Zidane Kembali Jadi Sebutan, Man Utd Terpaksa Bayar Harga Mahal Jika Pecat Ten Hag

Manchester United terpaksa mengeluarkan bayaran yang mahal jika berhajat memecat Erik ten Hag sepertimana yang didesak oleh beberapa pihak selepas prestasi tidak menentu pada musim ini.

Pengurus dari Balanda itu kini berhadapan tekanan selepas permulaan kempen yang buruk dengan kekalahan terbaru 3-0 kepada Manchester City pada hujung minggu lalu.

Kekalahan tersebut menyebabkan United berada di kedudukan kelapan Premier Leagie, 11 mata di belakang pendahulu liga Tottenham Hotspur.

Prestasi United di pertandingan Champions League juga masih kurang meyakinkan selepas hanya mengutip satu kemenangan dan dua kekalahan setakat ini.

Situasi ini menyebabkan masa depan Ten Hag mula dipersoalkan, walaupun Sir Jum Ratcliffe yang bakal melengkapkan pemilikan 25% di dalam kelab sebelum ini memberi jaminan posisi Ten Hag adalah selamat.

Walaupun demikian sekiranya United berhajat untuk berpisah dengan bekas pengeldai Ajax itu, maka mereka harus membayar lebih daripada £15 juta.

Melalui laporannya The Mirror berkata United terlebih dahulu harus membayar £9 juta sebagai pendahuluan gaji selama setahun. Pengurus itu mempunyai kontrak sehingga musim panas 2025.

Jumlah tersebut tidak termasuk pampasan yang perlu dibayar kepada kakitangan lain seperti pembantu jurulatih yang dilantik bersama Ten Hag.

Ini bermakna pemecatan Ten Hag akan datang dengan kos yang sangat mahal.

Dan sekiranya Ten Hag meninggalkan Old Trafford, beberapa laporan media turut mengaitkan Zinedine Zidane sebagai antara calon pengganti baharu.

Ini bukan kali pertama United dikaitkan dengan bekas pengurus Real Madrid itu. Sebelum ini Zidane turut pernah dikaitkan sebagai pengganti Ole Gunnar Solskjaer sebelum ketibaan Ten Hag.

Zinedine Zidane berjaya memimpin Los Blancos untuk memenangi tiga gelaran Champions League dan dua gelaran La Liga sepanjang dua kali kariernya sebagai pengurus Real Madrid.

BACA:  Jualan Jersi Ronaldo Raih RM187 Juta Selepas 12 Jam Dan Cecah RM1 Bilion Dalam Seminggu