Zidane Akui Tidak Bangga Detik Menanduk Metarazzi Untuk Tamatkan Karier

Zinedine Zidane telah mengakui bahawa dia tidak sedikit pun bangga dengan insiden dibuang padang selepas menanduk Marco Metarazzi di perlawanan akhir Piala Dunia 2006 untuk menamatkan karier bola sepaknya selaku pemain.

Selepas gagal membawa Perancis menjulang Piala Dunia, Zinedine Zidane mengumumkan persaraan. Pemain tengah genius itu menamatkan karier bola sepaknya dengan penuh dramatik.

Detik Zinedine Zidane sebelum menamatkan karier bola sepaknya itu telah dianggap ikonik dan sensasi kerana aksinya yang luar biasa.

Zinedine Zidane telah membawa Perancis ke final menentang Itali dan aksi di suku akhir ketika menentang Brazil dari Zidane telah dianggap sebagai antara persembahan secara individu terbaik dalam sejarah bola sepak.

Diperlawanan akhir, Zidane telah membuka tirai jaringan melalui sepakan panenka menewaskan Gianluigi Buffon pada minit ketujuh sebelum Metarazzi menyamakan kedudukan 12 minit kemudian.

Final Piala Dunia 2006 bakal menjadi perlawanan terakhir dalam karier Zidane dan berakhir lebih awal selepas Zidane dilayangkan kad merah kerana menanduk Metarazzi di masa tambahan.

Dua penjaring gol perlawanan akhir terlibat dengan kontroversi yang menjadi bualan sehingga kini.

Perancis tewas di penentuan sepakan penalti selepas David Trezeguet menjadi satu-satunya pemain yang gagal menyempurnakan sepakan.

Pengurus yang memenangi Champions League secara hatrik bersama Real Madrid dalam temuramah tebaru bersama Telefoot aku tidak bangga:

“Aku langsung tidak bangga dengan apa yang aku lakukan tapi itu adalah sebahagian kisah silam aku.” Ujar Zidane.

Ketika ramai berpendapat, Panenka dilakukan Zidane dalam perlawanan akhir itu adalah sesuatu yang gila ini jawapan Zidane:

“Aku hanya ada satu dua saat untuk berfikir bagaimana nak sepak. Depan aku pula ada penjaga gol yang sangat mengenali aku jadi aku kena fikirkan sesuatu.”

“”Dalam usaha itu, pasti ada teknik, aku tidak fikir ada kegilaan. Kau mungkin terlepas sepakan penalti tetapi pada masa itu itulah yang aku perlu lakukan.”

Zinedine Zidane dan Buffon pernah beraksi bersama ketika di Juventus dan saling memahami maka tiada pilihan untuk Zidane bagi menewaskan Buffon, lalu Panenkan makan dia.

Kisah Zidane Tanduk Metarazzi

Pada 9 Julai 2006, di perlawanan akhir piala dunia 2006 minit ke-110 Zidane dilayangkan kad merah kerana insiden menanduk Marco Materazzi yang mana perlawanan tersebut dimenangi Itali dengan penentuan sepakan penalti.

Pemain pertahanan Italy, Marco Materazzi telah dikatakan mencerca Ibu Zidane dalam pergaduhan mulut mereka di padang yang ternyata membuatkan Zidane hilang akal dan rambut ketika itu. Lalu di tanduknya Materazzi.

Zidane menanduk padu Marco Materazzi, yang sebelumnya mencaci keluarga Zidane.

Pada tahun 2010, Zidane telah membuka cerita kepada Guardian kenapa beliau naik berang ketika itu. Materazzi telah mencerca ibunya dan ketika itu ibunya tengah sakit dan berada di hospital.

“Banyak benda boleh jadi kat padang. Banyak kali dah benda ni jadi. Tapi mak aku sakit dan berada di hospital. Mereka tidak tahu.”

“Tapi itu masa yang sukar. Lebih dari sekali mereka maki mak aku tapi aku buat dek jer dan kemudian inilah yang terjadi.”

“Nak mintak maaf? Jangan harap. Jika pemain itu seperti Kaka aku akan mintak maap tapi bukan yang sorang ni(Materazzi).” luah Zidane.

Sila keluar.

Zidane nyata menyesal dengan tindakan yang dilakukannya itu tetapi menegaskan tidak akan meminta maaf dari Marco Materazzi dan sanggup mati dari berbuat demikian. Marah teruk Zidane dengan cacian Materazzi.

Materazzi pula terus menafikan bahawa beliau memaki ibu Zidane dan selepas 10 tahun selepas kejadian, pada 2016 Materazzi membuat pengakuan bahawa beliau tidak mencaci ibu Zidane tetapi adik perempuan Zidane.

“Apa aku cakap adalah benda bodoh tetapi Zidane tidak patut membuat reaksi (menanduk) sedemikian.”

“Kalau kat Naples atau Milan atau Paris lagi teruk makian dilakukan. Mak aku mati ketika aku berusia 15 tahun. Aku takkan maki mak orang lain. Aku maki adik perempuan dia je.” Ujar Materazzi.

Marcelon Lippi ketika itu telah mengarahkan Metarazzi untuk mengawal ketat Zidane dan berlaku beberapa kali pertelingkahan antara mereka sehinggalah yang ketiga.

“Terdapat sedikit sentuhan antara kami di kawasan itu. Dia telah menjaringkan gol Perancis pada separuh masa pertama dan jurulatih kami [Marcello Lippi] memberitahu aku untuk megawalnya. Selepas pertengkaran pertama antara kami, aku meminta maaf tetapi dia bertindak balas dengan teruk.” jelas bekas pemain Itali itu.

