James Milner Memukau Peminat Dengan Kehebatan Beliau Ketika Latihan Pra Musim

James Milner menunjukkan catatan masa ketika beliau berlari dalam latihan pra musim, dan para peminat begitu terkejut melihat kemampuan bintang Liverpool yang sudah berusia 35 tahun itu.

Para peminat begitu teruja dan kagum melihat catatan masa yang beliau catatkan ketika menghabiskan larian 8KM secara berperingkat.

Milner ketika ini sedang dalam persiapan untuk beraksi dalam saingan Premier League yang ke-20 dalam kariernya, selepas melakukan debut di usia 16 tahun bersama Leeds United pada tahun 2002 yang lalu.

Beliau selepas melakukan debut bersama Leeds dalam saingan premier league ketika itu, telah berjaya mencipta sejarah baru untuk menjadi pemain termuda dalam sejarah yang menjaringkan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Bekas pemain kebangsaan England itu masih menunjukkan kemampuannya yang luar biasa menakjubkan, dengan membuat 26 penampilan pada musim lalu dalam saingan liga.

Setiap kali diturunkan untuk beraksi, Milner belum pernah menunjukkan tanda-tanda yang beliau sudah penat atau sudah tidak larat.

Dengan kebanyakkan rakan sepasukannya sedang bersama skuad kebangsaan masing-masing pada ketika ini, ada yang beraksi dalam saingan Euro 2020 dan ada yang beraksi dalam saingan Copa America, Milner pula sibuk berlari.

Beliau melakukan rutin larian itu setiap hari dan beliau melakukannya dengan sangat-sangat baik.

Beliau memuat naik di media sosial catatan lariannya sejauh 8km dan kelajuan yang beliau cipta sungguh menakjubkan.

Catatan masa larian 8km Milner

Ketika kebanyakkan pemain akan menunjukkan perbezaan ketika masuk usia 30 an, Milner jelas membuktikan yang beliau masih mampu mempunyai kudrat yang hebat walau sudah berusia 35 tahun.

Walau bagaimanapun, beliau membina reputasi tersebut dengan kerja keras yang sungguh mengagumkan sebagai seorang pemain yang masih aktif bermain.

Para peminat begitu teruja dengan usaha dan kemampuan bekas pemain midfield Manchester City itu dan beliau turut menerima pujian yang menggunung dari peminat di media sosial.

“5.5 batu dalam tempoh 34 minit. Saya hanya mampu lakukan itu ketika berusia 20 tahun. Syabas dan tahniah. Ini baru betul legenda.”

“Dia merupakan role model terbaik untuk para pemain muda. Dia macam bukan manusia, dia mesin. Di usia macam dia, dia masih berlatih sekeras ini. Idola sebenar.”

“Cristiano Ronaldo di posisi pertahanan, itulah Milner, semakin berusia semakin menakjubkan, dia tak menunjukkan yang dia akan bersara dalam tempoh satu dua musim ini.”

“Tak terkejut tengok fizikal dia nampak masih muda, lihatlah kerja keras dan usaha yang dia letakkan. Luar biasa.”

Milner dan rakan sepasukannya yang lain tentunya berharap mereka akan disertai oleh Kylian Mbappe dalam latihan pra musim tahun ini.

Terdapat laporan yang menyatakan bahawa bintang PSG itu telah memberitahu pihak kelabnya yang beliau akan pergi meninggalkan Paris selepas kontraknya tamat, dan Liverpool berkemungkinan destinasi pilihannya selepas ini.

Bahkan Mbappe sendiri mungkin akan begitu teruja dan kagum melihat catatan masa yang dicatatkan oleh Milner ketika membuat larian 8km itu.

Milner merupakan vice captain untuk skuad Liverpool dan beliau pada musim lalu sering diturunkan untuk menggantikan pemain utama yang dibelenggu masalah kecederaan.

Walau beliau merupakan antara pemain paling veteran dalam skuad, namun aksi yang beliau pamerkan tidak mencerminkan usianya.

Kerja keras dan semangat juang yang beliau sering pamerkan selain berjaya membuat peminat terpukau, beliau juga berjaya memotivasikan rakan sepasukannya yang lain.

Kerana itulah Jurgen Klopp sendiri pernah mendedahkan yang James Milner merupakan pemain penting dalam skuad Liverpool di dalam bilik persalinan.

Selain sering menghiburkan rakan sepasukannya, beliau juga selalu memberi khidmat nasihat dan guru yang bagus untuk pemain muda.

BACA:  "Macam Bapa Marah Anak" - Peminat Terhibur Lihat Aksi Milner Heret Elliott