Pengurus Maghribi, Walid Regragui yang mendapat gelaran Encik Kepala Avocado telah mecipta kisah dongeng bola sepak di pentas Piala Dunia hanya selepas 100 hari bersama Maghribi.
Jika di Malaysia yang kerap bertukar Perdana Menteri dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini maka prestasi 100 hari pertama pemimpin baru akan diukur dengan apa yang dilakukan dalam tempoh tersebut.
Apa yang dilakukan oleh Encik Kepala Avocado dalam tempoh 100 hari adalah sangat menakjubkan, menjadikan Maghribi pasukan pertama dari benua Afrika layak ke separuh akhir Piala Dunia.
Dan kekalahan Maghribi kepada Perancis itu merupakan hari ke-105 Regragui membimbing pasukan Singa Atlas, walaupun tewas dunia bola sepak kagum dan terinspirasi dengan pencapainnya.
Walid Regragui took over the Morocco job 105 days ago. His side beat Belgium, Spain and Portugal, becoming the first African side to reach a semifinal of a World Cup.
What an amazing job he did. π²π¦ pic.twitter.com/ku5PEgTLpf
β CBS Sports Golazo β½οΈ (@CBSSportsGolazo) December 14, 2022
Apabila Walid Regragui dilantik sebagai jurulatih Maghribi berikutan pemergian warga Bosnia, Vahid Halilhodzic diumumkan pada bulan Ogos, media terus menjenamakannya βKepala Avocadoβ sebagai istilah ejekan yang merendah-rendahkannay yang agak menghina.
Namun jurulatih dengan kepala bercukur rapi itu tetap steady apabila menyambut ejekan itu dengan mengusik kembali pengkritiknaya itu pada kejohanan yang berlangsung di Qatar.
Walid Regragui seolah-olah menerima gelaran Encik Kepala Avocado dengan memegang sebiji Avocado yang berbijikan bola sepak di dalamnya dan menuding jarinya ke kepalanya.
Gambar ini sangat melucukan dan membawa maksudh tersirat untuk menutup mulut pengkritik bahawa dia mempunyai kredibiliti dan kelayakan membimbing pasukan Maghribi di Piala Dunia.
No one is laughing now with Mr Avocado head! pic.twitter.com/OIkY3WN50I
β Karolos Grohmann (@karolosgrohmann) December 10, 2022
Encik Kepala Avocado tidaklah mempunyai reputasi yang gah di peringkat kebangsaan seperti Vahid Halilhodzic, selepas bersara sebagai pemain Walid Regragui memulakan karier kejurulatihan bola sepak sebagai pembantu pasukan kebangsaan Maghribi pada September 2012.
Kelab pertamanya dalam bidang pengurusan adalah Fath Union Sport (FUS) dan dilantik pada Mei 2014 sebelum menamatkan kontrak atas persetujuan bersama pada Januari 2022.
Encik Kepala Avocado telah berjaya membawa FUS muncul juara Liga Maghriba, Botola Pro pada musim 2015-16.
Pada 10 Ogos 2021, Encik Kepala Avocado telah dilantik sebagai ketua jurulatih Wydad AC dan di penghujung musim membawa Wydad AC muncul juara liga dan juga juara CAF Champions League.
Walid Regragui was appointed the Atlas Lions' head coach on Aug. 31, less than 2 months before the World Cup.
Morocco is undefeated in 8 games; drew with Croatia, beat Belgium, Spain and Portugal to become the first African nation to reach a World Cup semifinal π pic.twitter.com/jtv6Hh9Cn4
β Sportstar (@sportstarweb) December 10, 2022
Kejayaan yang digapai bersama Wydad AC cukup untuk membuatkan persatuan bola sepak Maghribi memilihnya sebagai pengganti Vahid Halilhodzic yang dipecat 3 bulan sebelum Piala Dunia.
Perkara pertama dilakukan Walid Regragui memanggil semula Hakim Ziyech keluar dari persaraan, pemain Chelsea itu memilih untuk bersara dari arenan antarabangsa pada Februari 2022 selepas disisihkan oleh Vahid Halilhodzic.
Vahid Halilhodzic telah menuduh Ziyech sebagai penipu kerana tidak mahu beraksi dalam perlawanan persahabatan dan kemuncaknya tidak menyenaraikan Ziyech dikejohanan Piala Negara-Negara Afrika.
Hakim Ziyech telah dituduh sebagai besar kepala dan tidak patriotik, Ziyech menerima tohmahan itu dengan tenang lalu mengumumkan persaraan dari pasukan Maghribi.
