Kesebelasan Terbaik Pemain Pernah Beraksi Bersama Red Bull Salzburg

Red Bull Salzburg sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mereka dianggap sebagai kilang yang menghasilkan ramai pemain berkelas dunia.

Kebanyakkan bintang handalan mereka, telah berjaya menarik minat kelab-kelab gergasi di benua Eropah untuk ditandatangani.

Gergasi Austria yang sering beraksi di pentas saingan Champions League itu sering melahirkan pemain-pemain berkualiti tinggi yang mempunyai potensi untuk menjadi bintang terhebat dunia.

Mereka kebiasaannya akan menjual pemain, dan hanya mendapatkan keuntungan yang sedikit sahaja berbanding kelab lain, yang akan memanfaatkan bakat hebat milik mereka untuk jana pendapatan yang besar.

Dan seandainya Red Bull Salzburg mengekalkan pemain-pemain terbaik mereka, maka gergasi Austria itu tentunya akan mempunyai kesebelasan terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Berikut merupakan senarai kesebelasan terbaik pemain Red Bull Salzburg seandainya mereka tidak menjual pemain-pemain tersebut ke pasukan lain.

GK – Peter Gulacsi, RB Leipzig (meninggalkan Salzburg pada tahun 2013)

Penjaga gol kebangsaan Hungary itu pernah menjadi pemain sasaran utama Liverpool sebelum beliau menyertai Red Bull Salzburg.

Beliau kini merupakan pemain utama untuk pasukan RB Leipzig, dan beliau juga dianggap antara penjaga gol terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

CB – Duje Caleta-Car, Marseille (meninggalkan Salzburg pada tahun 2018)

Caleta-Car menghabiskan empat tahun di Austria sebelum menandatangani perjanjian bersama Marseille, yang mana bintang berusia 25 tahun itu berkembang menjadi pertahanan terhebat dunia.

Aksi hebat yang beliau pamerkan, menjadikan Caleta-Car sebagai pemain utama untuk skuad kebangsaan Croatia.

CB – Martin Hinteregger, Eintracht Frankfurt (meninggalkan Salzburg pada tahun 2016)

Pemain pertahanan berkelas tinggi yang juga mampu untuk menjaringkan gol ketika membantu jentera serangan.

Dari 111 penampilan beliau bersama Frankfurt dalam semua pertandingan, Hinteregger berjaya menjaringkan 14 gol.

CB – Dayot Upamecano, Bayern Munich (meninggalkan Salzburg pada tahun 2017)

Pemain kebangsaan Perancis ini telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan untuk Bayern Munich, sejak ditandatangani dari Leipzig pada musim panas baru-baru ini.

Satu hal pasti, sukar untuk peminat percaya yang Upsmecano sebenarnya baru berusia 22 tahun sahaja walau sudah mempunyai pengalaman yang begitu luas.

RM – Dominik Szoboszlai, RB Leipzig (meninggalkan Salzburg pada tahun 2021)

Szovoszlai memiliki kemampuan yang sungguh menakjubkan untuk menjadi seorang bintang mega.

Beliau memulakan kariernya bersama Leipzig dengan sedikit terganggu selepas dibelenggu masalah kecederaan.

Namun beliau tetap berjaya untuk menjaringkan dua gol dari enam penampilan dalam saingan Bundesliga musim ini.

DM – Konrad Laimer, RB Leipzig (meninggalkan Salzburg pada tahun 2017)

Konrad Laimer bolehlah dianggap antara pemain defensive midfielder terhebat dalam saingan Bundesliga pada ketika ini.

Di usia 24 tahun, beliau terus menerus mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mengagumkan, dan dianggap sebagai prospek masa hadapan yang sungguh menakjubkan.

CM – Naby Keita, Liverpool (meninggalkan Salzburg pada tahun 2016)

Masalah kecederaan sedikit mengganggu Naby Keita untuk terus bersinar di Anfield, namun ketika beliau diturunkan, beliau akan sentiasa pamer aksi persembahan yang menghiburkan.

Masalah kecederaan jelas mengganggu Keita, jika tidak, sudah tentu beliau bakal berada sebaris dengan pemain-pemain midfield terhebat dunia yang lain.

CM – Marcel Sabitzer, Bayern Munich (menghabiskan musim 2014/15 sebagai pemain pinjaman di Salzburg)

Sabitzer pernah bermain bersama Salzburg buat seketika, dengan beliau berjaya menjaringkan 27 gol dan mencatatkan 21 assists dari 51 penampilan sahaja.

Pemain midfield versatile itu kemudiannya bersinar bersama Leipzig, sebelum melengkapkan perpindahan menyertai Bayern Munich.

LM – Sadio Mane, Liverpool (meninggalkan Salzburg pada tahun 2014)

Tak perlu dijelaskan secara terperinci tentang Mane bukan? Persembahan beliau ketika bersama Southampton sebelum menyertai Liverpool adalah hasil dari apa yang beliau belajar bersama Salzburg.

Selepas menyertai Liverpool, Sadio Mane kini merupakan antara pemain terbaik dalam dunia bola sepak, dan antara pemain sayap terbaik dalam sejarah saingan Premier League.

ST – Erling Braut Haaland, Borussia Dortmund (meninggalkan Salzburg pada tahun 2020)

Siapa saja yang tidak kenal dengan pemain penyerang terhebat dalam dunia bola sepak ini?

Sejak meninggalkan Austria, Haaland telah berjaya menjaringkan 68 gol dari 67 penampilan untuk Borussia Dortmund, dan kini beliau dianggap sebagai calon pemenang anugerah Ballon D’or.

ST – Patson Daka, Leicester City (meninggalkan Salzburg pada tahun 2021)

Daka masih belum mampu untuk mendapatkan semula rentak persembahan terbaiknya sejak beraksi bersama Leicester City.

Kesebelasan terbaik pemain pernah beraksi bersama Salzburg

Namun beliau sebenarnya mempunyai kualiti penyudah yang sungguh menakjubkan, dengan Daka pernah menjaringkan 68 gol dari 125 penampilan, dan 34 darinya berjaya dijaringkan pada musim lalu sahaja.

Sumber: GMS

BACA:  Volley Terbang Melawan Garviti Tidak Masuk Akal Irvin Cardona