Zidane Calon Pengganti Tite Untuk Pasukan Brazil

Bekas pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane kini dilaporkan sebagai antara calon pilihan yang dalam pertimbangan untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus skuad kebangsaan Brazil yang kosong selepas Tite meletakkan jawatan.

Legenda bola sepak Perancis itu telah menganggur sejak meninggalkan Real Madrid pada Mei 2021 dan telah dikaitkan dengan berpuluh-puluh pekerjaan, termasuk pasukan kebangsaan Perancis dan Manchester United sebelum mereka melantik Erik ten Hag.

Bekas pemain tengah Real dan Perancis berusia 50 tahun itu kini muncul sebagai calon pengganti berpotensi untuk Tite, lapor akhbar Perancis terkemuka L’Equipe.

Menurut laporan L’Equipe, Zidane mereka calon terpaling cocok kerana pengganti Tite di bangku simpanan Brazil haruslah seorang jurulatih yang bebas, asing dan berpengalaman. Profil Zinedine Zidane pula sangat menggoda.

Mauricio Pochettino, Thomas Tuchel dan Rafael Benítez adalah antara nama besar yang lain telah dikaitkan jawatan kosong pasukan Brazil yang dikhabarkan mahu melantik pengurus asing dan bukan anak tempatan.

Zidane telah disebut-sebut sebagai bakal pengganti Didier Deschamps tetapi terdapat jangkaan yang semakin meningkat bahawa dia akan kekal mengetuai pasukan kebangsaan Perancis.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Perancis telah menyatakan dia akan mengadakan perbincangan dengan bos Perancis Didier Deschamps ‘minggu depan’ dengan harapan untuk melanjutkan kontraknya.

Deschamps, yang memenangi Piala Dunia untuk Perancis sebagai pemain pada 1998 dan pengurus pada 2018, telah menerajui Les Bleus sejak 2012.

Presiden FFF, Noel Le Graet telah menyatakan dengan jelas bahawa dia mahu pengurus berusia 54 tahun itu kekal bertanggungjawab – malah membayangkan Deschamps boleh terus mengetuai pasukan itu pada Piala Dunia 2030.

Terdapat laporan juga bahawa Zidane akan kembali ke pengurusan peringkat kelab jika Deschamps kekal dan dengan berita menjadi calon pilihan Brazil maka Zidane mungkin menangguhkan hajatnya.

Zidane memenangi tiga trofi Liga Juara-Juara berturut-turut sebagai pengurus Real Madrid antara 2015-16 dan 2017-18 dan turut membawa pasukannya ke kejayaan LaLiga pada 2016-17 dan 2019-20.

Paris Saint-Germain mengejar tandatangannya musim panas lalu sebelum mengupah Christophe Galtier, tetapi Zidane tidak berminat untuk menyertai kelab Paris itu.

Akhbar Perancis itu mendakwa bekas pemenang Piala Dunia itu lebih suka berpindah ke liga yang amat dikenalinya – seperti Serie A atau LaLiga berbanding Liga Perdana.

Zidane dipercayai berminat dengan kedudukan sebagai pengurus Juventus, walaupun ia tidak tersedia setakat ini.

Tite telah melepaskan jawatannya secara serta merta selepas pasukan bakal juara, Brazil tersingkir dan ditunjukkan jalan keluar di kaki Croatia.

Brazil tewas 4-2 dalam penentuan sepakan penalti kepada naib juara 2018 Croatia, selepas perlawanan di Stadium Education City berakhir tanpa jaringan selepas 90 minit dan 1-1 dalam masa tambahan.

Tite mengambil tanggungjawab penuh dengan kekalahan Brazil ini dan berpegang kepada kata-katanya dan mengundurkan diri dengan melepaskan jawatan.

Pengendali Brazil pernah menyatakan bahawa dia akan bersama Brazil sehingga tamat Piala Dunia tidak kira menjadi juara atau tidak.

Bercakap kurang daripada dua jam selepas mereka tersingkir, Tite berkata:

“Kitaran itu telah berakhir dan saya berkata itu satu setengah tahun lalu dan saya berpegang pada kata-kata saya. Kita tak boleh buat drama. Terdapat profesional hebat lain yang boleh menggantikan saya. Kitaran sudah tamat.”

Bagi Tite tugasnya bersama Brazil kini telah selesai walaupun sangat mahu mendakap piala teragung bola sepak itu.

“Saya akan pergi sehingga akhir Piala Dunia. Saya tidak mempunyai sebab untuk berbohong di sini. Saya tidak mahu menang. Saya telah memenangi segala-galanya dalam kerjaya saya, satu-satunya perkara yang hilang ialah Piala Dunia.”

Brazil tidak mahu Tite pergi kerana hasil kerja yang cemerlang namun dia sudah tekad untuk mengotakan janjinya dan menyatakan masanya sudah tiba untuk pergi.

BACA:  Zidane Kekal Dengan Keputusan Tiada 'Guard of Honour' Untuk Barcelona