Kelab Penyokong ‘Geng Pelangi’ Liverpool Persoal Keputusan Henderson Terima Tawaran Ke Arab Saudi

Geng pelangi atau kelab penyokong L G B T Liverpool dikenali sebagai KOP OUTS meluahkan rasa tidak senang dan kerisauan mereka apabila mendengar kapten pasukan, Jordan Henderson bersetuju menerima tawaran Al Etiifaq unruk perpindahan ke Arab Saudi.

Itu kerana negara Timur Tengah itu tidak membenarkan hubungan sejenis atau bebas, dan dianggap perbuatan haram di sana.

Laporan media pada hari ini mengatakan Henderson telah ditawarkan £700,000 seminggu untuk meninggalkan Al-Ettifaq yang baru sahaja melantik Steven Gerrard sebagai pengurus mereka.

Fabrizio Romano kemudiannya mendedahkan Henderson telah menerima tawaran tersebut, dan kini terpulang kepada Liverpool dan Al Ettifaq untuk berunding mengenai nilai perpindahan.

Henderson sebelum ini mendapat pujian (golongan tersebut) kerana vokal dan komitmen menyokong gerakan komuniti geng pelangi ini.

Malah pada 2021, Henderson telah dinamakan sebagai ‘Sahabat Bola’ oleh kumpulan berkenaan dalam satu majlis anugerah L G BT+ Awards.

KOP OUTS yang meewakili geng pelangi kini mempersoalkan tindakan Henderson untuk ke Arab Saudi jika benar dia adalah ‘Sahabat Bola’ geng tersebut.

Mungkin kerana geram, kumpulan itu turut menyalahkan Gerrard kerana mempengaruhi Henderson, dan menerima tawaran untuk ke Arab Saudi sebagai pengurus kerana sebelum ini legenda dan bekas kapten Liverpool itu juga pernah menyatakan sokongan kepada pemain LA Galaxy, Robbie Rogers pada 2013.

Hubungan sejenis adalah tidak dibenarkan di Arab Saudi.

“Apabila seseorang mahu jadi kaya, patutkah wang dibenarkan mempengaruhi mereka untuk melakukan pekerjaan? Mereka patut bertanya diri mereka soalan ini.

“Kami berharap Jordan Henderson menjadi lelaki yang berpendirian teguh sepertimana kata-katanya sebelum ini, dan terus berdiri teguh di belakang pendirian dan nilai kelab [Liverpool], yang selama ini begitu adil (tidak melakukan diskriminasi),” ujar kenyataan daripada kelab geng pelangi Liverpool itu.

Kenyataan tersebut adalah sebagai respon kepada salah satu nota ditulis Henderson sebelum perlawanan pada 2021 yang menyokong pemakaian lilitan pelangi sebagai sokongan terhadap golongan tersebut di dalam sukan.

Pada ketika itu Henderson dengan bangganya mengiktiraf dirinya sebagai penyokong gerakan tersebut dan menganggap dirinya sebagai rakan sekutu.

BACA:  UEL: Liverpool Tewas Dengan Tulus Ikhlas