Lagi Aksi Kelakar Dari Pemain Pertahanan Terbaik Dunia

Pemain pertahanan terbaik dunia ketika ini, siapa lagi kalau bukan Virgil Van Dijk tidak perlu menunggu lama untuk mempamerkan aksi kelakar yang menyebabkan gol percuma terhasil buat pihak lawan.

Aksi kelakar yang digelar ‘errors leading to goals’ atau kesilapan yang menyebabkan gol terhasil disajikan oleh Van Dijk untuk gol kedua Leeds United yang merupakan gol penyamaan.

Untuk rekod ini merupakan kesilapan ‘errors leading to goals’ dari Van Dijk dalam 4 perlawanan terakhir di Premier League. Sebelum ini dalam 154 penampilan hanya satu dilakukan Van Dijk.

Pada minit ke-30 Patrick Bamford kembali mengimbangi kedudukan hasil permainan penuh bersahaja ‘too casual’ lebih tepat aksi bodoh Virgil Van Dijk dalam mengeluarkan bola.

Hantaran lambung menggelembung buaya Leeds tepat kepada Van Dijk yang dengan bersahaja terus menolak bola tanpa menyedari Patrick Bamford berada berdekatan.

Kerana kebodohan Van Dijk bola sampai kepada Patrick Bamford dan sekali lagi Alisson Becker tertewas angkara kealpaan benteng pertahanan Liverpool.

Sejak dari permulaan musim 2018/19, tiada pemain selain penjaga gol melakukan kesilapan terbanyak yang menyebabkan gol terhasil di Premier League selain Virgil van Dijk dengan 3 kesilapan.

Satu ‘errors leading to goals’ dilakukan oleh Van Dijk pada setiap musim bermula musim 2018/19.

1. 2018/19 vs. Fulham (Away)

2. 2019/20 vs. Arsenal (Away)

3. 2020/21 vs. Leeds (Home)

Liverpool berjaya menewaskan Leeds United 4-3 dalam perlawanan penuh kegilaan dan penuh menghiburkan serta menjadi perlawanan penanda aras. Perlawanan ini mungkin boleh menjadi perlawanan terbaik musim ini.

Mohamed Salah mencetak hatrik dalam perlawanan ini sekaligus menjadi pemain Liverpool pertama menjaringkan gol pada hari pembukaan liga untuk 4 musim berturut-turut dan manusia kedua di Premier League selepas Teddy Sheringham.

Selain menghadiahkan gol untuk lawan, Van Dijk juga meletakkan nama selaku penjaring terlebih dahulu melalui satu sundulan tajam. Kira adil la tu buat sila bukan kalah pun.

Penghujung musim lalu ketika menentang Arsenal, Van Dijk telah melakukan kesilapan yang sama membolehkan Alexander Lacazette menjaringkan gol percuma.

Pada ketika ini, ada penyokong Liverpool menanggap Lacazette sebagai pemain yang genius kerana bijak menghidu peluang seolah-olah menafikan kebodohan dan kedunguan Van Dijk itu.

Sama macam dua sepakan penalti yang disempurnakan oleh Salah. Kena pasukan lain terus dilabel beli pengadil, beli VAR, kena pasukan sendiri terus cakap, penalti sebahagian bola sepak.

Itulah penyokong Liverpool kan? Ke bukan? Dia je betul orang lain salah walaupun Salah pemain mereka.

BACA:  Video: Gandingan Van Dijk Dan Konate Terlalu Sukar Untuk Ditewaskan