KETUM PSSI Kecewa Dengan Keputusan Aneh Singapura dan Laman AFF Suzuki Cup Diserang

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) ternyata kecewa dengan keputusan aneh dan jelik tuan rumah Piala AFF Suzuki, Singapura selepas Elkan Baggot diarahkan menjalani kuarantin.

Tindakan yang dianggap tidak masuk akal oleh penyokong Indonesia ini menyebabkan Elkan Baggot tidak akan dapat beraksi dalam perlawanan getir menentang Vietnam.

Kerana arahan dari pemerintah Singapura melalui Kementerian Kesihatan telah mengirimkan surat kepada Elkan Baggot agar pemain tersebut di kuarantin hingga 18 Disember.

Yang menimbulkan kekecewaan dan persoalan adalah kenapa Elkan Baggot baru diarahkan dikuarantin kerana sudah pun beraksi menentang Laos walaupun ujian PCRnya negatif.

Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (Ketum PSSI), Mochamad Iriawan yang tidak berpuas hati telah menghubungi Duta Besar Indonesia di Singapura, Suryopratomo untuk membantu isu membabitkan Elkan Baggot ini.

“Saya kesal dengan peraturan ini. Elkan telah pun bermain menentang Laos. Ia sepatutnya dikuarantin dari awal sebelum melawan Laos. Lagipun selepas diuji PCR, keputusannya negatif.” kata Iriawan.

“Kami juga menyertai kejohanan Piala AFF 2020 sebagai gelembung sukan (Sport Bubble). Sudah tentu aktiviti pasukan hanya di hotel, padang dan stadium tempat kami bertanding. Kami juga masuk ke Singapura tidak seperti rakyat lain kerana menggunakan permit daripada MTI (Ministry of Trade & Industry)”

“Jadi kami amat kesal dengan apa yang menimpa Elkan. Lagipun baru diumumkan petang semalam. Kami minta Elkan tidak perlu dikuarantin lagi dan boleh bermain. menentang Vietnam,” tambah Iriawan.

Elkan kini terpaksa dikuarantin kerana semasa dalam penerbangan dari London ke Singapura pada Selasa (7 Disember) terdapat penumpang yang didapati positif COVID-19, varian baharu Omicron.

Pemerintah Singapura kemudian mengirimkan surat tersebut pada hari Isnin (13 Disember).

Berkaitan dengan itu, Pengarah Teknikal, Indra Sjafri, menyatakan PSSI yang dibantu oleh Kedutaan Indonesia di Singapura telah berunding dengan kerajaan tempatan, dalam hal ini iaitu Kementerian Kesihatan Singapura.

Sehingga berita ini didedahkan PSSI masih menunggu berita terkini tentang kepastian tersebut. PSSI masih berharap Elkan dapat menentang Vietnam. Elkan sendiri telah bersama pasukan ini sejak 8 Disember lalu dan menyertai aktiviti pasukan kebangsaan Indonesia.

“Mengapa Elkan tiba-tiba terpaksa dikuarantin? Dia telah menjalani ujian PCR (Polymerase Chain Reaction) di sini sebanyak tiga kali dan telah menjalankan aktiviti bersama pasukan dan menentang Laos,” kata Indra.

Kekecewaan dan persoalan yang ditimbulkan oleh Indonesia ini ada kewajarannya, Elkan Baggot diarahkan dikuarantin selepas hampir seminggu tiba dan sudah pun beraksi.

Jika Elkan Baggot berisiko dengan varian baharu virus itu kenapa tidak dikuarantin seluruh pasukan Indonesia? Laos pun kuarantin sekali kerana ada kontak dengan Elkan.

Laman AFF Suzuki Cup Diserang Pendukung Garuda

Lantaran itu, laman (page) Facebook rasmi AFF Suzuki Cup telah diserang oleh pendukung setia Sang Garuda, Timnas Indonesia dan menuduh menuduh AFF sengaja memihak kepada Vietnam.

Penyokong Indonesia telah mengeluarkan teori yang sedap di mana setiap pasukan yang berhadapan dengan Vietnam pasti akan ada pemain yang diarahkan kuarantin.

Di laman Facebook rasmi AFF Suzuki Cup, para peminat Indonesia melontarkan komen secara bertubi-tubi dan barbar walaupun di post yang tiada kaitan dengan Indonesia dan Vietnam.

Selain komen, tanda Angry pula mula diketik oleh pendukung Garuda juga secara barbar dan penuh agresif hampir untuk semua post di laman rasmi AFF Suzuki Cup.

Ada yang menuduh Vietnam atau Nguyen adalah mafia dan telah membeli AFF kerana itulah penganjur kejohanan tunduk dan akur dengan Vietnam. Ingat Manchester United je kena tuduh beli FA.

Bukan itu sahaja, mereka turut mempersoalkan, kalau Elkan dikuarantin hanya kerana seorang positif dalam pesawat walaupun dia negatif, bagaimana pula dengan Safawi Rasid?

Pemain yang sebilik serta kontak rapat dengan Akhyar Rashid yang sebelum ini disahkan positif dan telah diarahkan menjalani kuarantin?

“Elkan disaring negatif. Hanya ada seorang yang saspek positif dalam pesawat. Dia kena kuarantin pula.”

“Safawi satu bilik dengan Akhyar yang positif, tiada kuarantin. Ini peraturan yang sangat malang sekali. Kekalahan besar sebelum aksi berdepan dengan Vietnam.”

Elkan Baggot merupakan ayam tambatan Indonesia di barisan pertahanan. Pemain tersebut beraksi untuk Ipswich Town di Liga Inggeris. Dan beliau tiba di Singapura menerusi penerbangan dari London.

Indonesia akan turun berdepan dengan Vietnam pada perlawanan esok. Dan ianya dianggap perlawanan yang boleh menentukan siapa juara kumpulan kali ini.

Selepas aksi berdepan Vietnam, Indonesia akan turun berdepan dengan pasukan Malaysia pula dalam aksi derbi Nusantara yang sentiasa panas.

BACA:  Beza Layanan Penyokong Malaysia dan Penyokong Indonesia