Khabib Tak Anggap Dirinya G.O.A.T Namun Mengakui Beliau Sama Tahap Dengan Enam Legenda UFC Ini

Legenda UFC, Khabib Nurmagomedov telah mendedahkan yang beliau berada di tahap yang sama seperti enam petarung legenda lain dalam perdebatan siapa yang terhebat sepanjang zaman.

Kalau dalam dunia bola sepak, nama Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Pele dan Diego Maradona sering jadi topik perdebatan hangat tentang siapa antara mereka yang layak dianggap sebagai yang terhebat sepanjang zaman.

Begitu juga dalam sukan MMA dengan para peminat turut tidak henti-henti memperdebatkan siapa petarung terhebat sepanjang zaman.

Petarung dari Rusia yang kini berusia 32 tahun itu mengakhiri kariernya bersama UFC dengan rekod 29-0 selepas kejayaannya menewaskan Justin Gaethje di acara UFC 254.

Walau bagaimanapun, kejayaan Khabib untuk mempertahankan kejuaraan lightweight beliau pada Oktober 2020 yang lalu merupakan pengakhiran untuk kariernya bersama UFC.

Petarung dari Dagestan itu telah mengumumkan persaraannya dari dunia sukan MMA selepas kejayaannya menewaskan Justin Gaethje itu.

Legasi yang The Eagle tinggalkan telah menempatkan beliau sebagai salah seorang petarung terhebat sepanjang zaman dan mula mencetuskan perdebatan dikalangan peminat.

Peminat mula memperdebatkan tentang siapa yang boleh dianggap sebagai petarung terhebat sepanjang zaman antara Khabib Nurmagomedov, Georges St-Pierre dan Jon Jones.

Namun begitu, Khabib mengakui yang beliau tidak begitu minat untuk dikenali sebagai petarung terhebat sepanjang zaman, dengan menyatakan beliau hanya mahu dianggap sebagai salah seorang yang terhebat dalam sejarah sahaja.

Bercakap kepada ESPN, bekas Juara lightweight UFC itu menjelaskan yang beliau meletakkan dirinya di tahap yang sama seperti Fedor Emelianenko, Anderson Silva, Jones, Daniel Cormier, Demetrious Johnson dan GSP.

Khabib ketika itu telah menyatakan bahawa:

“Selepas detik itu, pada 24 Oktober 2020, saya berada dipuncak. Selepas itu, apa yang berlaku saya tak peduli.”

“Saya tak mahu meletakkan nama saya seperti dianggap yang terhebat sepanjang zaman. Tidak, saya hanya salah seorang dari yang terhebat sepanjang zaman.”

“Saya salah seorang yang berada di tahap seperti Fedor, Anderson Silva, Jon Jones, Daniel Cormier, Demetrious Johnson dan Georges St-Pierre.”

“Saya berada di tahap yang sama seperti mereka. Saya tak mahu menganggap dia ini sebagai yang terhebat, dia nombor dua terhebat, dia nombor tiga. Kami semua antara yang terbaik.”

Khabib pernah meminta UFC untuk meletakkan beliau di kedudukan pertama dalam pound-for-pound selepas kejayaannya menewaskan Gaethje.

Namun hal itu tidak disenangi oleh Jon Jones sendiri yang mendakwa Khabib tidak layak untuk berada di kedudukan pertama dalam pound-for-pound.

Jon Jones telah memperlekehkan Khabib Nurmagomedov sebagai petarung No.1 dalam senarai pound-for-pound UFC.

Jones juga telah mempertikaikan pandangan kebanyakkan peminat yang menganggap Khabib merupakan petarung terhebat sepanjang zaman.

Dalam satu video berdurasi 1 minit, Jon Jones telah memperlekehkan Khabib yang berjaya memintasnya dalam senarai pound-for-pound UFC.

Beliau turut menganggap bahawa dirinya jauh lebih hebat berbanding petarung dari Dagestan itu dan menganggap gelaran petarung terhebat sepanjang zaman tidak sesuai diberikan kepada Khabib Nurmagomedov.

Khabib Nurmagomedov sebelum ini telah berjaya menewaskan Justin Gaethje di acara UFC 254 dan beliau juga telah mengumumkan persaraannya secara rasmi sebaik tamat perlawanan tersebut.

Ketika mengumumkan bahawa perlawanan tersebut merupakan petarungan terakhirnya, Khabib turut meminta supaya UFC meletakkan beliau di tangga teratas dalam carta pound-for-pound.

