RB Salzburg 1-0 Liverpool

Pasukan bimbingan Jurgen Klopp, Liverpool mengalami kekalahan tipis 1-0 kepada RB Salzburg dalam perlawanan persahabatan terakhir mereka dipersediaan pra musim.

Ogos menjelang tiba, Liverpool menutup persediaan menghadapi musim baru dengan langkah kiri dan akan menentang Manchester City di perlawanan Community Shield pada minggu ini.

Pemain yang dilaporkan menjadi buruan Manchester United, Benjamin Sesko menjaringkan satu-satunya gol perlawanan yang berlangsung di Austria ini.

Jurgen Klopp memulakan perlawanan dengan menurunkan pasukan keduanya dan bukan kesebelasan terbaik mereka.

Darwin Nunez yang diangkat sebagai hero dan disebut-sebut bakal memberi semua kejuaraan buat Liverpool musim hadapan selepas menjaringkan 4 gol ketika menentang RB Leipzig kembali hilang bisa.

Pemain yang mempunyai tanda harga yang melambung tinggi itu mampu menjaringkan hatrik pada separuh masa pertama tetapi mempersia-siakan peluang.

Peluang terbaik Nunez untuk menjaringkan gol telah dihampakan oleh palang selepas melakukan satu sepakan deras umpanan pemain muda Isaac Mabaya.

Darwin Nunez bersama-sama Harvey Elliott, Naby Keita dan Isaac Mabaya telah berjaya menghadirkan bahaya di separuh masa pertama namun RB Salzburg berjaya mencipta peluang lebih baik.

Elemen nasib membantu Liverpool daripada dibolosi lebih awal apabila tandukan Joe Gomez yang tersasar membolehkan Benjamin Sesko melepaskan rembatan namun berjaya diselamatkan Adrian.

Pada minit ke-31, Benjamin Sesko yang sentiasa menghadirkan ancaman ke kubu Liverpool meletakkan RB Salzburg didepan selepas berjaya menewaskan Adrian.

Jurgen Klopp menggantikan Darwin Nunez, Naby Keita dan James Milner pada awal separuh masa kedua – semua pemain yang dijangkakan akan terlibat dalam pertembungan Perisai Komuniti, Liverpool vs Manchester City pada hari Sabtu.

Roberto Firmino, Andrew Robertson dan Tyler Morton dibawa masuk sebelum Liverpool kemudian membariskan pemain utama dan handalan mereka selepas sejam perlawanan berlangsung.

Trent Alexander Arnold, Matip, Virgil Van Dijk, Fabinho, Jordan Henderson, Thiago Alcantara, Mohamed Salash, Luis Diaz dibawa masuk pada minit ke-60.

Peluang besar hadir melalaui Virgil van Dijk yang menanduk kencang tendangan sudut yang melepasi palang dan Luis Diaz pula telah memaksa penjaga gol Salzburg, Nico Mantl membuat aksi menyelamat selepas permainan satu-dua dengan Jordan Henderson.

Kemudian giliran Mohamed Salah pula memaksa Nico Mantl melakukan penyelamatan lagi, sebelum penjaga gol itu menepis keluar tembakan deras dari Firmino.

Liverpool akhirnya berjaya menemui jaringan melalui Diaz, tetapi pemain Colombia itu telah dinilai oleh pengadil berada dalam kedudukan ofsaid.

Walaupun Liverpool menguasai permainan separuh masa kedua, lawan mereka mampu mengekalkan kemenangan – bermakna anak buah Klopp telah tewas dua daripada empat perlawanan persahabatan pramusim mereka.

Liverpool menamatkan musim lalu dengan impian setinggi gunung berkecai, impian mereka meraih quadraple hancur meledak dalam dua perlawanan terakhir yang kekal sebagai kempen yang tidak dapat dilupakan dan luar biasa.

Masih awal untuk menilai prestasi Liverpool untuk musim baharu ini dan berdasarkan perlawanan pra musim mereka mencatatkan dua kekalahan dari empat perlawanan yang menimbulkan rasa gundah di hati penyokong mereka yang mudah koyak.

Kesebelasan Utama Liverpool: Adrian, Mabaya (Alexander-Arnold 60), Konate (Matip 60), Gomez (Van Dijk 60), Milner (Robertson 46), Bajcetic (Fabinho 60), Keita (Morton 46) (Henderson 63), Jones (Thiago 60), Elliott (Salah 60), Carvalho (Diaz 60), Nunez (Firmino 46)

Pemain Simpanan: Hughes, Mrozek, Davies, Fabinho, Virgil Van Dijk, Thiago Alcantara, Roberto Firmino, Mohamed Salah, Jordan Henderson, Luis Diaz, Andrew Robertson, Matip, Phillips, Alexander-Arnold, Van den Berg, Morton

BACA:  Jurgen Klopp Menganjing Caicedo Dan Lavia: "Tengok Apa Dah Jadi Sekarang Hahahaha..."