Kisah Roy Hodgson Jadi Punca Roberto Carlos Tinggalkan Inter Milan

Roy Hodgson atau Uncle Roy merupakan individu yang bertanggungjawab dan menjadi punca serta sebab musabab kenapa Roberto Carlos yang ketika itu masih berambut meninggalkan Inter Milan.

Roberto Carlos memulakan karier profesional bersama Uniao Sao Joao pada 1991 yang merupakan sebuah kelab dari Brazil yang terletak di Sao Paulo dan kini tidak aktif lagi sebagai kelab bola sepak.

Kemudian Roberto Carlos berpindah pula ke Palmeiras pada tahun 1993 dan sempat bermain selama dua musim dan telah berjaya menjadi juara liga dua musim berturut-turut.

Aksi Roberto Carlos telah menarik minat kelab Itali, Inter Milan lalu dipinang pada 1995 dan telah menjaringkan gol sepakan percuma jarak 30 ela dalam debut dan menang 1-0 ke atas Vicenza.

Satu-satunya musim beliau bersama Inter Milan tidak berakhir dengan baik apabila Nerazzurri sekadar menamatkan Serie A ditangga ketujuh.

Pada tahun 1996 Roberto Carlos telah menyertai Real Madrid dan mula mendonia serta dikenali sebagai bek kiri dengan penendang yang tak boleh bawa bincang seperti hari ini.

Insan bertanggungjawab menyebabkan Roberto Carlos menyertai Real Madrid pada ketika itu adalah Roy Hodgson. Jangan berterima kasih dulu baca kisah ini sampai habis.

Bekas bintang Brazil, Roberto Carlos berkata beliau hanya memerlukan 10 minit sahaja masa untuk berfikir untuk meninggalkan Inter Milan dan menyertai Real Madrid.

Pemain bek kiri itu hanya kekal selama semusim di Inter sebelum mengambil keputusan untuk ke Estadio Santiago Bernabeu pada musim panas 1996.

Roberto Carlos nyata mempunyai sebab beliau tersendiri untuk berbuat demikian. Pada ketika itu, Inter Milan dilatih oleh jurulatih berbangsa Inggeris, Roy Hodgson.

Roy Hodgson yang turut pernah melatih England dan Liverpool kini adalah pengurus Crystal Palace.

“Di Inter mereka meletakkan saya di posisi sayap, dan pernah juga sebagai penyerang,” kata Roberto Carlos melalui video di Instagram milik FIFA.

“Masalahnya adalah saya telah menjaringkan tujuh gol dari tujuh perlawanan pertama saya.

“Itu menyebabkan mereka [Inter] meletakkan saya di bahagian hadapan, dan saya rasa merana.

“Saya bercakap dengan Presiden kelab [Massimo Moratti] untuk menjelaskan kepadanya bahawa saya tidak boleh bermain di posisi itu.

Roberto Carlos tidak mahu menjadi mangsa eksperimen dan mahu terus beraksi di posisi asalnya bagi mendapatkan tempat bersama pasukan Brazil.

“Ini kerana Copa America sudah semakin dekat, dan saya harus beraksi di posisi asal untuk dipanggik menyertai skuad kebangsaan.

“Menariknya ketika pertemuan dengan Presiden, Lorenzo Sanz [Presiden Real Madrid] juga berada di situ untuk bermesyuarat. Dan pada 10 minit seterusnya, saya sudah menyertai Real Madrid.”

Roberto Carlos dikenali sebagai seorang pemain yang memiliki sepakan kaki kiri yang deras, menjadikan beliau sebagai antara pengambil sepakan percuma paling bahaya pada era itu.

Banyak gol padu telah dihasilkan dari kaki kiri Roberto Carlos yang membuatkan dunia kagum hingga kini. Namun hanya dua gol yang dianggap sebagai Roberto Carlos sebagai istimewa.

“Ia adalah gol menentang Barcelona dari sepakan percuma, dan menentang Perancis di Paris,” ujar beliau.

Menjelaskan jaringan ikonik yang menyebabkan nama beliau dikenali di seluruh dunia pada 1998 itu, Carlos berkata:

“Bola tidak begitu berat, membuatkan ianya lebih mudah untuk saya melencongkan bola.

Roberto Carlos juga telah menamakan Joaquin Sanchez, Samuel Eto’o dan Luis Figo sebagai tiga pemain yang paling sukar dihadapi sepanjang kariernya selaku bek kiri.

Namun Roberto Carlos tidak pula mendedahkan siapa yang paling sedap dipelul atau wartawan tak pernah tanya soalan sebegitu.

BACA:  Penjaga Gol Wanita Iran Nafi Dirinya Seorang Lelaki dan Mahu Saman Jordan FA