Volley Terbang Melawan Garviti Tidak Masuk Akal Irvin Cardona

Liga Petani di Perancis, Ligue 1 telah menggemparkan dunia bola sepak apabila Irvin Cardona telah menjaringkan gol yang begitu gila melalui satu volley terbang melawan graviti lagi tidak masuk akal.

Irvin Cardona yang merupakan pemain Brest telah menjaringkan gol hasil satu gerakan akrobatik yang mungkin tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemain di dunia ini ketika menentang Dijon.

Lambungan cantik Romain Perraud mencari Irvin Cardona tang terlepas dari kawalan Dijon nyata tidak disia-siakan yang mempunyai pilihan untuk mendada atau mengawal bola terlebih dahulu.

Dengan percaturan masa yang sempurna lagi tepat Irvin Cardona terus melonjak ke udara dengan mengayuh kedua belah kakinya bagi mendapatkan loncatan setinggi mungkin.

Boleh dilihat dengan jelas agak lama Irvin Cardona terapung berada di udara melawan graviti lalu melepaskan satu rembatan volley diudara menewaskan penjaga gol Dijon, Alfred Gomis.

Boom!!! Bola menerjah jaring dari ruang dan sudut yang agak terbatas. Gol terhasil dengan darjah kesukaran aras tinggi dan teknik yang tidak masuk akal.

Gol penuh bergaya ini terhasil pada minit ke-95 membolehkan Brest menewaskan Dijon yang bermain 10 orang dengan jaringan dua gol tanpa balas.

Kemenangan ini juga telah memberi Brest 3 mata pertama di Ligue 1 musim ini selepas tiga perlawanan.

Tidak dapat dipertikaikan lagi inilah gol calon anugerah Puskas dan tidak mustahil mampu untuk menang anugerah jaringan tercantik tersebut.

Irvin Cardona bukanlah seorang pemain yang terkenal namun dengan jaringan ini namanya telah menjadi sebutan media di seluruh dunia.

Berusia 23 tahun, Cardona merupakan produk pasukan Monaco namun gagal untuk mendapat tempat dan hanya sempat bermain 3 perlawanan sahaja untuk pasukan utama.

Cardona telah dipinjamkan ke Cercle Brugge kelab divisyen dua liga Belgium dan menjadi tonggak kelab serta dipilih sebagai pemain kedua terbaik.

Aksinya itu telah menarik minat pendatang baru Ligue 1, Brest pada tahun 2019.

BACA:  Pemain Bola Sepak Terkenal yang Menukar Kerakyatan