Lihat Aksi Neymar Meniru Gaya Haaland Meraikan Gol

Paris Saint Germain nampaknya masih memerlukan khidmat Neymar untuk membantu mereka layak ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim 2019/20.

PSG berjaya menewaskan Borussia Dortmund dalam perlawanan kedua pusingan 16 awal pagi tadi seterusnya mengesahkan tempat untuk pasukan mereka ke pusingan suku akhir.

The Parisians turun pada perlawanan kedua dalam keadaan tertekan selepas tewas perlawanan pertama ketika aksi di Jerman dengan keputusan 2-1.

Beberapa hari sebelum perlawanan, berita buruk menimpa PSG apabila ayam tambatan mereka, Kylian Mbappe disyaki dijangkiti Coronavirus.

Selepas ujian perubatan dilakukan Mbappe didapati negatif dan bebas daripada wabak yang kian menular dengan teruknya ketika ini.

Berita ini pastinya menggembirakan penyokong PSG dan juga peminat bola sepak di dunia. Namun beliau masih lagi berada dalam pemantauan oleh petugas perubatan.

Mbappe tidak berada dalam senarai kesebelasan utama dan hanya dibangku simpanan untuk perlawanan kedua ini kerana terlepas sesi latihan.

Perlawanan antara PSG dan Borussia Dortmund ini diadakan secara tertutup tanpa kehadiran penonton kerana Coronavirus.

Dengan ketiadaan Mbappe, Neymar harus mempamerkan aksi sehabis baik untuk membantu pasukan PSG dan pemain Brazil itu berjaya melakukannya.

Pada minit ke-28 perlawanan, Neymar telah menyamakan agregat dengan satu sundulan terbang.

Gol berpunca daripada sepakan penjuru Angel Di Maria yang sedap disundul oleh Neymar.

Neymar jelas berpuas hati selepas berjaya menjaringkan gol yang sangat cantik dan beliau telah meraikan jaringan itu bersama barisan pemain simpanan PSG.

Tetapi selepas habis meraikan jaringan bersama pemain lain, Neymar terus bersila dan mengambil keputusan untuk meniru gaya Erling haaland meraikan gol.

Lihat rakaman ini.

Tidak pasti sama ada Haaland perasan atau tidak  yang Neymar telah meniru cara beliau meraikan jaringan. Tetapi apa yang pasti, sekiranya beliau perasan sudah tentu Haaland akan berbangga.

Sebelum tamat separuh masa pertama, Juan Bernat telah menggandakan kedudukan dan PSG mendahului 3-2 secara agregat.

Separuh masa kedua menyaksikan tiada lagi tambahan gol bagi kedua-dua pasukan.

Pada minit ke-89 Emre Can telah dilayangkan kad merah dalam usaha Borussia Dortmund mencari sekurang-kurangnya satu gol bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Can telah menerjah keras Neymar lalu dilayangkan kad kuning, tidak cukup dengan itu, Can telah menolak Neymar.

Tamat perlawanan PSG berjaya menewaskan Borussia Dortmund dengan keputusan 2-0 dan layak ke peringkat suku akhir dengan agreget 3-2.

BACA:  Klausa Aneh Ini Beri Neymar Tambahan €500,000 Sebulan