Klopp Akui Komen Encik Keane Bahawa Liverpool ‘Sloppy’ Adalah Benar

Pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp mengakui bahawa apa yang dikatakan Encik Roy Keane mengenai permainan Liverpool pada minggu lalu sebagai Sloppy adalah benar.

Selepas kemenangan ke atas Arsenal yang penuh keperitan, Encik Keane telah memberi komentar di studio mengenai persembahan Liverpool ada yang sloppy bukan keseluruhannya.

Namun nyata Jurgen Klopp tidak berpuashati dan koyak dengan kenyataan Encik Keane dan beberapa kali telah bertanya soalan yang sama adakah Encik Keane melabel Liverpool Sloppy.

Namun Encik Keane menjelaskan bahawa Liverpool bermain dengan baik dan memuji persembahan Liverpool tetapo ada detik yang Liverpool bermain dengan Sloppy.

Selepas kekalahan yang memalukan dan mengaibkan lagi menjatuhkan maruah, Klopp mengakui apa yang diperkatakan oleh Encik Keane yang membuatkan Encik Keane yang keras kepala mengalah.

Klopp mengatakan aksi menentang Aston Villa bukan tahap sloppy tetapi teruk.

“Minggu lalu Encik Keane telah berkata bahawa ia sloppy atau selekeh. Malam ni tidak sloppy tetapi teruk.”

“Aku harus mengakuinya tapi aku tidak dapat mengubahnya sekarang.”

Pengurus berbangsa Jerman itu nyata bermuhasabah diri dengan anak buahnya namun tidak dapat dilakukan kerana liga akan berhenti untuk perlawanan antarabangsa.

“Aku sangat ingin untuk mengadakan sesi latihan esok dan bercakap mengenai perkara ini tetapi budak-budak dah pergi untuk bersama pasukan kebangsaan.”

Tiada siapa yang patut dipersalahkan dengan kekalahan ini menurut Klopp kerana apa yang berlaku adalah segala kelemahan yang ada pada Liverpool berlaku dalam satu perlawanan.

Semua perkara yang tidak patut dilakukan dalam perlawanan bola sepak telah dlakukan secara serantak dalam perlawanan ini. Mati la nak.

Jurgen Klopp Koyak Mendengar Komen Roy Keane

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp nyata tidak gembira dan koyak dengan komen Roy Keane selepas perlawanan yang menyifatkan persembahan Liverpool sebagai ‘Sloppy’ atau selekeh atau bolok wok.

Jurgen Klopp pada ketika itu sedang keudara dalam satu temuramah secara langsung selepas perlawanan untuk rancangan Sky Sports’ Monday Night Football bersama Jamie Carragher, David Jones dan Roy Keane.

Tanpa berselindung Jurgen Klopp tidak gentar untuk memetik nama Roy Keane dan bertanya benarkah apa yang beliau dengar?

“Betulkah apa yang aku dengan Encik Keane cakap kami mempamerkan prestasi yang bolok wok(sloppy) malam ni? Sebab aku boleh dengar kau. Adakah Encik Keane berkata begitu?”3

Jamie Carragher segera bertanya kepada Roy Keane adakah beliau mahu menjawab. Pantas Encik Keane menjawab:

“Aku fikir mereka telah membazirkan satu atau dua peluang yang membuatkan mereka kecewa denganya.”

Jurgen Klopp masih tidak berpuas hati dan koyak lalu bertanya soalan yang sama sebelum meneruskan tazkirah kepada Encik Keane.

“Adakah beliau berkata begitu? Ini merupakan satu prestasi yang bolok wok? Aku tak pasti apa aku dengar. Mungkin Encik Keane bercakap mengenai perlawanan yang lain.”

“Bukan perlawanan ini, maaf. Itu satu gambaran luar biasa mengenai perlawanan ini. Ini merupakan sesuatu yang sangat luar biasa, tiada apa yang bolok. Langsung tiada.”

“Dari awal sampai habis kami dominan menentang pasukan yang dalam prestasi terbaik. Mengenai perlawanan malam ni, tiada benda buruk yang boleh dikatakan.”

Mung royat Liverpool bolok wok ko?

Encik Keane yang lantang bersuara dan keras peribadinya kembali membalas dengan nada yang sedikit mengalah. Faham-faham jela kalau melibatkan Liverpool ni.

“Aku cakap detik-detik bolok tapi aku rasa kau sangat cemerlang. Tiada apa berikan kepada Liverpool kecuali pujian. Jadi aku tak pasti jika kau dapat dengar apa aku cakap dengan jelas di sana.”

Klopp pun membalas:

“Aku dengar kat speaker ni perkataan ‘sloppy'(bolok wok). Aku ingat perkataan tu untuk perlawanan malam ini dan itu salah.”

Selepas itu Klopp terus kembali kepada jawapan mengenai perlawanan memuji para pemainnya yang mampu untuk mengekang Arsenal yang berada pada tahap 100 peratus terbaik mereka.

Jurgen Klopp nyata terkoyak agak dalam dengan perkataan ‘sloppy’ daripada Roy Keane itu dan akan melihat kembali temuramah itu untuk mengetahui apa sebenarnya yang dicakapkan oleh Keane.

Selepas sesi temuramah itu tamat Roy Keane dan David Jones membawang dan menyifatkan Klopp seorang yang sensitif.

“Sensitif pengurus ini bukan?” Soal Dave.

“Sangat sensitif, Bayangkan jika beliau kalah.” Balas Roy Keane.

Biasala la tu benda sensitif mudah koyak. Kalau kalah tak tau la macam mana. Tu Klopp belum dengar lagi Premier League bermula pada tahun 2016.

Liverpool berjaya bangkit selepas ketinggalan hasil kesilapan Andrew Robertson yang menghadiahkan Alexandre Lacazette gol pertama Arsenal selepas 25 minit permainan berlangsung.

Lapan minit kemudian Liverpool telah mendahului Arsenal dengan kedudukan 2-1 hasil jaringan Sadio Mane dan Andrew Robertson yang kembali menebus kesilapan.

Liverpool harus berterima kasih kepada Lacazette kerana gagal menyempurnakan peluang keemasan dan jangan dilupa kecekapan Alisson Becker yang menafikan percubaan Lacazette.

Diogo Jota pemain yang dibeli dari Wolverhampton Wanderer nyata tidak menghampakan apabila menjaringkan gol dalam debutnya bersama Liverpool di Premier League.

Setakat ini pemain baharu dibawa masuk oleh Jurgen Klopp nyata tidak menghampakan dan menjadikan Liverpool semakin kuat di setiap posisi.

BACA:  Belum Sempat Beraksi, Pembelian Musim Panas Liverpool Terpaksa Diketepikan Kerana Dibelenggu Masalah Kecederaan