Red Bull Salzburg Menganjing Man Utd Yang Berminat Mahu Dapatkan Khidmat Sesko

Red Bull Salzburg menganjing Manchester United yang menyatakan minat mereka untuk mendapatkan wonderkid, Benjamin Sesko dengan meletakkan tanda harga yang tak masuk akal.

Manchester United telah dikaitkan dengan perpindahan pemain berusia 19 tahun yang menjaringkan gol kemenangan untuk Red Bull Salzburg ketika dalam aksi perlawanan persahabatan bertemu Liverpool awal pagi tadi.

Sesko menjaringkan gol yang sungguh luar biasa cantik menewaskan Adrian untuk memastikan Red Bull Salzburg mencatatkan kemenangan mereka dalam perlawanan yang dilangsungkan di Red Bull Arena itu.

Beliau turut mencuri perhatian ramai selepas mempamerkan skill yang sungguh dasyat ketika memperdaya James Milner dalam perlawanan tersebut.

Man Utd dilaporkan sangat berminat untuk menandatangani pemain penyerang Slovenia yang berjaya menjaringkan 12 gol dari 38 penampilan untuk Red Bull Salzburg itu.

Selepas pakar perpindahan pemain, Fabrizio Romano melaporkan yang Man United berminat mahu mendapatkan khidmatnya, laman twitter rasmi Salzburg segera membalas:

“Kami mahukan 300 juta + Bruno (Fernandes).”

Tulis Salzburg di laman twitter milik mereka.

Walau bagaimanapun, selepas Sesko menjaringkan gol bertemu Liverpool, kelab dari Austria itu kembali memuat naik status di laman twitter milik mereka dengan menyatakan yang mereka mahu menaikkan tawaran.

“Terkini: Kami sekarang mahu 1 billion, Bruno dan Fred the Red untuk Sesko.”

Tulis kelab Austria itu di laman twitter milik mereka.

Kenyataan itu sebenarnya hanyalah gurauan dari admin akaun twitter mereka kerana Salzburg sebenarnya hanya meletakkan tanda harga bernilai bernilai £55 juta sahaja untuk Sesko.

Mereka dikatakan mahu terus mengekalkan Sesko selama semusim lagi, seandainya tiada kelab yang masuk membida pada musim panas ini.

Penyokong Man United mahukan kelab menandatangani ‘Supernatural Talent’ Benjamin Sesko

Bintang RB Salzburg, Benjamin Sesko dianggap sebagai antara bakat yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam dunia bola sepak hari ini.

Bahkan ramai peminat yang membandingkan bintang Slovenian itu dengan bintang Norway, Erling Haaland.

Walau bagaimanapun, selepas melihat persembahan luar biasa mantap beliau, sepertinya perbandingan itu agak masuk akal dan beliau sememangnya mempunyai bakat yang dasyat.

Pemain muda berusia 19 tahun itu telah dikaitkan dengan perpindahan mega menyertai Manchester United dan Newcastle United pada jendela perpindahan musim panas ini.

Beliau berjaya menjaringkan gol yang sungguh luar biasa dasyat untuk Salzburg ketika beraksi bertemu Liverpool awal pagi tadi.

Pada minit ke-30 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Red Bull Arena di Salzburg, pemain penyerang yang mempunyai ketinggian enam kaki empat berjaya melepasi Ibrahima Konate sebelum meluru ke arah gawang gol.

Beliau kemudiannya melorongkan bola mencari rakan sepasukannya, Noah Okafor dan meneruskan lariannya bergerak masuk ke dalam kotak penalti.

Okafor kemudiannya melorongkan semula bola dengan sangat kemas untuk mencari Sesko yang kemudiannya mudah menewaskan Adrian untuk gol pembukaan Salzburg.

Persembahan mantap beliau sebelum terhasilnya gol itu dari kekuatan dan kelajuan yang menakjubkan berjaya memukau para peminat seluruh dunia.

Sesko terus menerus memberi masalah kepada barisan pertahanan Liverpool sepanjang 45 minit pertama permainan dengan gerakan-gerakan bahaya yang berjaya beliau cetuskan.

Bahkan, beberapa minit sebelum rehat separuh masa, pemain penyerang muda itu turut berjaya mempamerkan skill yang sungguh dasyat untuk mengekalkan penguasaan bola.

Selepas membawa bola ke bawah dari atas dengan sentuhan yang indah, beliau berjaya memperdaya James Milner dan membuatkan bintang veteran Liverpool itu seolah-olah diaibkan olehnya dengan beliau kemudiannya melakukan turn ala Zidane untuk melepaskan diri.

Di bawah merupakan aksi bagaimana hebatnya skill yang beliau persembahkan ketika memperdaya James Milner.

Bahkan pengulas dari Liverpool TV, yang sebelum ini mempersoalkan kemampuan dan bakat Sesko turut memuji dan mengagumi kehebatan pemain Slovenian itu dengan kepantasan kakinya ketika berada di zon sempit.

“Saya memberi kredit kepada dia atas keraguan saya selama ini.”

Jelas pengulas tersebut.

“Saya sendiri tak sedar sebenarnya kehebatan dia.”

Rakan sepasukan Sesko sementara itu percaya yang bintang Slovenian itu sebenarnya jauh lebih hebat berbanding bintang Man City, Erling Haaland.

Pemain berusia 19 tahun itu menjelaskan dalam satu temu bual bahawa:

“Segala perbandingan itu sebenarnya memotivasikan saya dan beri saya tenaga tambahan. Ia sama sekali tak memberi tekanan. Saya akan dengar dan belajar jadi saya boleh tambah baik kualiti saya.”

“Rakan sepasukan saya di kelab beritahu saya yang Haaland dan saya ada persamaan, terutama dari segi kepantasan. Kebanyakan dari mereka bahkan anggap saya lagi bagus dari dia.”

Melihat kehebatan beliau dan mendengar yang beliau sedang hangat dikaitkan dengan perpindahan menyertai Man United, jelas sekali para peminat bersungguh-sungguh berharap kelab akan benar-benar menandatangani beliau.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Guardiola: Manchester United Masih Berpeluang Menangi Liga Perdana Inggeris