Sikap Terpuji Yang Ditunjukkan Oleh Milner Dan Henderson Dipuji Peminat Seluruh Dunia

Duo Liverpool, Jordan Henderson dan James Milner telah menunjukkan sikap terpuji dengan menunggu para pemain Chelsea selesai mengambil pingat di bawah sambil memberi semangat kepada mereka.

Kedua-dua ketua pasukan The Reds itu menunggu pemain-pemain Chelsea turun dari pentas mengambil pingat, sambil kedua-dua mereka mengucap selamat kepada semua pemain The blues.

Sikap terpuji dan profesional yang ditunjukkan oleh kedua-dua mereka mendapat perhatian peminat seluruh dunia, dengan ramai yang memuji mereka sebagai pemimpin sebenar.

Selepas tamat aksi 120 minit yang penuh dramatik dan epik antara Liverpool dan Chelsea yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan itu, anak-anak buah Jurgen Klopp berjaya menjulang gelaran Carabao Cup selepas mencatat kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti.

Selain mempamerkan aksi penuh hebat dan dasyat sepanjang 120 minit perlawanan, kedua-dua pasukan turut berentap hebat dalam aksi penentuan sepakan penalti.

Kesemua 11 pemain di atas padang merasa untuk menyempurnakan sepakan penalti dengan kesemua 20 pemain padang dari kedua-dua pasukan berjaya menyempurnakan sepakan penalti masing-masing.

Penjaga gol Liverpool Kelleher terlebih dahulu tampil untuk mengambil sepakan penalti dan beliau berjaya untuk menjadi penjaring gol ke-11 The Reds.

Malang untuk Chelsea selepas pemain gantian yang sememangnya mereka bawa masuk untuk hadapi aksi penentuan sepakan penalti, Kepa Arrizabalaga gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti.

Liverpool akhirnya berjaya mencatatkan kemenangan 11-10 menewaskan Chelsea, seterusnya mengesahkan kejuaraan Carabao Cup musim ini untuk mereka.

Sebelum para pemain Liverpool menjulang Piala tersebut, kedua-dua ketua dan timbalan, Henderson dan Milner telah menunjukkan sikap terpuji yang mendapat pujian ramai.

Tular rakaman yang memperlihatkan mereka berdua berada di bawah tangga menunggu pemain Chelsea, dan mereka kemudiannya memberi semangat kepada semua pemain The Blues yang berjalan melepasi mereka.

Tindakan terpuji mereka itu mendapat perhatian ramai, dengan rata-rata peminat mengagumi kepimpinan kedua-dua otai Liverpool itu.

“Inilah ketua sebenar, tunjukkan contoh yang baik kepada pemain muda, semangat kesukanan yang menakjubkan.”

“Bola sepak memang selalu akan ada detik-detik indah seperti ini, Milner dan Henderson benar-benar menunjukkan kematangan serta ciri kepimpinan yang menakjubkan.”

“Inilah keindahan bola sepak, berhenti dulu rai kemenangan, beri semangat kepada pasukan lawan kemudian baru sambung raikan kejayaan mereka. Sikap terpuji yang berhak dipuji ditunjukkan oleh Milner dan Henderson.”

“Semangat kesukanan yang sangat tinggi, mereka berdua berhak dapat penghormatan dari saya yang bukan penyokong Liverpool.”

“Pemimpin! Itu adalah perkataan paling sesuai untuk saya gambarkan tentang kedua-dua Jordan Henderson dan James Milner.”

Sepanjang karier mereka di Anfield, kedua-dua Milner dan Henderson telah menunjukkan ciri kepimpinan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Tindakan mereka pada hari ini bahkan turut mendapat pujian dan penghormatan dari para pemain Chelsea sendiri.

Selepas selesai meraikan pemain Chelsea, kedua-dua Milner dan Henderson kembali bersama skuad Liverpool untuk mengambil pingat serta menjulang Piala.

Ia merupakan League Cup kedua Jordan Henderson bersama Liverpool dengan beliau pernah menjulang Piala tersebut pada musim 2012 yang lalu selepas menewaskan Cardiff menerusi aksi penentuan sepakan penalti.

“Ia sangat istimewa untuk menang Piala bersama kelab ini tak kira dari pertandingan apa sekalipun.”

Jelas Henderson kepada Sky Sports.

“Ia merupakan kesempatan besar untuk kami hari ini, syukur kami berjaya menang. Ia memang sentiasa sukar jika sampai ke aksi penentuan sepakan penalti, tapi secara keseluruhannya saya rasa kami berhak menang.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Milner: Liverpool Sudah Bersedia Hadapi Ujian Separuh Akhir Yang Sukar Menentang Barcelona