Milner Terpukau Melihat Gol Berpasukan Yang Sungguh Dasyat Bertemu United

Gol kedua Liverpool ketika beraksi bertemu Manchester United awal pagi tadi dianggap sebagai gol berpasukan yang tercantik sepanjang musim ini.

Selain gerakan berpasukan yang sempurna, penyudah luar biasa menakjubkan dari Mohamed Salah menambah lagi keindahan gol tersebut.

The Reds mendahului perlawanan dengan keputusan 1-0 seawal minit ke-5 permainan selepas Sadio Mane bijak melakukan hantaran cantik memperdaya pertahanan lawan.

Beliau melorongkan bola cantik mencari Mohamed Salah yang kemudiannya melakukan hantaran silang ke dalam kotak penalti mencari Luis Diaz.

Bintang kebangsaan Colombia itu tenang melakukan tap in untuk menewaskan David De Gea untuk gol pertama Liverpool dalam perlawanan ini.

Walau gol itu sendiri sudah boleh dianggap sangat cantik dan hebat, sebenarnya ada satu lagi gol yang dihasilkan dari usaha berpasukan yang sungguh dasyat.

Gol kedua Liverpool dalam perlawanan ini dihasilkan dengan gerakan berpasukan yang teramat sangat cantik dan menakjubkan.

Build up dari bawah, Liverpool tenang mengawal bola dan menggerakkan bola sepantas mungkin dengan bermain hantaran pendek.

Pemain centre-back, Joel Matip antara yang paling berperanan dalam menghasilkan gol tersebut dengan hantaran beliau mencari Mane berjaya membuka ruang dalam terhasilnya gol itu.

Wira Senegal yang membantu negaranya menjuarai saingan AFCON itu kemudiannya memilih untuk menghantar bola kepada Mohamed Salah dengan menggunakan skill yang sungguh menakjubkan.

Salah kembali menemui sentuhan tajam beliau dalam perlawanan ini dengan beliau tenang memanfaatkan kesempatan itu untuk menewaskan De Gea buat kali kedua dalam perlawanan ini.

Gerakan berpasukan yang sungguh dasyat hingga menyebabkan James Milner seolah-olah tak percaya melihat bola itu boleh berakhir dalam jaring gawang gol lawan.

Pemain veteran Liverpool itu berada di tempat duduk pemain simpanan dengan beliau jelas sekali sangat teruja melihat gol jaringan Salah itu.

Tak mengejutkan untuk melihat beliau menunjukkan reaksi itu kerana gol itu terhasil selepas ada penglibatan 10 orang pemain termasuk Alisson Becker dengan 25 hantaran disempurnakan sebelum Salah meledak gol.

Melihat dari cara build up gol itu, Liverpool jelas sekali sudah benar-benar bersedia mahu mengaibkan United sekali lagi dalam perlawanan yang dilangsungkan di Anfield itu.

Ketika aksi pertemuan pertama mereka di Old Trafford sebelum ini, Liverpool sudah berjaya mendahului 45 minit pertama dengan keputusan 4-0.

Babak kedua mereka jelas sekali kendurkan serangan dan hanya menambah satu gol sahaja lagi untuk mengubah kedudukan menjadi 5-0.

Dalam aksi pada hari ini, United bukan hanya mencatatkan kekalahan memalukan, mereka bahkan hanya memegang 24% sahaja penguasaan bola pada aksi babak pertama dan langsung tak mampu mencipta sebarang percubaan.

Thiago Alcantara pamer aksi masterclasses bantu Liverpool benam United

Aksi bertemu Manchester United awal pagi tadi merupakan persembahan terbaik Thiago Alcantara sepanjang kariernya bersama Liverpool.

Beliau turut dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam perlawanan yang dilangsungkan di Anfield itu dengan Thiago cemerlang membantu Liverpool membelasah setan merah 4-0.

Gandingan beliau bersama Fabinho di bahagian midfield jelas sekali terlalu sukar untuk ditandingi oleh para pemain Manchester United dengan Thiago benar-benar dominan dalam perlawanan pada hari ini.

Beliau turut mencatatkan statistik yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam perlawanan ini dan melihat kepada statistik tersebut, jelas sekali beliau layak dinobatkan sebagai pemain terbaik.

Thiago Alcantara berjaya melakukan 129 sentuhan, 105/110 (96%) hantaran tepat, 3 key passes, memenangi 7 perebutan bola, 6 hantaran jauh sempurna, 3 gelecekan sempurna, mencipta 3 peluang, 3 tackle sempurna dan 2 pintasan.

Sejak musim 2003/04, hanya empat pemain yang mampu melengkapkan lebih 100 hantaran dalam satu perlawanan di EPL ketika bertemu Manchester United.

Dari empat pemain itu, dua darinya berjaya mencipta rekod itu dalam perlawanan hari ini dengan Thiago Alcantara (105 hantaran) dan Virgil Van Dijk (106 hantaran).

Ketika Thiago Alcantara diturunkan dalam kesebelasan utama Liverpool dalam saingan Premier League musim ini, skuad kendalian Jurgen Klopp itu masih belum mencatatkan sebarang kekalahan.

Dari 14 perlawanan, Liverpool berjaya memenangi 13 perlawanan, mencatatkan satu keputusan seri dengan mereka turut berjaya menjaringkan 41 gol dan hanya bolos empat gol sahaja.

Bercakap selepas tamat aksi kemenangan 4-0 menewaskan Man Utd, Jurgen Klopp telah menghamburkan pujian menggunung kepada Thiago Alcantara atas aksi hebat yang beliau persembahkan.

“Boleh tahan kan? Dia seorang pemain berkelas dunia. Dia boleh beri ancaman cukup bahaya tidak kira ketika memegang bola atau tidak.”

Jelas Jurgen Klopp.

“Thiago bermain perlawanan yang bagus. Jadi dari sudut pandangan kami, tak ada hal yang boleh dikeluhkan.”

“Dia tak mahu keluar, dia mahu kekal di atas padang, saya suka keinginan yang dia tunjukkan. Dia bermain dengan sangat bagus. Counter pressing dia mainkan benar-benar gila. Dia ada pakej lengkap. Saya benar-benar kagumi dia.”

“Dia jelas sekali seorang pemain yang sungguh luar biasa menakjubkan. Kami perlu pastikan dia boleh kekalkan rythm dan dia boleh lebih kerap bermain selepas ini.”

Sumber: SPORTbible

BACA:  Stamina James Milner Di Usia 36 Tahun Sememangnya Sungguh Luar Biasa Dasyat