Dalam bola sepak, kemenangan sangatlah dituntut tak kiralah daripada pihak penyokong, pengurusan atau pemain sendiri. Akan tetapi, sebaliknya pula yang berlaku di Sepanyol.
Pasukan Serrano bawah-11 tahun telah memecat jurulatih pasukan selepas mereka menewaskan pasukan Benicalap 25-0.
Menurut laporan, jurulatih yang tidak dinamakan tersebut telah mengambil tindakan undang-undang terhadap kelab dan sekaligus membawa berita ini kepada pengetahuan umum.
A Spanish youth coach has been sacked after his team won a game 25-0.
Yes, you read that right! 😮
👉 https://t.co/M7JBqrcI8C pic.twitter.com/R7aY8IEkhj
— BBC Sport (@BBCSport) June 15, 2017
Pablo Alcaide, individu yang bertanggungjawab menguruskan perjalanan keseluruhan kelab terebut telah menyatakan bahawa mereka amat mementingkan rasa hormat menghormati antara satu kelab dengan kelab yang lain.
“Kami hormat lawan kami dan selepas keputusan perlawanan yang gila tersebut, jurulatih patut letak jawatan,” kata Alcaide.
Jurulatih tersebut bagaimanapun menafikan bahawa dia tidak menghormati lawan. Daniel Revenga – peguam yang mewakili jurulatih tersebut telah mengeluarkan kenyataan bagi pihak anak guamnya.
“Tidaklah akan dia menggalakkan para pemainnya untuk menambah jumlah jaringan. Sebaliknya, sesungguhnya dia telah mengarahkan para pemainnya supaya berhenti memberi tekanan kepada pasukan lawan.
“Akan tetapi Benicalap C yang tidak mempunyai pemain gantian, terus bermain secara menyerang dan tidak dapat tidak meninggalkan ruang yang terlalu besar,” ujar Revenga.
Satu sumber yang enggan dikenali telah membela jurulatih yang telah dipecat tersebut.
“Benicalap C bukanlah pasukan yang asing dalam bab kekalahan yang besar. Musim ini mereka tidak mempunyai mata dan ini adalah perlawanan terakhir mereka pada musim di mana mereka telah melepaskan 247 gol,” kata lelaki misteri tersebut.
Perkara ini menjadi kebimbangan dan mendapat perhatian penuh daripada kelab kerana pemain pada usia muda masih lagi dalam proses pembelajaran mungkin akan terkesan dengan kekalahan besar ini.
Superb tactical analysis here: "The manager instructed his side to pressure only in their own half but Benicalap C left spaces in behind" https://t.co/pHexGbyQqE
— Michael Cox (@Zonal_Marking) June 15, 2017
Beberapa kelab ada yang mengambil langkah drastik tidak menyiarkan kedudukan semasa di scoreboard apabila ada satu pasukan yang telah menjaringkan dua digit gol malah ada yang membatalkan perlawanan.
Pengarah Sukan Lezama, Maria Amorrotu berkata:
“Kami mengambil tindakan dengan tidak menyiarkan jaringan dalam perlawanan melibatkan anak-anak remaja yang masih kecil.”
The Royal Society dan Barcelona juga mengambil keputusan yang sama apabila tidak membuat laporan keputusan perlawanan jika perlawanan berakhir dengan 10 gol.
Di Betis, individu bertanggungjawab kepada pasukan muda ini mengambil langkah yang lebih drastik dengan membatalkan perlawanan melibatkan pra-kanak-kanak jika jaringan telah mencecah angka dua digit.
Jika perlawanan tidak dapat dibatalkan maka pasukan mengarahkan para pemain tidak meraikan gol selepas mencecah dua digit.
“Kamu jaringkan gol, kami pusing dan terus ke bulatan tengah padang untuk teruskan permainan. Kau kena hormati lawan dan jangan malukan mereka.”
Perkara ini nampak seperti remeh namun dapat memberi kesan kepada kanak-kanak dan paling mencabar adalah menerangkan erti persaingan dan penghormatan kepada kanak-kanak.
Apabila admin membaca berita ini, perasaan admin bercampur baur.
Pertama, pemain Serrano, meskipun baru berusia 11 tahun, ternyata pandai mengambil peluang tatkala pasukan lawan telah meninggalkan ruang yang besar di belakang mereka dan ini adalah satu situasi yang jarang dapat dilihat dalam liga professional Malaysia.
Kedua, meskipun telah dibolosi banyak gol, jurulatih Benicalap C tetap menggunakan taktik menyerang. Mungkin sasaran mereka pada musim ini adalah untuk menanam attitude menyerang dalam jiwa pemain yang berusia 11 tahun dan ke bawah.
Ketiga, diusia muda pemain bukan sahaja diterapkan dengan pemahaman taktikal dan cara bermain malah unsur jati diri dengan penerapan akhlak yang baik dengan menghormati lawan juga telah diasuh.
Siapa tahu, apabila para pemain ini meningkat dewasa, mereka lebih peka untuk melakukan gerakan yang berbahaya kepada musuh. Setuju?
Tak setuju pun kena setuju.
Sumber berita : Keepitonthedeck