Kisah Sebenar Disebalik Gambar Wenger Menggelecek Lepasi Zidane

Beberapa tahun lalu telah tular sekeping gambar bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger kelihatan seperti berjaya menggelecek melepasi pemain tengah legenda dalam satu perlawanan persahabatan amal di Perancis.

Seperti kita ketahui bahawa sekeping gambar sahaja boleh membawa beribu tafsiran dan tanggapan, majoriti menganggap Wenger telah melakukan satu aksi menakjubkan.

Ramai yang mula kagum dengan kepaduan Wenger di usia atuk-atuk itu.

Namun selepas video mengenai insiden itu tersebar pula maka kisah sebenar mengenai gambar itu diketahui dan sangat memotong stim.

Hakikatnya Wenger cuba melarikan bola dari Zidane di kawasan sendiri namun cubaan Wenger gagal lalu bola berjaya dirampas Zidane dengan mudah.

Arsene Wenger telah kehilangan bola yang menyebabkan pasukannya berada dalam situasi bahaya.

Gambar yang diambil pada waktu yang tepat menceritakan kisah sebaliknya dan video ini menceritakan kisah sebenarnya situasi sebenar yang berlaku ketika itu.

Sekiranya anda memerlukan motivasi untuk berlari, ingatlah bahawa bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger berlari 8 hingga 10 kilometer setiap hari walaupun sudah mencecah usia 72 tahun.

Dalam satu temu ramah bersama The Guardian, Wenger bercerita mengenai kehidupannya selepas setahun meninggalkan kerjaya sebagai pengurus bola sepak.

“Saya banyak membaca, dan melakukan banyak aktiviti sukan yang lain setiap hari untuk mengisi masa lapang.”

“Saya berlari 8 – 10 km setiap hari . Saya banyak melancong. Saya juga menyaksikan banyak perlawanan bola sepak, perlawanan amal, terlibat dalam banyak persidangan bola sepak mengenai pengurusan, motivasi dan juga erti hidup.”

“Secara peribadi, saya juga tidak tahu apa makna semua ini. Saya sentiasa berada dalam tekanan yang sedikit tetapi apa yang baiknya, saya tidak lagi perlu bangun pada awal pagi. Saya juga tidak lagi perlu meningalkan sesi makan tengah hari atas sebab komitmen.”

“Saya akhirnya merasai nikmat mempunyai masa lapang. Ia merupakan perasaan yang baik.”

Mengenai masa depannya dalam bidang pengurusan, Wenger buat pertama kali mengakui beliau mungkin tidak akan menjadi pengurus lagi selepas ini tetapi tidak menolak kemungkinan mencuba peranan baru.

Maka tidak hairanlah di usia 69 tahun ketika perlawanan berlangsung pada 2018 Wenger masih mampu untuk bermain bola sepak bersama lagenda bola sepak dunia.

Pada bulan Mei 2018, Arsene Wenger telah meninggalkan Arsenal selepas 22 tahun berkhidmat untuk kelab tersebut dan sejak itu Arsenal gagal mempertahankan nombor keramat mereka iaitu nombor 4.

Lantaran prestasinya yang teruk beberapa musim sebelum melepaskan jawatan ramai meminta Wenger berundur dan tanda pagar #WengerOut #WengerIn #WengerStay #WengerForJohnnyEnglish bertaburan di media sosial.

Pada tahun 1996, Bruce Rioch telah dipecat selepas bertelagah dengan ahli lembaga pengarah mengenai isu perpindahan pemain, Johan Cruyff dilihat sebagai calon kegemaran.

Namun Arsene Wenger dipilih untuk menjadi pengurus dan menamatkan musim 1996/97 di tempat ketiga selepas aksi buruk bulan februari menamatkan cabaran kejuaraan mereka.

Musim kedua, Wenger memacu Arsenal dengan penuh bergaya apabila menjuarai Premier League dan juga Piala FA.

Kejayaan berganda Arsenal berjaya diulangi Wenger pada musim 2001/02 serta kejuaraan tersangat istimewa dalam sejarah bola sepak apabila mencatatkan invincibles di musim 2003/04.

Sejak invincibles Wenger gagal untuk memacu Arsenal bergelar juara Premier League lagi namun masih regular di Piala FA dengan 7 kejuaraan.

Selama 22 memerintah, Wenger telah menjuarai 3 Premier League, 7 Piala FA dan hampir juara Champions League namun tewas kepada Barcelona.

Arsene Wenger menguruskan 823 perlawanan mencatatkan 473 kemenangan, 199 seri dan 151 tewas.

Rekod Wenger Bersama Arsenal

Premier League (3)
– 1997/98, 2001/02, 2003/04

FA Cup (7)
– 1997/98, 2001/02, 2002/03, 2004/05, 2013/14, 2014/15, 2016/17

Community Shield (7)
– 1998, 1999, 2002, 2004, 2014, 2015, 2017

LMA Manager of the Year (2)
– 2001/02, 2003/04

World Manager of the Year
– 1998

Premier League Manager of the Month
– 15 kali

English Football Hall of Fame
– 2006

Premier League record:
Perlawanan – 823
Menang – 473
Seri – 199
Kalah – 151
Peratusan Kemenangan – 57.5 %

BACA:  Wenger Salahkan Pemain Yang Sambil Lewa Sebagai Punca Kekalahan Arsenal