Klausa Aneh Ini Beri Neymar Tambahan €500,000 Sebulan

Neymar merupakan penerima gaji kedua tertinggi dalam dunia bola sepak dan tidak mengejutkan untuk melihat hal tersebut selepas mengetahui ganjaran aneh yang beliau terima dari PSG setiap bulan.

Ketika Neymar melengkapkan perpindahan dari Barcelona ke PSG pada tahun 2017 yang lalu, nilai perpindahan beliau telah memecahkan rekod perpindahan termahal dalam sejarah dunia bola sepak.

Beliau telah ditandatangani dengan yuran perpindahan bernilai €220 juta dengan rekod sebelum itu hanyalah €105 juta sahaja.

Melihat kepada nilai beliau ditandatangani, tidak mengejutkan untuk melihat nama beliau tersenarai dalam senarai penerima gaji tertinggi di dunia.

Selepas berakhirnya jendela perpindahan musim panas ini, beliau berada di kedudukan kedua, dibelakang, rakan sepasukannya yang baru, Messi sebagai penerima gaji tertinggi dalam
dunia bola sepak.

Menurut laporan sama, pemain berusia 29 tahun itu menerima sekitar £600,000 seminggu, yang mana itu hanyalah gaji pokoknya sahaja dan tidak termasuk bonus tambahan.

Menurut laporan dari El Mundo yang mana mereka juga sebelum ini yang mendedahkan tentang kontrak Neymar, bintang Brazil itu menerima €541,680 setiap bulan sebagai bonus etika.

Bekas bintang Barca itu akan terus menerima nilai setengah juga euros jika beliau bersikap sopan, menepati masa, peramah, sentiasa ada untuk penyokong dan tidak mengkritik PSG secara terbuka.

Ia bermaksud, gergasi Ligue 1 itu akan membayar Neymar sekitar €6.5 juta setiap tahun hanya untuk bintang Brazil itu muncul dan beramah mesra dengan para penyokong sebelum dan selepas perlawanan.

Sebaik perlawanan tamat, beliau akan pergi mengucapkan terima kasih kepada para penyokong dan selepas pulang ke rumah, beliau tidak boleh mengkritik taktikal Mauricio Pochettino di laman media sosial miliknya.

Beliau juga sama sekali tidak dibenarkan untuk meninggalkan komen negatif di media sosial berkait kelab mahupun menyokong mana-mana kenyataan yang menentang kelab.

Bayangkan untuk itu sahaja beliau sudah boleh mendapat tambahan setengah juta setiap bulan, siapa saja yang tidak mahu, bahkan andai ditawarkan RM2000 untuk berkelakuan baik dan tidak mengutuk The Sukan, Min pun sanggup.

Media tempatan Sepanyol turut mendakwa yang Paris Saint Germain telah membelanjakan €489,228,117 untuk Neymar dan ia berganda dari yuran perpindahan yang mereka bayar sebelum ini.

Pada malam Ahad lalu, penyerang Brazil itu merupakan sebahagian dari mereka yang terlibat dengan isu kontroversi ketika aksi pertemuan antara Brazil bertemu Argentina.

Yang mana perlawanan tersebut telah dihentikan kerana ada pemain Argentina yang telah melanggar S.O.P dengan mereka tidak menjalani sesi kuarantin wajib.

Dalam kejadian tersebut, pegawai kesihatan dan pihak polis masuk ke padang untuk hentikan permainan, selepas mendapati pemain Argentina dari saingan Premier League tidak mengikuti protokol negara mereka.

Selepas kesemua pemain dikeluarkan dari padang, Messi kemudiannya menegaskan yang beliau bersama rakan sepasukannya sudah berada di sana selama tiga hari.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Wonderkid Tahun 2012 Yang Diramal Menjadi Bintang Pada Tahun 2020