“Selepas pertembungan ketiga, aku berkerut dahi dan dia membalas: ‘Akuakan berikan baju aku nanti’. Aku menjawab bahawa aku lebih suka mempunyai adiknya daripada bajunya.”

Entah mana cerita yang sebenar hanya Zidane dan Materazzi saja yang tau versi sebenar.

Siapakah Zinedine Zidane?

Berasal dari kabilah Berber di Algeria, kedua ibu bapa Zidane telah berpindah ke Perancis untuk lari dari perang Algeria. Pada  23 Jun 1972, ibunya telah melahirkan seorang putera yang bakal menakluki dunia bola sepak.

Membesar di Marseille, Zidane menghabiskan masa seperti kanak-kanak lain bermain bola sepak jalanan sehinggalah bakatnya dikesan seawall usia 10 tahun, apabila kelab US Saint-Henri mengambilnya sebagai pemain junior. Setelah enam bulan di kelab tersebut, Zidane disunting pengarah kelab SO Septèmes-les-Vallons, dan bermain di kelab itu sehingga usianya 14 tahun.

Pergerakan kakinya yang lemah gemalai mengawal bola menarik minat kelab AS Cannes, lantas beliau terus diambil dan diserap ke kelab remaja Cannes.

Pada awal penyertaannya di Cannes, Zidane pernah dihukum mencuci asrama kerana tindakannya menyerang penyokong pihak lawan yang mencaci keturunannya ketika satu perlawanan. Usai hukumannya selesai, jurulatihnya meminta beliau menyalurkan tenaga kemarahannya ke  arah fokus terhadap perlawanan, dan hasilnya, beliau berjaya. Bersama Cannes, Zidane mendapat Ligue 1 debut menentang FC Nantes.

Zidane berlalu pergi melepaskan peluang menjulang piala dunia

Pada musim 1992-93, Zidane dibeli Girondins de Bordeaux, dan membentuk jaringan tengah pasukan yang cukup mantap bersama Bixente Lizarazu dan Christoppe Duggary.

Ketiga-tiga mereka menjadi nadi utama Bordeaux dalam mencapai kejayaan tempatan dan eropah, dan mereka bertiga juga menjadi tonggak utama ketika Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 di bawah bimbingan Aime Jacquet.

Pada 1995, Kenny Dalglish, yang ketika itu baru sahaja meraikan pasukannya Blackburn Rovers menjuari EPL, berhajat mahu membawa Zidane dan Duggary ke Ewood Park, akan tetapi dinafikan pengerusi Blackburn dengan mengatakan :

“Kenapa kita perlukan Zidane sedangkan kita sudah mempunyai Tim Sherwood (bekas jurulatih Aston Villa).”

Seperti kau, Zidane juga pernah mempunyai rambut.

Malah pada 1996,Newcastle United yang pada ketika itu dibimbing Kevin Keegan, pernah ditawarkan midfield maestro itu namun menolaknya dengan mengatakan bahawa Zidane tidak sesuai bermain di liga England.

Kerugian besar buat kedua-dua pasukan.

Pada musim bunga 1996, Zidane menyertai Juventus dan memberi impak yang segera. Pada musim tersebut Juventus memenangi Serie A dan Intercontinental Cup. Nasibnya kurang baik apabila mereka tewas 3-1kepada Borussia Dortmund dalam perlawanan akhir Liga Kejuaraan Eropah.

Pada 1998, Zidane dianugerahkan pemain terbaik FIFA dan Ballon d’Or (pemain terbaik Eropah). Pada 2001, Zidane pernah digantung perlawanan apabila menanduk pemain Hamburger SV dalam  satu perlawanan UCL.

Zidane cemerlang sebagai pemain dan pengurus.

Pada tahun tersebut juga, Real Madrid telah membelinya pada rekod dunia, iaitu kira-kira 75juta euro. Pada tahun 2002, Zidane menjaringkan gol tercantik dalam sejarah perlawanan akhir UCL sekaligus membawa pulang piala UCL ke Madrid, setelah menewaskan Bayer Leverkusen yang diketuai Michael Ballack (Ballack tidak bermain pada perlawanan akhir akibat digantung).

Pada 2006, Zidane bersara dari arena bola sepak kelab dan antarabangsa. Sejak dari itu, sentuhan kaki ghaib Zidane tidak dapat lagi ditonton oleh para pencinta bola sepak melainkan di youtube.

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke kaki

Perumpamaan itu sesuai diguna pakai bagi keluarga Zidane, apabila anak sulungnya, Enzo Zidane, mengikut jejak langkah bapanya bermain untuk Real Madrid. Pada hari ini, Zidane menjadi jurulatih kelab Castilla, pasukan muda Real Madrid, yang bermain di Segunda Division B.

Walaupun anaknya juga bermain untuk kelab tersebut, beliau tidak mendapat laluan yang mudah untuk membarisi skuad utama Castilla, dan perlu bertanding dengan pemain lain untuk memikat bapanya sendiri.

Menariknya, Enzo tidak menggunakan nama Zidane sebagai nama keluarga kerana baginya, bebannya terlalu besar untuk memikul nama seorang legenda bola sepak di bajunya. Jadi, Ezno telah beralih ke nama asal keluarga ibunya Fernandez. Kemampuan Enzo Fernandez boleh ditonton di youtube.

Zidane diangkat menjadi pengurus Real Madrid menggantikan Rafael Benetiz dan sejak itu beliau tidak menoleh lagi apabila membawa Real Madrid menjulang Champions League secara hatrik.

Selepas kejayaan kali ketiga berturut-turut, Zidane mengundur diri dari Real Madrid dan kembali semula selepas semusim dengan kejuaran La Liga.

BACA:  Ancelotti: Zinedine Zidane & Real Madrid Perkahwinan Yang Sempurna