan Henderson (Liverpool)

Mateo Kovačić (Chelsea)

Kevin de Bruyne (Manchester City)

Adama Traoré (Wolves)

Richarlison (Everton)

Riyad Mahrez (Manchester City)

Enam pemain yang dipilih ini sememangnya telah mempamerkan aksi yang sangat mantap untuk pasukan masing-masing musim ini.

Kesemua mereka adalah nadi utama jentera serangan masing-masing. Kevin De Bruyne dan Jordan Henderson turut tercalon dalam anugerah pemain terbaik tahunan PFA.

Penyerang

Sadio Mané (Liverpool)

Mohamed Salah (Liverpool)

Marcus Rashford (Manchester United)

Heung-min Son (Tottenham)

Jamie Vardy (Leicester)

Sergio Agüero (Manchester City)

Pierre-Emerick Aubameyang (Arsenal)

Dua pemain sayap handalan Liverpool, Sadio Mane dan Mohamed Salah dan penyerang utama Arsenal Pierre Emerick Aubameyang merupakan pemenang kasut emas bersama musim lalu.

Tidak dinafikan ketiga-tiga pemain itu masih mempamerkan aksi yang cukup hebat pada musim ini. Kerana itulah mereka dipilih sebagai antara pemain pasukan pilihan EA Sport.

Pemilihan Jamie Vardy juga tidak boleh dipertikaikan kerana penyerang Leicester itu bermain dengan baik musim ini.

Untuk Rashford pula mungkin ramai yang mempertikaikan mengapa beliau dipilih dan mengapa tidak Danny Ings yang berada dalam senarai.

Rashford tidak mampu menghabiskan baki musim ini kerana beliau mengalami kecederaan yang panjang, namun sebelum direhatkan beliau antara penyerang berbisa yang semakin meningkat naik.

Bukan semua orang bersetuju dengan pilihan dari EA Sport ini, pemain seperti Jack Grealish, Harry Maguire, Danny Ings dan beberapa bintang EPL lain sepatutnya berada dalam senarai tapi tidak.

Namun ini adalah pasukan pilihan EA Sport jadi mereka lebih tahu siapa yang layak dan tidak untuk berada dalam senarai pasukan terbaik tahunan EPL pilihan mereka.

BACA:  Senarai Pemilik Paling Kaya Dalam Saingan Premier League