Kostas Tsimikas Makan Penampar Milner Kerana Melakukan Kesilapan Mudah

James Milner telah memberi pengajaran berguna kepada rakan sepasukannya, Kostas Tsimikas ketika aksi kemenangan 3-0 Liverpool menewaskan Norwich awal pagi tadi.

Pemain veteran Liverpool itu dilihat menampar muka Tsimikas selepas pemain kebangsaan Greece itu melepaskan bola kepada pasukan lawan.

Liverpool memulakan kempen saingan Premier League musim ini dengan sangat cemerlang selepas mereka membelasah Norwich 3-0 di Carrow Road awal pagi tadi.

Satu hal yang menjadi topik perbualan hangat para peminat ketika melihat kesebelasan utama Liverpool adalah kembalinya Virgil Van Dijk selepas bintang Belanda itu terpaksa diketepikan sepanjang musim lalu kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Joel Matip dan Trent Alexander Arnold turut diturunkan beraksi dalam perlawanan bertemu Norwich selepas kedua-dua mereka turut dibelenggu masalah kecederaan sebelum ini.

Dek kerana Andy Robertson kini terpaksa diketepikan kerana berdepan masalah kecederaan, Jurgen Klopp memilih untuk menurunkan Kostas Tsimikas dalam kesebelasan utamanya bertemu Norwich.

Barisan pertahanan Liverpool berfungsi dengan agak baik sehinggalah Tsimikas melakukan kesilapan dungu pada aksi babak kedua permainan, yang menyebabkan pasukan tuan rumah hampir untuk menjaringkan gol.

Tsimikas dilihat teragak-agak untuk mengeluarkan bola dan akibatnya pemain Norwich berjaya merampas bola dari kakinya sebelum melakukan percubaan ke arah gawang gol Liverpool.

Milner yang menjadi ketua pasukan Liverpool dalam perlawanan tersebut tidak gembira dengan tindakan dari Tsimikas dan beliau segera memberi pengajaran pada bintang Greece itu.

Beliau mendatangi Tsimikas lalu melempang mula pemain full-back itu dan memberi teguran supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Kostas Tsimikas juga dilihat redho makan pelempang Milner kerana beliau sedar yang kesilapannya itu berpotensi menghasilkan gol pada pasukan lawan.

“Spontan saja Milner bagi pelempang dekat muka Tsimikas, semoga dia belajar dari kesilapan.”

“Hanya ketua pasukan berpengalaman sahaja yang mempunyai keberanian dan kemampuan untuk pelempang rakan sepasukan sendiri.”

“Milner sebenarnya dah boleh jadi jurulatih, tapi sebab dia masih bermain, ketegasan dia jelas boleh dilihat, Tsimikas tentu faham mengapa beliau dilempang.”

“Saya rasa Tsimikas lepas ni akan lebih berhati-hati dan tak akan pernah ulang kesilapan sama lagi, muka dia nampak menyesal.”

Begitulah komen-komen dari para peminat berkait insiden Tsimikas makan penampar James Milner kerana melakukan kesilapan dungu.

Kostas Tsimikas menyertai Liverpool pada musim panas lalu dari Olympiacos dengan yuran perpindahan bernilai £11.7 juta.

Walau bagaimanapun, beliau sukar untuk mendapatkan minit permainan yang cukup sepanjang kariernya di Anfield kerana sering dibelenggu masalah kecederaan.

Jurgen Klopp sebelum ini sememangnya bergantung harap pada Andrew Robertson, namun sayangnya bintang Scotland itu dibelenggu masalah kecederaan ketika aksi perlawanan persahabatan bertemu Athletic Bilbao sebelum ini.

Oleh yang demikian, Klopp telah memberi peluang pada pemain berusia 25 tahun itu untuk bermain dan membuktikan kemampuan sebenarnya.

Tsimikas turut bermain dengan sangat baik dalam perlawanan itu, namun beliau turut melakukan satu dua kesilapan mudah yang berkemungkinan bakal menyebabkan gawang gol Liverpool dibolosi.

Walau bagaimanapun, selepas menerima penampar dari bintang Liverpool yang beraksi dalam saingan Premier League ke-20 dalam kariernya itu, aksi Tsimikas dilihat semakin matang.

Di posisi serangan, Diogo Jota berjaya membuka tirai jaringan untuk Liverpool selepas beliau menyempurnakan umpanan cantik dari Mo Salah untuk meletakkan The Reds di hadapan.

Roberto Firmino kemudiannya dibawa masuk untuk menggantikan Jota dan empat minit selepas dimasukkan, beliau berjaya menggandakan kedudukan untuk Liverpool mendahului 2-0.

Gol jaringan Roberto Firmino merupakan hasil gerakan dari trio serangan Liverpool yang bermula dari Mane, Salah dan disudahi oleh beliau.

Salah kemudiannya meledak gol ketiga Liverpool pada minit ke-74 permainan selepas beliau melepaskan rembatan lencong yang berjaya menewaskan Tim Krul.

Salah terus membuktikan yang beliau merupakan nadi penting dalam sistem serangan Liverpool

Gol tersebut berjaya membantu Salah untuk mencipta sejarah baru dengan beliau menjadi pemain pertama yang berjaya menjaringkan gol dalam lima perlawanan pembukaan saingan Premier League secara berturut-turut.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Milner Menjadi Pemain Liverpool Paling Cergas 5 Tahun Berturut-Turut