Senarai Pemain Paling Banyak Terlibat Dalam Jaringan Setiap Musim

Premier League merupakan antara liga terbaik dan mempunyai ramai penggemar di seluruh dunia.

Apa yang membuatkan premier league dianggap terbaik dan digemari ramai? Jawapannya mudah iaitu hiburan.

Premier League antara liga yang banyak menyajikan hiburan berterusan kepada para peminat.

Premier League juga antara liga yang paling sukar untuk diramal, pelbagai kejutan boleh berlaku, aksi pemain bertaraf dunia mengumpan bantuan gol dan menjaringkan gol sering ditunggu-tunggu peminat.

Kebiasaannya penjaring terbanyak setiap musim akan dihadiahkan Anugerah Kasut Emas sebagai penghargaan.

Jadi untuk mengenang kembali kesemua pemenang kasut emas sudah terlalu biasa dilakukan.

Untuk mendapatkan kelainan, kita akan senaraikan pemain yang paling banyak terlibat dengan jaringan setiap musim.

Hari ini, dengan menggunakan data dari Transfermarkt, kita senaraikan statistik pemain paling banyak terlibat dengan jaringan sepanjang musim bermula dari musim 1992/93.

Terlibat dengan jaringan bermaksud pemain yang mencatatkan jaringan dan assist terbanyak dalam satu musim.

Berikut adalah senarai para pemain yang paling banyak terlibat dengan jaringan bermula dari musim 1992/93 hingga sekarang.

1992/93: Eric Cantona – 26

Jaringan: 15

Assists: 11

1993/94: Andrew Cole – 47

Jaringan: 34

Assists: 13

1994/95: Alan Shearer – 47

Jaringan: 34

Assists: 13

1995/96: Alan Shearer – 38

Jaringan: 31

Assists: 7

1996/97: Alan Shearer – 32

Jaringan: 25

Assists: 7

1997/98: Dennis Bergkamp – 27

Jaringan: 16

Assists: 11

1998/99: Dwight Yorke – 29

Jaringan: 18

Assists: 11

1999/00: Kevin Phillips – 30

Jaringan: 30

Assists: 0

2000/01: Thierry Henry – 26

Jaringan: 17

Assists: 9

2001/02: Jimmy Floyd Hasselbaink – 29

Jaringan: 23

Assists: 6

2002/03: Thierry Henry – 44

Jaringan: 24

Assists: 20

2003/04: Thierry Henry – 39

Jaringan: 30

Assists: 9

2004/05: Thierry Henry – 39

Jaringan: 25

Assists: 14

2005/06: Thierry Henry – 35

Jaringan: 27

Assists: 8

2006/07: Cristiano Ronaldo – 32

Jaringan: 17

Assists: 15

2007/08: Cristiano Ronaldo – 38

Jaringan: 31

Assists: 7

2008/09: Steven Gerrard – 27

Jaringan: 16

Assists: 11

2009/10: Didier Drogba – 42

Jaringan: 29

Assists: 13

2010/11: Nani – 28

Jaringan: 9

Assists: 19

2011/12: Robin van Persie – 44

Jaringan: 30

Assists: 14

2012/13: Robin van Persie – 41

Jaringan: 26

Assists: 15

2013/14: Luis Suarez – 48

Jaringan: 31

Assists: 17

2014/15: Sergio Aguero – 34

Jaringan: 26

Assists: 8

2015/16: Jamie Vardy – 32

Jaringan: 24

Assists: 8

2016/17: Harry Kane – 36

Jaringan: 29

Assists: 7

2017/18: Mohamed Salah – 43

Jaringan: 32

Assists: 11

2018/19: Mohamed Salah – 32

Jaringan: 22

Assists: 10

2019/20 Setakat ini: Kevin De Bruyne – 25

Jaringan: 8

Assists: 17

Kalau selalunya peminat tertanya-tanya kenapa Thierry Henry dikatakan sebagai antara pemain terbaik sepanjang zaman dalam saingan Premier League. Dalam senarai ini ada jawapannya.

Lihat saja statistik dari tahun 2000 hingga 2005, Henry menguasai empat dari lima musim sebagai pemain paling banyak terlibat dalam jaringan.

Jadi tidak diragukan lagi bahawa beliau sememangnya layak untuk digelar sebagai pemain terbaik sepanjang zaman di Premier League.

BACA:  Lima Jurulatih Dipecat Dek Alasan Yang Unik