Hakim Ziyech and former Al Ahly defender, Badr Banoun have been called up to Moroccoβs squad for September camp by new manager, Walid Regragui. pic.twitter.com/RKA1YowgaN
β KingFut.com (@King_Fut) September 12, 2022
Namun Walid Regragui sedar akan kualiti dimiliki Ziyech sebagai pemain bintang selain Achraf Hakimi yang pabila nama disebut dengan serta merta orang kenal lalu memujuk pemain itu.
Maghribi diundi untuk berada dalam kumpulan F bersama naib juara Piala Dunia, Croatia, pemenang tempat ketiga, Belgium dan Canada. Croatia dan Belgium menjadi pilihan untuk ke pusingan kalah mati.
Pasukan Singa Atlas mula menarik perhatian pada Piala Dunia dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Croatia, naib juara empat tahun lalu diperlawanan pembukaan.
Dalam perlawanan kedua, Maghribi telah membenam pasukan ranking nombor dua dunia, Belgium dengan jaringan dua gol tanpa balas untuk mencerahkan laluan ke pusingan 16 terakhir.
No team has scored a goal against Morocco since Walid Regragui took charge on August 31.
Morocco π²π¦ 2-0 π¨π± Chile
Paraguay π΅πΎ 0-0 π²π¦ Morocco
Morocco π²π¦ 3-0 π¬πͺ Georgia
Morocco π²π¦ 0-0 ππ· Croatia
Belgium π§πͺ 0-2 π²π¦ Morocco
Canada π¨π¦ 1-2 π²π¦ Morocco (own goal)
Morocco π²π¦ 0-0 πͺπΈ Spain pic.twitter.com/RAW8XK4Fn7β Usher Komugisha (@UsherKomugisha) December 6, 2022
Kejayaan menewaskan Kanada 2-1 telah menobatkan Encik Kepala Avocado sebagai jurulatih negara Arab pertama yang berjaya membawa pasukan ke pusingan kalah mati.
Maghribi melenyapkan jangkaan awal bahawa Croatia dan Belgium akan layak dengan menjadi juara kumpulan dan kemenangan ke atas Belgium belum lagi membuka mata ramai.
Ini kerana Belgium tidak berada dalam prestasi terbaik dan gagal mempamerkan aksi sebenar mereka lantaran perpecahan terjadi di dalam pasukan.
Bertemu Sepanyol, Maghribi dilihat akan menjadi lawan mudah buat Sepanyol namun perlawanan inilah yang membuka mata dunia yang membuatkan mereka jatuh hati dengan Maghribi.
Morocco topped a group that featured Croatia and Belgium. They eliminated Spain and Portugal in the knockout stages, becoming the first African team to reach a World Cup semifinal.
No matter what happens, they're already won π²π¦β€οΈ pic.twitter.com/hFKa0cwa1R
β ESPN FC (@ESPNFC) December 10, 2022
vahid
Sepanyol tewas dipenentuan sepakan penalti apabila Yassine Bounou muncul wira negara dengan menafikan kesemua sepakan penalti pemain Sepanyol yang berlatih 1,000 sepakan.
Portugal yang berpesta gol dengan kemenangan 6-1 ke atas Switzerland menjadi lawan Singa Atlas di suku akhir dan tandukan En-Nesyri telah menamatkan impian Piala Dunia Cristiano Ronaldo.
Sejarah tercipta apabila Maghribi menjadi negara Afrika dan Arab pertama berjaya mara ke separuh akhir dan negara ketiga selain Eropah serta Amerika Selatan menjadi pasukan empat terbaik selepas USA dan Korea Selatan.
Juara bertahan Perancis akhirnya menamatkan perjalanan dan kisah dongeng Maghribi untuk dibawa ke tahap seterusnya apabila tewas 2-0.
Walid Regragui. One of the great stories of this World Cup. Took the job just a few months before the tournament. Integrated back into the fold. Made Morocco a united, defensively solid and compact side. They conceded just three goals in the whole tournament. A new Moroccan hero. pic.twitter.com/P98VWTrvGy
β DaveOCKOP (@DaveOCKOP) December 14, 2022
Walaupun Piala Dunia belum tamat, Maghribi sudah menjadi juara dihati peminat bola sepak dunia dengan satu pencapaian yang sangat membanggakan, mengingatkan kembali kepada Turki pada awal zaman milenia.
Maghribi berjaya menyaingi Perancis dari segenap sudut dan ada yang lebih baik yang membezakan mereka adalah sentuhan penyudah di mana Perancis lebih klinikal.
Disebalik krisis kecederaan Maghribi memberi tentangan sengit kepada Perancis yang mempunyai skuad depth dan kualiti pemain yang lebih bagus.