Lihat Red Bull Salzburg Menjulang Piala Dengan Mengamalkan Penjarakan Sosial

Red Bull Salzburg telah meraikan kejayaan mereka menjulang saingan Liga Austria dengan mengamalkan langkah penjarakan sosial bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Saingan Liga Austria merupakan liga yang sangat menjaga etika penjarakan sosial dengan ketat dan tegas.

Sebelum ini, pendahulu saingan liga mereka, LASK telah dipotong 12 mata kerana ditangkap melakukan latihan dengan sentuhan penuh.

Namun hukuman itu telah diringankan kepada pemotongan enam mata sahaja dan didenda dengan nilai yang agak besar.

LASK berikrar mahu membuat bantahan dan rayuan keatas hukuman yang mereka anggap keterlaluan itu.

Saingan bola sepak di Austria kembali bersambung pada hari Jumaat lalu selepas digantung beberapa bulan kerana penularan wabak Covid-19.

Salzburg berjaya menang 5-0 kecatas lawan mereka dari divisyen kedua, Austria Lustenau di Klagenfurt.

Perlawanan yang dilangsungkan tanpa penonton di Worthersee Stadion itu memperlihatkan penyerang sensasi Hungary, Dominik Szoboszlai telah membuka tirai jaringan untuk pasukan Salzburg pada minit ke-19 perlawanan.

Salzburg berjaya menggandakan jaringan sebelum tamat separuh masa pertama perlawanan menerusi jaringan sendiri dari pasukan lawan, Dominik Stumberger.

Tiga lagi jaringan milik Salzburg telah dijaringkan oleh Noah Okafor, Majeed Ashimeru dan Sekou Koita lalu membolehkan skuad kendalian Jesse Marsch muncul sebagai Juara saingan liga musim ini.

Lebih manis lagi, Piala kejuaraan yang berjaya mereka julang pada kali ini merupakan trofi major pertama milik Jesse Marsch.

Ini menjadikan beliau sebagai jurulatih dari Amerika Syarikat yang pertama berjaya menjulang major trofi di pentas Eropah.

Selain itu, dari segi keraian Piala kejuaraan di dalam stadium pula, Red Bull Salzburg telah mematuhi peraturan penjarakan sosial ketika mereka menjulang Piala saingan Liga Austria yang ketujuh pasukan.

Mereka telah menetapkan kedudukan setiap pemain melalui tanda bulat di atas kanvas bagi mengelakkan para pemain berkedudukan rapat antara satu sama lain.

Satu langkah yang cukup bijak yang telah dipamerkan dan sangat patut untuk dijadikan panduan oleh liga lain selepas ini.

β€œSatu rasa yang sangat hebat ketika dapat memenangi trofi ini.”

Kata Marsch.

β€œAnak-anak buah kami banyak memberikan usaha yang lebih ketika perintah lockdown. Saya sangat berbangga dengan mereka. Kami dapat menikmati malam ini dengan bergembira dan kami berbangga dengan penghormatan ini.”

β€œSekarang kami masih ada baki perlawanan dalam saingan liga yang tentunya mahu untuk kami menangi.”

Saingan Bundesliga akan disambung pada haei Selasa depan dengan Salzburg sudah menjuarai saingan liga selepas LASK ditolak tiga mata.

BACA:Β  RB Salzburg 1-0 Liverpool