Pengurus pasukan Liverpool, Jurgen Klopp percaya anak-anak buah beliau sepatutnya lebih dihargai kerana berjaya untuk mengatasi Juara berganda Premier League, Manchester City pada musim ini.
Jurgen Klopp turut berasa yakin kejayaan skuad Liverpool musim ini boleh dianggap lebih istimewa selepas melihat kualiti yang ada pada Manchester City pada musim ini.
The Reds bakal bertemu dengan Crystal Palace pada awal pagi esok dan sekiranya mereka memenangi perlawanan tersebut, maka Liverpool semakin hampir pasti untuk menjulang kejuaraan saingan liga pertama mereka di Etihad.
Jürgen Klopp: "The only thing I thought watching Man City last night is how is it possible that any side is 20 points ahead of them? That is unthinkable. We must have done a lot of things right." pic.twitter.com/bP4blM8oeF
— LFCVine (@LFCVine) June 23, 2020
Skuad kendalian Jurgen Klopp selesa mengatasi Juara dua musim berturut-turut sebelum ini, Manchester City dengan kelebihan 20 mata.
Mereka mungkin akan menjulang Piala liga pertama pasukan sejak 30 tahun yang lalu seawal Khamis nanti sekiranya City tewas kepada Chelsea dan Liverpool menang menewaskan Palace.
Ketika sidang media pra-perlawanan pada petang Selasa lalu, Klopp telah memberi penghormatan kepada City, dan mengatakan bahawa kecemerlangan pasukannya sendiri harus diukur dengan standard lawan yang mereka hadapi.
Ketika ditanya adakah beliau risau dan takut sekiranya City berpeluang untuk mengejar pasukannya, Klopp dengan segera menjawab:
“Tidak!”
“Ini bukan soal tentang mereka mengejar kami atau apa saja lah.”
“Satu-satunya perkara yang saya sedar ketika melihat City membelasah Burnley sampai 5-0 di Etihad, saya terfikir bagaimana kami boleh mengatasi mereka sehingga 20 mata, sungguh tidak masuk akal.”
🗣 | Jurgen Klopp:
“Give us an asterisk. Yes. Do it. Because it is the most difficult season ever and the only difference is there is quite a points gap between us and other teams.” pic.twitter.com/WTETgq8adF
— The Anfield Buzz (@TheAnfieldBuzz) June 19, 2020
“Ianya sesuatu yang sukar untuk difikirkan sebenarnya, jadi saya pasti kami berjaya melakukannya kerana kami sudah melakukan sesuatu yang baik dan betul.”
“Saya tidak memikirkan tentang City mengejar kami, saya cuma memikirkan tentang Crystal Palace. Sekiranya kamu semua mahu membuat tajuk berita tentang City tidak mampu mengejar kami, maka kamu sememangnya dungu kerana itu bukan apa yang saya maksudkan.”
“Apa yang saya maksudkan adalah saya cuma lebih menumpukan untuk apa yang harus kami lakukan.”
“Saya menonton City cuma kerana kami akan bertemu mereka sembilan hari lagi, bukan kerana saya mahu mereka tewas. Ianya tidak pernah begitu. Kalau ada pon mungkin ketika mereka bertemu Leicester City musim lalu, tetapi saya sedar ianya tidak berguna dan saya berhenti melakukan hal seperti itu.”
“Saya sangat menghormati mereka, mereka kelihatan seperti mereka akan menang kesemua baki perlawanan mereka kerana saya melihat pasukan mereka sangat hebat. Tetapi sebelum ini juga mereka sememangnya hebat. Dan kami juga tidaklah teruk sangat kan? Jadi mari kita fikirkan tentang itu.”
"How is it possible that anybody is 20 points ahead of this team?"
Jurgen Klopp talks about Liverpool's 20 point lead on Manchester City ⚽️https://t.co/fZyaGgK9uf pic.twitter.com/Y6ZDCsfi9F
— BBC Sport (@BBCSport) June 24, 2020
“Mohamed Salah sudah cergas sepenuhnya untuk turun beraksi bertemu Palace, beliau tidak diturunkan pada perlawanan bertemu Everton minggu lalu kerana masih belum cergas.”
Selain Mo Salah, Andy Robertson yang tidak diturunkan ketika perlawanan Merseyside derby yang kemarin juga bakal diturunkan dalam perlawanan menentang Palace awal pagi esok.
“Mo berlatih seperti biasa sahaja semalam, dan dia juga akan turun berlatih seperti biasa hari ini. Jadi dia sudah bersedia. Jadi kamu semua harus nantikan bagaimana saya mengurus kesebelasan terbaik saya esok.”
“Ianya sama seperti Robbo. Dia juga turun berlatih semalam. Dua lagi pemain, Milly dan Joel tidak akan diturunkan dalam perlawanan esok. Kami akan cuba periksa keadaan kecederaan kedua-dua mereka nanti.”
Palace merupakan pasukan terakhir yang berjaya menewaskan Liverpool di Anfield dan ianya berlaku pada April 2017 ketika mereka menewaskan the reds 2-1.
FT: Manchester City 5-0 Burnley.
Jurgen Klopp must still be confused 😅 pic.twitter.com/EW4saDqw0N
— B/R Football (@brfootball) June 22, 2020
“Saya sudah tidak ingat bagaimana rasanya ketika itu.”
Jelas Klopp lagi.
“Tetapi apa yang pasti saya tahu bagaimana rasanya kekalahan itu. Ianya sangat tidak bagus!”
“Kami tidak fikir bahwasanya ketika itu merupakan kekalahan terakhir kami dan kami berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sehingga kini.”
“Awal pagi esok merupakan perlawanan antara kamu dengan sebuah pasukan yang bagus. Roy Hodgson telah melakukan kerjanya dengan baik di sana, tahap pengurusan mereka juga sangat sangat bagus, mereka pasukan yang kuat dari segi fizikal, skill individual mereka juga bagus, empat perlawanan berturut-turut tanpa bolos sebarang gol.”
Jurgen Klopp says he can't believe the huge lead 🔴 @LFC have over second-placed 🔵 @ManCity! 😮https://t.co/O1QNctRbYH
— FOX Sports Asia (@FOXSportsAsia) June 24, 2020
“Ianya sangat bagus sekiranya kami berjaya mendapatkan tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut. Kami juga mempunyai matlamat dan kami akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut. Kami mahu menjadikan perlawanan tersebut lebih istimewa untuk kami.”