UFC dengan penuh rasa hormat telah menyenaraikan nama ‘The Eagle’ itu sebagai petarung No.1 dalam senarai pound-for-pound menggantikan Jones yang telah sekian lama mengungguli carta tersebut.

Juara lightweight Dunia UFC yang memegang rekod 29 kemenangan tanpa kekalahan itu telah memberi respond terhadap senarai kedudukan itu di media sosial miliknya dengan menyatakan:

“Ianya adalah pekerjaan dalam hidup saya, saya tidak pernah mendapat sesuatu dengan mudah, dan tiada yang diberikan kepada saya kerana saya seorang lelaki yang baik.”

“Kerja keras, berharap pada Allah dan bersabar, ini tiga ramuan yang membantu saya untuk berjaya, dan sudah tentu, tidak dilupakan kawalan serta nasihat dari ayah saya, dia banyak menghabiskan waktu dan tenaga untuk saya.”

Selepas melihat senarai tersebut, Jon Jones telah membuat kenyataan berbaur sindiran ke atas Khabib dengan menyatakan:

“Saya bercakap kepada kamu semua peminat Khabib di luar sana,”

Jelasnya dalam video yang dimuat naik di laman twitter miliknya.

“Lima belas kejuaraan dunia nak dibandingkan dengan empat milik kalian? Dan kamu semua sedang benar-benar bercakap tentang siapa petarung terhebat sepanjang zaman? Kamu semua bergurau? Benar kan?”

“Lima belas berbanding empat. Kamu semua bergurau dengan saya?”

“Satu-satunya orang yang mungkin boleh kembali dan mencabar catatan yang telah saya capai di UFC adalah GSP, itu pun dia harus kembali dan memenangi dua lagi pertarungan kejuaraan untuk menyamai rekod saya”

The Eagle Khabib Nurmagomedov

“Dan saya masih belum bersara lagi, saya baru berusia 33 tahun, perjalanan saya masih panjang lagi.”

Jones kemudian melepaskan rasa tidak puas hatinya dengan keputusan tersebut telah memuat naik beberapa ciapan di laman twitter miliknya.

“Keputusan sebulat suara di saat akhir untuk menggantikan Al laquinta untuk menjadi Juara, Conor McGregor adalah Satu-satunya lawan yang dia pernah hadap dan diketahui oleh umum. Adakah itu lambang untuk menjadi yang terbaik? Sungguh mengarut.”

“Sekiranya kita sedang dalam pertandingan siapa lebih populer, saya dengan bangganya mengakui kekalahan. Masalah ini tidak ada kaitan sama sekali dengan kemasyuran atau menjadi seorang yang baik. Saya telah memberikan sepenuh masa dewasa saya dalam arena ini, saya berhutang dengan diri saya untuk bercakap.”

“Belum lagi ramai yang mahu saya duduk diam dan biarkan dia meraikan detik gembiranya, sementara saya sendiri hanya duduk dan melihat segala kerja keras saya diturunkan dari ranking. Ianya tidak adil untuk keluarga saya, atau pasukan yang telah banyak bekorban untuk membawa saya sejauh ini.”

Ketika beliau dianggap cemburu dengan kejayaan Khabib, Jon Jones kemudian menjawab:

“Tidak cemburu sama sekali, saya juga menghormati Khabib, saya kagum dengan sikapnya dia. Tetapi untuk menjadi yang terbaik ini harus didapati bukan diberi. Sayangnya empat pertarungan kejuaraan memilikinya.”

Dua-dua boleh dianggap sebagai yang terhebat sepanjang zaman

Walau bagaimanapun UFC telah memenuhi hasrat Khabib dan meletakkan beliau di kedudukan pertama mengatasi Jon Jones.

Khabib menegaskan yang beliau selayaknya untuk berada di kedudukan pertama pound-for-pound mengatasi Juara welterweight Kamaru Usman dan Jon Jones.

“Pada ketika ini, saya merupakan petarung yang berada di kedudukan pertama dalam pound-for-pound.”

Jelas Khabib.

“Tidak ada sesiapa boleh nafikan hal itu. Tak kira dia Kamaru Usman, atau pun dia Jon Jones yang bertarung dengan begitu sengit bertemu semua petarung light heavyweight…. Dia tunjukkan pada mereka persembahan yang sangat teruk.”

“Tapi bagaimana pula dengan saya? Saya mudah menewaskan semua lawan saya.”

Sumber: MMA Junk

SPORTbible

BACA:  Khabib Nurmagomedov Beradu Tenaga Dengan Beruang di Usia 9 Tahun