Kostas Tsimikas telah diberikan standing ovation oleh para penyokong Liverpool di Anfield malam semalam, selepas beliau mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Pemain pertahanan Greece itu boleh dikatakan antara pemain terbaik Liverpool ketika aksi kemenangan 2-0 menewaskan Burnley malam semalam.
Kostas Tsimikas sebelum ini bergelut untuk mendapatkan minit permainan sejak ketibaannya dari Olympiacos pada musim panas tahun lalu.
A little snapshot of the ovation Kostas Tsimikas has just received after a performance with which he can be extremely satisfied. pic.twitter.com/CKDOlKYTOE
— Dominic King (@DominicKing_DM) August 21, 2021
Ia kerana tempat beliau bermain, kebiasaannya akan dimainkan oleh Andy Robertson dan ketua pasukan Scotland itu juga jarang tercedera atau tidak berprestasi, maka sukar untuk Tsimikas diberi peluang untuk turun beraksi.
Walau bagaimanapun, ketika Robertson direhatkan kerana masalah kecederaan, Tsimikas akhirnya diberi kesempatan untuk beraksi sebagai kesebelasan utama Liverpool.
Beliau pertama kali diturunkan dalam kesebelasan utama skuad ketika aksi kemenangan 3-0 Liverpool menewaskan Norwich pada hujung minggu lalu.
Beliau kemudiannya diturunkan dalam kesebelasan utama ketika aksi bertemu Burnley, dan telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.
Andy Robertson sudah pulih dari kecederaan, namun beliau hanya sekadar duduk di bangku simpanan sahaja ketika aksi perlawanan kedua dalam saingan Premier League musim baharu ini.
An assist and a big display from your #LIVBUR @carlsberg Player of the Match, Kostas Tsimikas 🙌 pic.twitter.com/EDJeiGOwMT
— Liverpool FC (@LFC) August 21, 2021
Tsimikas tidak dinafikan antara pemain paling berprestasi di atas padang semalam, dengan beliau turut mencatatkan assists untuk gol pembukaan yang dijaringkan oleh Diogo Jota.
Detik paling mengharukan untuk beliau adalah ketika beliau mahu dikeluarkan, yang mana Tsimikas pada ketika itu mengalami kecederaan di bahagian bahu, dan perlu direhatkan.
Tsimikas ketika itu di asak selepas Virgil Van Dijk melambungkan bola mencari beliau yang ada di sudut sebelah kiri padang.
Kostas Tsimikas has provided an assist for Liverpool for the very first time.
What a ball in for Diogo Jota. 🎯 pic.twitter.com/xbbSKxVoZE
— Squawka Football (@Squawka) August 21, 2021
Dengan dua pemain dari pasukan lawan yang mengasaknya, Tsimikas rebah, namun beliau berjaya untuk kembali bangun dan mencari rakan sepasukannya, dan aksinya itu mendapatkan sorakan padu dari para peminat.
Itu antara aksi terakhirnya di atas padang dengan beliau kemudiannya berjalan meninggalkan padang, dan menerima standing ovation dari para penonton di Anfield ketika beliau berjalan menuju ke tempat duduk pemain simpanan.
Persembahan beliau berkemungkinan akan membuatkan Jurgen Klopp pening kepala untuk memilih siapa pemain utamanya dengan kedua-dua Robertson dan Tsimikas sedang dalam aksi persembahan terbaik masing-masing.
📊 Kostas Tsimikas vs Burnley:
🔴 1 assist
🔴 4/9 crosses completed
🔴 74% pass accuracy
🔴 7/12 ground duels won
🔴 2/3 aerial duels won
🔴 3 clearances🇬🇷 The Greek Scouser stepped up when he needed to #LFC pic.twitter.com/hOmO1h5TT8
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) August 21, 2021
Pengurus Liverpool itu turut memberikan pujian yang menggunung pada dua pemain full-back The Reds, Kostas Tsimikas dan Trent Alexander Arnold atas persembahan mantap yang mereka pamerkan.
“Kedua-dua pemain full-back bermain dengan sangat baik.”
Jelas Klopp.
“Kedua-dua mereka telah mempamerkan aksi persembahan yang layak untuk dipuji.”
Boss ovation for Kostas Tsimikas as he left the pitch. Reckon he made a lot of new fans today, great performance!
FULL VIDEO: https://t.co/StxC6mxFev pic.twitter.com/aaev3eBMKs
— Paul (Maych) Machin (@ThePaulMachin) August 21, 2021
“Kedua-dua mereka bermain dengan baik dan dalam situasi ini, ia bermaksud mereka bertahan dengan sangat bagus dalam situasi perlawanan yang sukar dari sudut pandangan pertahanan.”
Berkemungkinan perlawanan selepas ini, Andy Robertson akan kembali dimainkan sebagai pemain utama, dan Tsimikas bakal beraksi dalam saingan Cup Competition.
Liverpool berjaya menewaskan Burnley 2-0 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Anfield itu, dengan Jota dan Mane berjaya mencatat nama sebagai penjaring gol.
Kostas Tsimikas vs. Burnley
74% Pass accuracy
4/9 Crosses completed
4 Chances created
1 Assist
7/12 Ground duels won
2/3 Aerial duels won
3 ClearancesSuperb once again. Kostas came into the team and didn't miss a beat. pic.twitter.com/VesSzz0SV4
— The Tactical Times (@Tactical_Times) August 21, 2021
The Reds selepas ini bakal bertemu dengan Juara Eropah, Chelsea di Anfield pada 29 Ogos nanti, dan ia tentunya bakal menjadi perlawanan yang sangat menarik untuk ditonton.
Kedua-dua pasukan sedang berada di tahap persembahan terbaik masing-masing dan tentunya percaturan kedua-dua bekas pengurus Dortmund itu bakal jadi pertaruhan.
Pasukan yang menang berkemungkinan akan ada kelebihan untuk terus mencabar kejuaraan liga, dan yang tewas bakal keciciran mata.
Sumber: SPORTbible